Tag Archives: kelas penampilan diri

Tahun Ke 3 CuteCarry grooming class di International Medical University (IMU)

Pelanggan adalah aset utama dan penjana untuk sesuatu perniagaan. Jika tanpa pelanggan,tidak akan ada keuntungan dan seterusnya musnahlah perniagaan. Rahsia kepada pelanggan berulang ialah memberikan perkidmatan terbaik dan sepenuh hati pelanggan kita agar mereka sentiasa berpuas hati.  Jangan terlalu berkira dengan pelanggan. CuteCarry menggunakan prinsip tersebut dan syukur ramai pelanggan berulang. Ini termasuklah pelanggan CuteCarry sejak tiga tahun lalu iaitu International Medical University,Bukit Jalil.

CuteCarry telah ditugaskan untuk melatih pelajar tahun akhir jurusan Degree in Biotech.Sejak daripada batch pertama sehingga sekarang, CuteCarry telah melatih ramai pelajar tahun akhir jurusan ini untuk melangkah ke alam pekerjaan. Antara perkara yang ditekankan ialah daripada sudut berpakaian formal,semi formal dan protokol juga etika ketika ditemuduga dan bidang korporat. Ia juga turut disertai oleh make up artist associate CuteCarry iaitu Joey Make Over.

CuteCarry sempat juga berbual dengan mereka tentang yuran pengajian untuk melanjutkan pelajaran di universiti swasta, maklumkan CuteCarry ni dah lama sangat graduate (terasa tua sanga!), mesti banyak beza yuran pengajian kan?

Jangkaan Cutecarry amat tepat bertambah terkejut, mahalnya! Jika kos yang mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit, bagaimanakah hendak memjelaskan yuran pengajian. Pinjaman? Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk menghabiskan ansuran pinjaman? Ibu bapa…(FAMA- father mother) jika FAMA kaya takpelah, jika tidak…how huh?

Wow…

Adik-adik, rajin-rajinlah belajar ye…

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk  styling individu dan juga untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini

 

Grooming class untuk wanita-wanita sahaja!

Tengok tajuknya mesti ramai yang dah dapat agak.. grooming class untuk wanita-wanita! Juga bila melihat gambar brooches yang menjadi cenderahati kepada wanita-wanita tersebut. Brooches ini adalah pilihan Cutecarry khas untuk peserta kursus!

Bukanlah wanita calang-calang ye tetapi untuk Pengerusi dan wakil-wakil Majlis Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan.

Program ini adalah anjuran daripada Majlis Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan.  Kursus sehari ini merangkumi semua aspek antaranya ialah kebersihan, gaya berpakaian, protokol sehinggalah kepada make up oleh Joey Makeover.  Semuanya sangat happening dan relax kerana itulah yang Cutecary tekankan didalam setiap kelas anjuran CuteCarr,semua kena happy tetapi mendapat maklumat. Adalah mustahil untuk absorb semua tetapi jika mendapat maklumat dan penyelesaian kepada permasalahan, itu sebenarnya sudah cukup baik! Memang semua okay cuma….

RAMAI PESERTA KATA SEHARI TAK CUKUP. THEY WANT MORE!

Syukur alhamdulillah semua gembira. Takpelah, next time boleh jemput CuteCarry lagi!

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan untuk latihan penampilan diri, imej, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini

 

Pengalaman pahit di hotel yang kurang mesra pelanggan!

Jika dihitung dalam sebulan, hampir setengah sebulan Cutecarry akan bermalam di hotel. Kerjaya CuteCarry yang mengendalikan kursus sebagai consultant/speaker dan sebagainya memerlukan hari-hari outstation yang amat tinggi. Berpuluh-puluh hotel telah CuteCarry bermalam dan bermacam-macam ragam. Ada yang ok dan ada yang tidak. CuteCarry bukanlah jenis yang terlalu cerewet,asalkan bilik bersih (kita berkongsi dengan ramai orang, so bilik kena bersih), ada kemudahan  yang diperlukan, laundry yang boleh diharap dan cepat juga kalau CuteCarry call ada orang menjawab. Tetapi ketika ada kursus anjuran sebuah agensi kerajaan di Port Dickson, Cutecarry ada pengalaman yang kurang best. Ia bermula sejak daripada CuteCarry mendapatkan kunci di lobi.

Pandangan daripada bilik CuteCarry! Cuba teka di mana hotel ini? Hint: Port Dickson dan namanya ambil gelaran seseorang yang sangat grand, walaupun…

Peristiwa di Lobi

Jelas sekali yang petugas di lobi tidak dilatih melayan pelanggan dengan betul. Tiada ucapan selamat dan tiada senyuman (kita bukan minta pun, tapi at least pandai-pandailah). Adik,  jika tidak suka bertugas di front office, apa kata bertugas di bilik laundry?

Peristiwa di bilik

Cutecarry pun didalam keadaan kepenatan kerana baru drive daripada tempat ourstation yang lain, CuteCarry pun naik ke tingkat bilik dan menggunakan kad untuk buka pintu. Tetapi malangnya, kad tersebut tidak dapat digunakan. So, CuteCarry pun turun ke kaunter untuk memberitahu tentang kad yang tidak boleh digunakan. Sesudah diberitahu, petugas dikaunter (lelaki tinggi) tersebut seakan-akan cuba untuk memberitahu kad tidak boleh digunakan, tetapi CuteCarry tetap menegaskan yang kad tidak boleh digunakan. Heiiii….takkanlah I nak tipu pula kan. Beliau pun  naik lif bersama CuteCarry. Tiada komunikasi didalam lif  dan Cutecarry pun terus bersama beliau dengan muka masam mencuka ke pintu bilik. Beliau cuba menggunakan kad CuteCarry dan ternyata memang tidak boleh!!! Akhirnya dengan menggunakan kad beliau, baru boleh. So, seperti yang dijangka, TANPA MEMINTA MAAF beliau terus meninggalkan CuteCarry!!

Peristiwa tiada tuala

Masuk didalam bilik,tuala tiada! CuteCarry akan ada kelas dalam masa beberapa jam dan memerlukan mandi ye adik-adik ku. CuteCarry call beberapa kali tetapi tidak berjawab. Akhirnya telefon berjawab dan CuteCarry pun memberitahu yang saya memerlukan tuala. Tunggu  punya tunggu tetap tidak sampai. CuteCarry pun call lagi dan jawapannya; TUALA TIADA sebab CUTI SEKOLAH dan RAMAI GUEST DATANG. Itulah jawapan yang diterima CuteCarry!

Bad, bad answer!

Wait.. I am your hotel guest and do I need to know your problem? I just need my towel.

Masalah sama ada hotel itu mempunyai tuala yang cukup atau tiadak sepatutnya berlaku. Hotel tersebut telah menerima booking untuk pelanggan bermalam disitu dan sepatutnya persediaan telah dibuat.

Tetapi sebenarnya jika tiada tuala pun sekurang-kurangnya MINTA MAAF. Bukanlah susah sangat hendak memohon maaf, kalau cakap ‘sorry’ at least sejuk juga hati tetapi kakitangan itu langsung tidak reti meminta maaf.

Agaknya staff disini memang tidak reti memohon maaf kut.

ADEGAN MELAPORKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN

Akhirnya setelah menunggu agak lama, dapat jugalah tuala. Mandi dan CuteCarry pun terus bagi talk. Im sure it is a success sebab lepas talk ramai yang suruh CuteCarry stay dan bertanya banyak soalan.

Sejurus selepas itu, pihak urusetia pun memanggil pihak pengurusan. CuteCarry report daripada A to Z. Beliau adalah seorang a sweet young lady dan mendengar my predicament (?). Beliau menyatakan bahawa beliau bukanlah yang menguruskan hal ehwal front office dan housekeeping tetapi hanya sekadar pengganti. Beliau memohon maaf (akhirnya!).

Tetapi rasanya tidak sanggup lagi CuteCarry untuk tidur di hotel tersebut. Malam itu juga sekitar jam 11.00 malam CuteCarry pack my stuff and check out, terus ke Melaka untuk talk keesokan harinya. Tidak sanggup untuk tidur disitu!

Pengurusan Pelanggan adalah menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi.  CuteCarry memberi latihan kepada pengurusan pelanggan dan ada beberapa perkara yang ditekankan oleh CuteCarry memang perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan untuk latihan penampilan diri, imej, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini

 

Kesilapan utama yang dilakukan semasa ke temuduga (kursus penampilan diri di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

CuteCarry telah dijemput untuk mengadakan bengkel penampilan diri dan imej di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Agensi ini adalah agensi yang bertanggungjawab untuk urusan pengambilan/pelantikan penjawat-penjawat awam di Malaysia.  Jika anda hendak meminta kerja kerajaan, disinilah tempatnya tempat pemprosesan dilaksanakan. Ada pendapat yang menyatakan bahawa kalau hendak masuk gomen (government) kerajaan kena ada ‘cable’ dan ‘orang dalam’. CuteCarry rasa itu tidak tepat sama sekali. Ini adalah kerana mengikut kakitangan SPA pengambilan dibuat secara telus melalui pendaftaran dan juga pemilihan. Tetapi bagaimanakah hendak memilih beratus ribu pemilihan hanya untuk beberapa jawatan?

Antara perkara yang diambil kira ialah kelayakan dan imej. Imej yang Cutecarry maksudkan disini ialah berkenaan dengan ABC;- Appearance, Behaviour and Communication.

CuteCarry tidak tanggal sungglasses dengan kakitangan SPA. Lepas habis je talk, waktu berposing. Terima kasih kepada mereka kerana menjemput CuteCarry. Walaupun bengkel hanya sehari, banyak yang Cutecarry dapat kongsikan. Jika anda berminat mendapatkan perkhidmatan untuk latihan penampilan diri, imej, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s dan sebagainya, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini

Adakah rakan anda yang sangat mudah mendapat kerja sedangkan ada yang sudah bertahun menggangur dan susah sangat hendak mendapat kerja. Sebelum anda menyalahkan kerajaan, penemuduga atau orang lain, cuba cermin diri anda sendiri, adakah anda layak untuk diberikan kerja?

CuteCarry telah melatih ramai calon-calon untuk ditemuduga dan syukur alhamdulillah, semuanya berjaya mendapat kerja. Im a proud man!

Antara perkara mudah yang CuteCarry tekankan ialah imej anda semasa temuduga.  Kesilapan yang dilakukan ialah:-

1. Pakaian yang tidak menonjol.

Jika terbayangkan pakaian mesti ada yang dapat agak apakah dress code yang Cutecarry maksudkan disini. Tetapi kadang kala ada calon yang datang ke temuduga berpakaian tidak begitu menonjol.Mungkin ada yang menyatakan untuk ke temuduga jawatan-jawatan korporat dan kerajaan perlu konservatif dan ringkas. Tetapi jika terlalu berpakaian sedemikian, anda nampak tidak menonjol daripada calon-calon lain. Anda akan nampak kusam dan tidak bersemangat. Tiada siapa yang mahu mengambil mereka yang nampak tidak bersemangat dan membosankan? Anda bukanlah memohon kerja sebagai penggali kubur kenapa perlu memakai pakaian yang sangat tidak bersemangat? Pakaian yang nampak elegan dengan SEDIKIT warna yang menonjol membuatkan anda kehadapan berbanding dengan calon-calon lain. Calon lelaki wajib  memakai tali leher dan untuk membezakan anda dengan calon lain, sarungkan juga suit! CuteCarry maksudkan sini pair or suit/blazer dan BUKAN casual jaket. Ada diantara yang cakap ‘over’ memakai suit, tetapi yang ‘over’ itulah membuatkan anda nampak lebih menonjol.

Jika wanita, bila disebut kerja kerajaan mesti teringat baju kurung. Tetapi jika semua calon yang datang memakai baju kurung, bagaimana anda hendak menonjol? Apa kata anda cuba datang dengan memakai blazer, kemeja dan skirt panjang. Sopan dan nampak imej korporat. Don’t you ever think to pair baju kurung dan blazer.. nampak sangat low class dan keliru. Walaupun ramai penjawat awam yang Cutecarry lihat memakai seperti itu, jangan jadi seperti mereka. Anda adalah generasi yang moden, bergaya dan profesional.

Girls,jangan lupa untuk mengenakan selapis make up. Muka perlulah segar!

2. Pakaian yang terlalu menonjol.

Anda bukanlah calon untuk penari latar Lady Gaga jadi janganlah memakai seperti pokok krismas yang tidak siap. Calon wanita yang memakai tudung elakkan memakai kerongsang yang terlalu besar terutamanya kerongsang yang tergantung di  bawah dagu. Tudung dan manik-manik di baju juga janganlah terlalu berkelip-kelip kerana anda bukanlah hendak menjadi penyanyi latar Ratu Gelek M.Daud Kilau. Jika anda terfikir hendak membuat sanggul tinggi didalam tudung, fikirkan semula. Tiada siapa mahu melantik calon yang ada bonggol unta atau lesung batu didalam tudungnya. two words..LOW CLASS. Yuna turban? Be careful. Turban boleh membuatkan anda nampak too casual.

Calon lelaki pula janganlah memakai tali leher yang mempunyai corak bunga atau karton. Anda adalah orang dewasa, bukan dalam kanak-kanak dialam fantasi. Grow up.

Elakkan juga memakai pakaian yang terlalu ketat!

3. Aksesori yang kurang sesuai.

Jika anda melangkah kedalam bilik temuduga, elakkan membawa back pack atau messenger bag. Apa kata beli satu dokumen bag atau fail bag untuk mengisi dokumen anda. Wanita juga perlu meninggalkan perhiasan gerek. Sometimes simple is really sweet and it helps you to get your job. You can buy a ton of gerek  accesories when you get your job.

4. Perlakuan yang kurang menghormati penemuduga

Sebelum melangkah ke dalam bilik temuduga, sila ketuk pintu dahulu dan ucapkan salam atau selamat sejahtera. Jangan duduk sebelum disuruh duduk.

Calon juga perlulah tidak cuba melawan penemuduga ketika diuji.Ada diantara calon yang cuba untuk mempertahankan pendapat sehingga anda dilihat terlalu defensive. Kadang-kadang penemuduga hanya mahu menguji anda  dengan seolah-olah tidak bersetuju dengan pendapat atau mengkritik anda.

5. Tiada eye contact

Jika ada lebih daripada seorang penemuduga, sila pastikan bahawa anda mempunyai eye contact dengan SEMUA penemuduga ketika bercakap.  Walaupun yang bertanyakan soalan hanyalah seorang , cuba untuk memandang wajah semua penemuduga. Rasa gerun hendak melihat mata penemuduga? Jika rasa seperti mata penemuduga seperti ada cahaya pancaran laser yang menyebabkan anda berdebar-debar, cuba lihat bahagian antara dahi dan hidung. Tiada lagi kegusaran!!

6. Bau yang kurang menyenangkan.

Jika anda calon lelaki yang merokok dan anda merokok sebelum masuk ke dalam bilik temuduga, kemungkinan anda akan berbau rokok. Jika salah seorang penemuduga tidak merokok dan benci kepada bau rokok, maknanya ucapkan selamat tinggal kepada kerja anda. Jika anda minum kopi sebelum temuduga, kemungkinan mulut anda berbau, oleh itu minum air kosong sebelum ke temuduga.

Jaga bau badan anda, jangan terlalu wangi seperti baru mencurah perfume satu botol atau pun memakai pakaian yang berbau busuk, pakaian mestilah bersih..and please.. pakailah deodorant!

7. Duduk yang kurang sopan.

Sharon Stone crossing legs…BIG NO FOR YOU

Janganlah duduk terlalu mengangkang atau menyilang kaki ala classic Sharon Stone dalam Basic instinct! Walaupun nampak elegan tetapi bukan elegan ketika temuduga.  Duduk tegak dan tangan diatas paha dan sopan.

8. Memburukkan orang lain dan mengeluh

Ada calon yang suka memburukkan majikan lama. Jika anda suka memburukkan orang lain, berkemungkinan anda dilihat sebagai orang kurang profesional. Elakkan mengeluh dengan kerja dan kehidupan anda dan akan dilihat sebagai seorang yang tidak sabar dengan dugaan.

Ratu air mata hanya untuk seniwati Neng Yatimah atau Wan Maimunah. Jangan harapkan simpati daripada penemuduga.  Hanya calon Amerika Next Top Model sahaja yang berjaya dipilih sebagai peserta akhir dengan menangis depan Tyra Banks. Postive is the key word. Be positive, give positive feedback but at the same time stick to the point that you want the job.

9. Bercakap dan bertanya terlalu banyak soalan

Anda hanya menjawab bila ditanya. Jawapan perlulah ringkas dan tepat. Straight to the point. Jangan bertanya terlalu banyak soalan seolah-olah penemuduga ialah kaunter pertanyaan. Antara soalan yang perlu dielakkan ialah ‘bila hendak mendapat keputusan samada saya berjaya atau tidak mendapat pekerjaan ini’  kerana anda dianggap tidak sabar atau ‘berapa lamakah kenaikan pangkat’ juga ‘dimanakah lokasi pekerjaan saya’. Ia adalah bergantung kepada majikan dan bukannya keputusan anda.

10. Kelam kabut

Calon perlulah dilihat tenang dan bersemangat. Oleh itu, sebelum menghadiri temuduga, susun dokumen mengikut turutan dan tahu lokasi tempat temuduga. Tidur awal supaya wajah anda nampak segar. Datang awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang dicatatkan.

Remember, stay positive and happy. Jika anda rezeki, adalah..jika tiada, mungkin rezeki lain yang lebih besar menanti anda!

GOOD LUCK BOYS AND GIRLS!!!

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan untuk latihan penampilan diri, imej, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s dan sebagainya, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini

 

CuteCarry grooming class di Danau Golf Club

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir di grooming class bersama CuteCarry di Danau Golf Club, Bangi.


Peserta terdiri daripada pelbagai profesion, daripada setiausaha pejabat sehinggalah kepada Doktor. Didalam kelas sehari ini CuteCarry telah berkongsi tips, pengalaman dan pengetahuan didalam penampilan dan protokol. Terima kasih kepada semua.

Tidak kisah apa sahaja latar belakang anda, imej jangan dilupakan. CuteCarry pun first degree ialah Bachelor Degree in Accountancy dan sekarang running my own training company and Vice President (Marketing), Association of Image Consultants International Malaysia Chapter. Jauh tu lari!

But, I am having so much fun!

CuteCarry bukan sahaja memberi khidmat perkhidmatan perundingan imej kepada individu, korporat dan kerajaan sahaja tetapi latihan berkenaan dengan imej, protokol,komunikasi, pengurusan majlis, penulisan ucapan, Pengurusan 5s dan sebagainya.

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada CuteCarry, boleh telefon 019 3290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau click disini.

Makanan yang menyebabkan vajajay berbau!

Soalan: Apakah itu vajajay? Soalan: Bahagian sulit wanita!
Jika anda merasakan tajuk entry dan jawapan itu terlalu sensitif, CuteCarry rasa anda tidak patut meneruskan membaca entry ini. Mungkin anda terlalu sensitif tetapi itu adalah hakikatnya.

I am not an erotic writer.. (far far from 50 shades of Grey!), CuteCarry.com is not a sexual explicit blog and I am kinda like very careful when it comes to taboo! Yup.. I put that as taboo; sex and any related matters will be regarded as taboo but we love sex. Isn’t that ironic?

Ok.. lupakan berkenaan dengan taboo atau tidak kerana anda akan di boo jika anda berbau..terutamanya jika vajayjay anda berbau!

Kebersihan dan bau juga merupakan satu daripada elemen imej, jika anda berbau..erm… where would they put you?

CuteCarry mendapat tahu berkenaan dengan elemen-elemen bau ini semasa menghadiri Women Awareness Workshop 2012 anjuran Columbia Asia Hospital, Seremban Negeri Sembilan. CuteCarry adalah salah seorang speaker pada program tersebut. Slot CuteCarry adalah slot terakhir dan CuteCarry sempat mendengar talk mengenai What Your Doctor Don’t Tell You About STD oleh Gynecologist, Dr NorIntan Zainal.

CuteCarry bersama Dr NorIntan Zainal dan juga peserta program.

Banyak maklumat yang diperolehi antaranya makanan yang menyebabkan vajajay anda berbau. Antara makanan yang patut dikurangkan (or  in a very moderate portion) ialah ikan kering, petai, belacan, makanan laut yang boleh menyebabkan alergik dan juga tomato! Yes..berlebihan tomato juga boleh menyebabkan vajajay anda berbau. Makanan yang mungkin menyebabkan nafas anda berbau kemungkinan akan menyebabkan vajajay anda berbau. Oleh itu berhati-hati ye! Dr Norintan juga telah berjaya memberi banyak maklumat (I can see that she is really passionate about her work) antaranya bagaimana sexually transmitted diseases ini sangat senang berjangkit. Terlalu mudah untuk seorang wanita mendapat jangkitan daripada seorang lelaki. Ada diantara penyakit yang lelaki hanyalah carrier tetapi yang mendapat lebih banyak penderitaan dan kesakitan ialah wanita.  Penyakit yang menyebabkan wanita tidak boleh berdiri kerana terlalu sakit  di bahagian vajajay. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau semasa merawat pesakit-pesakit STD; daripada mereka yang happily married dan terus hilang segala-galanya kerana mendapat penyakit kelamin sehinggalah kepada gadis 16 tahun (tingkatan 4) yang mendapat penyakit kelamin daripada  teman lelakinya. Mengejutkan? Sepatutnya gadis tersebut belajar untuk menghadapi SPM tetapi beliau ‘bercinta’. Mengejutkan? Lebih mengejutkan teman lelaki beliau diperkenalkan oleh bapa gadis tersebut. MENGEJUTKAN ATAU SEDIH?

Cukuplah berkenaan dengan penyakit kelamin.. kita ubah HERPES kepada HERMES!

CuteCarry moment!!!

Slot CuteCarry adalah slot yang terakhir dan bertajuk “All You Need To Know About Looking Good”. Masa yang diberikan hanyalah 45 minit (quite a short period of time cos I can talk about myself more than 60 minutes!) dan CuteCarry pun cuba untuk memberikan apa sahaja maklumat dalam masa yang singkat. Best juga bagi talk pada hari tersebut. Tetapi paling best ialah RAMAI juga fan/followers CuteCarry pada hari tersebut.  Terkejut juga..bukan hanya setakat yang dengar talk tetapi juga tetamu hotel tersebut; ramai yang tegur CuteCarry. Orang Soromban..orang Soromban.. BEST SANGAT!!!

THANK YOU COLUMBIA ASIA HOSPITAL SEREMBAN. Thank you for the opportunity. Congratulation for a very successful event!

CuteCarry with Rachel Retna Devi, Manager Of Marketing Columbia Asia Hospital Seremban and emcee.

Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry, samada untuk individu, kerajaan atau swastam sila call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau click here.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...