Tag Archives: “Grooming Class”

Bagaimana mengelakkan rasa gemuruh ketika membuat pengucapan awam?

Perasaan gemuruh adalah perasaan normal untuk sesetengah orang jika kita berucap atau membuat persembahan. Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah ini walaupun sudah beratus kali membuat persembahan. CuteCarry akui walaupun dah terlalu banyak kali buat presentation,  talk atau kendali workshop kadangkala terasa juga debarannya. Perasaan berdebar ini kadang kala boleh merosakkan persembahan dan akhirnya maklumat yang ingin disampaikan tidak dapat sampai kepada audience.

Peristiwa CuteCarry yang tidak dapat dilupakan iaitu satu presentation CuteCarry  sangat gagal. Ia adalah peristiwa yang sangat memalukan dalam hidup Cutecarry. Rasa nak masuk kepala dalam pasir macam burung ostrich!

Ini adalah rupa Cutecarry kerana terlalu malu, kaki panjang halus chopstick dan kepala masuk dalam lubang pasir sebab malu!

Disebabkan pengalaman ini, CuteCarry pun mempelajari teknik untuk menghilangkan rasa gemuruh ketika berucap dan seterusnya perasaan gemuruh pun dapat dikurangkan. Cutecarry pun berkongsi pengalaman bagaimana untuk mengurangkan rasa gemuruh dan seterusnya anda berjaya membuat pengucapan awam dan persembahan.

Antara tekniknya ialah:-

i. Faham dan jangan hafal

Fahami apa yang anda ingin persembahkan. Memahami maksud yang ingin disampaikan membolehkan anda  mengolah ayat-ayat atau perkataan yang ingin disampaikan. Jika anda hafal, terlupa satu ayat, kemungkinan besar anda akan blur dan seterusnya terus jadi disaster… Jika memahami, jika terlupa satu fakta anda boleh terus bercakap apakah fakta yang seterusnya.

ii. Jangan duduk sebelum mengadakan persembahan

Jika anda duduk sebelum berucap, berkemungkinan anda akan berdebar-debar ketika anda terus bangun ketika berucap. So, kalau ada kesempatan, sila berdiri.. jangan duduk.

iii.  Bayangkan audience hanya manusia biasa

Walaupun audience berpangkat tinggi, boleh bayangkan yang mereka hanyalah manusia biasa yang berminat mendengar apa yang kita katakan. Mereka pun kadang-kadang bukannya pandai sangat pun!!

iv. Jangan tengok mata audience

Ini bukanlah bermakna audience mempunyai mata laser ataupun puntianak mata merah seperti The Cullen, tetapi jika anda melihat mata, berkemungkinan anda akan rasa gemuruh dengan ekpressi mata mereka. Oleh itu, lihatlah bahagian dahi mereka! Percayalah, anda akan merasa kurang gemuruh.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin CuteCarry kongsikan, terlalu banyak tetapi apa kata anda minta organisasi yang anda wakili untuk melantik CuteCarry mengendalikan workshop atau talk di tempat anda  seperti yang dilakukan oleh  Kementerian Kewangan?

Kursus selama 3 hari 2 malam ini dibuat di Hotel Naza Talyya, Melaka. Antara kandungan kursus ini ialah grooming/penampilan diri, komunikasi dan juga pengucapan awam. Ada diantara mereka yang terpilih untuk membuat pengucapan awam adalah pengalaman mereka yang pertama! Walaupun sudah bertahun, berbelas malah berpuluh tahun bekerja ini ialah kali pertama mereka membuat pengucapan awam! Tetapi mereka berjaya membuat pengucapan awam yang sangat baik (sampai ada yang berucap lebih masa pulak!)

Jika berminat, apa kata hubungi 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.co, atau click sini. Banyak lagi kursus anjuran CuteCarry!



Best juga mendengar pengalaman mereka berucap!

Kursus ini juga turut disertai oleh make up artist CuteCarry iaitu Joey Makeover.

Gambar-gambar sekitar kursus tersebut. Nak tengok banyak gambar lagi, sila like facebook CuteCarry. Banyak info menarik disini.


Makanan yang menyebabkan vajajay berbau!

Soalan: Apakah itu vajajay? Soalan: Bahagian sulit wanita!
Jika anda merasakan tajuk entry dan jawapan itu terlalu sensitif, CuteCarry rasa anda tidak patut meneruskan membaca entry ini. Mungkin anda terlalu sensitif tetapi itu adalah hakikatnya.

I am not an erotic writer.. (far far from 50 shades of Grey!), CuteCarry.com is not a sexual explicit blog and I am kinda like very careful when it comes to taboo! Yup.. I put that as taboo; sex and any related matters will be regarded as taboo but we love sex. Isn’t that ironic?

Ok.. lupakan berkenaan dengan taboo atau tidak kerana anda akan di boo jika anda berbau..terutamanya jika vajayjay anda berbau!

Kebersihan dan bau juga merupakan satu daripada elemen imej, jika anda berbau..erm… where would they put you?

CuteCarry mendapat tahu berkenaan dengan elemen-elemen bau ini semasa menghadiri Women Awareness Workshop 2012 anjuran Columbia Asia Hospital, Seremban Negeri Sembilan. CuteCarry adalah salah seorang speaker pada program tersebut. Slot CuteCarry adalah slot terakhir dan CuteCarry sempat mendengar talk mengenai What Your Doctor Don’t Tell You About STD oleh Gynecologist, Dr NorIntan Zainal.

CuteCarry bersama Dr NorIntan Zainal dan juga peserta program.

Banyak maklumat yang diperolehi antaranya makanan yang menyebabkan vajajay anda berbau. Antara makanan yang patut dikurangkan (or  in a very moderate portion) ialah ikan kering, petai, belacan, makanan laut yang boleh menyebabkan alergik dan juga tomato! Yes..berlebihan tomato juga boleh menyebabkan vajajay anda berbau. Makanan yang mungkin menyebabkan nafas anda berbau kemungkinan akan menyebabkan vajajay anda berbau. Oleh itu berhati-hati ye! Dr Norintan juga telah berjaya memberi banyak maklumat (I can see that she is really passionate about her work) antaranya bagaimana sexually transmitted diseases ini sangat senang berjangkit. Terlalu mudah untuk seorang wanita mendapat jangkitan daripada seorang lelaki. Ada diantara penyakit yang lelaki hanyalah carrier tetapi yang mendapat lebih banyak penderitaan dan kesakitan ialah wanita.  Penyakit yang menyebabkan wanita tidak boleh berdiri kerana terlalu sakit  di bahagian vajajay. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau semasa merawat pesakit-pesakit STD; daripada mereka yang happily married dan terus hilang segala-galanya kerana mendapat penyakit kelamin sehinggalah kepada gadis 16 tahun (tingkatan 4) yang mendapat penyakit kelamin daripada  teman lelakinya. Mengejutkan? Sepatutnya gadis tersebut belajar untuk menghadapi SPM tetapi beliau ‘bercinta’. Mengejutkan? Lebih mengejutkan teman lelaki beliau diperkenalkan oleh bapa gadis tersebut. MENGEJUTKAN ATAU SEDIH?

Cukuplah berkenaan dengan penyakit kelamin.. kita ubah HERPES kepada HERMES!

CuteCarry moment!!!

Slot CuteCarry adalah slot yang terakhir dan bertajuk “All You Need To Know About Looking Good”. Masa yang diberikan hanyalah 45 minit (quite a short period of time cos I can talk about myself more than 60 minutes!) dan CuteCarry pun cuba untuk memberikan apa sahaja maklumat dalam masa yang singkat. Best juga bagi talk pada hari tersebut. Tetapi paling best ialah RAMAI juga fan/followers CuteCarry pada hari tersebut.  Terkejut juga..bukan hanya setakat yang dengar talk tetapi juga tetamu hotel tersebut; ramai yang tegur CuteCarry. Orang Soromban..orang Soromban.. BEST SANGAT!!!

THANK YOU COLUMBIA ASIA HOSPITAL SEREMBAN. Thank you for the opportunity. Congratulation for a very successful event!

CuteCarry with Rachel Retna Devi, Manager Of Marketing Columbia Asia Hospital Seremban and emcee.

Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry, samada untuk individu, kerajaan atau swastam sila call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau click here.

 

Stylegasm: V-neck atau V-cut untuk nampak lebih kurus dan leher jinjang

Tidak perlu menerangkan apa-apa lagi, CuteCarry fikir mesti ramai yang sudah tahu berkenaan dengan guideline V-Neck dan apakah “sesetengah orang” akan fikir jika anda memakai V-Neck.  ”Sesetengah orang” tersebut adalah mereka yang menyatakan bahawa memakai V-neck ialah mereka yang patut diperhatikan.


CuteCarry wearing V-neck,beli di pasar malam Wakaf Che Yeh, KB, jeans Levis, shoes, Gucci.

Maklumat: Kementerian Pelajaran tidak pernah endorse perkara ini. So,I think we should stop blaming the government ok.

Setuju ke? Biarlah apa orang hendak kata tetapi tahukan anda jika anda memakai V-Neck ia akan memberi ilusi yang anda nampak lebih kurus, leher lebih panjang dan seterusnya anda nampak lebih kurus.  Kepada mereka yang mempunyai leher yang pendek dan kadang-kadang nampak berlapis, dengan V-neck yang betul ia akan mengurangkan masalah tersebut.

Jika tidak percaya, apa kata anda cuba pakai kolar bulat dan kolar V. Mana menyebabkan anda nampak lebih kurus?

Apa-apa pun yang anda pakai, jika hendak nampak kurus dan tinggi, pastikan ia seakan V-shape, contoh jangan zip jacket sehingga sampai ke atas.

Cutecarry tidak akan zip sampai ke atas .Jacket by Red herring @ Debenhams with pink shirt..yes.. Im wearing pink. Ada guideline tak?

Atau seperti America Ferrera.

Begitu juga jika anda memakai suit, pastikan ada ruang yang mencukupi andara tengkuk dan butang paling atas.Ikutilah nasihat CuteCarry dan anda akan nampak lebih stylo dan bergaya.

JIKA INGIN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN GROOMING /IMEJ UNTUK KERAJAAN, KORPORAT ATAU SEBAGAINYA oleh CUTECARRY,SILA CALL 0193290397 ATAU EMAIL cutecarry@yahoo.com atau click here

Bila baca guidelines tu memang kelakar antaranya ialah yang muscular dan pakai V ialah gay. Tolonglah buka mata anda, begitu banyak gay yang memang tidak nampak gay (look totally straight) dan berapa ramai straight (like a ruler) guy yang memang muscular dan suka pakai V-neck. Jika diaorang kata lelaki muscular dan v-neck ialah gay, sah sah yang tukang buat guidelines tu tidak pernah pergi gym sebab tulah diaorang tiada muscle yang berketul-ketul itu..

kemungkinan senaman mereka hanyalah poco-poco.. 

Enjoice…sila ulang langkah yang sama setelah 100 kali…

Suka biking pusing……..

YouTube Preview Image

Size matters,I like it big!: Grooming glass untuk Universiti Malaysia Pahang

Terkejut bila check  in hotel dan nampak muka sendiri terpampang…

SIZE MATTERS. I like it BIG. Big big banners and buntings. Besarnya banner di depan-depan pintu masuk lobi hotel. Apa lagi Strike a Pose!!!!

Juga banyak betul banner dan bunting di sekitar hotel. Terasa macam buat konsert pulak!!!

Kursus Penampilan Diri untuk Universiti Malaysia Pahang (UMP)


Kursus grooming dan protokol  ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) di salah sebuah hotel di Pahang. Ia dihadiri oleh lebih 90 peserta yang bukan sahaja datang daripada Pahang tetapi juga Kelantan, Terengganu, Selangor dan lain-lain tempat.

Walaupun kursus ini dianjurkan hanya sehari, CuteCarry sempat berkongsi banyak perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh tetapi memberi impak yang besar didalam penampilan seseorang.

Kursus ini juga turut disertai oleh make up artist, Joey Make over yang menunjukkan solekan malam dan siang.

Terima kasih  kepada Universiti Malaysia Pahang kerana menjemput CuteCarry. Thank you for the hospitality .Love-love and love!!

Berminat mendapatkan khidmat training untuk korporat, kerajaan atau perseorangan, sila click disini atau call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com.

Panel Pembangunan Bidang Perundinganan Imej (NOSS) Profesional, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia

Malaysia mempunyai ramai perunding imej tetapi sebenarnya tiada standard yang sebenar untuk mengiktiraf kerjaya perunding imej Malaysia. Bidang perundingan imej adalah bidang yang besar dan ia telah mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Sebenarnya tiga elemen utama perundingan imej iaitu A- Appearance, B- behaviour and C-Communication. Banyak yang kita kena belajar sebelum layak melatih orang lain.

Jika sebelum ini, perunding imej mencari-cari satu standard dan modul latihan yang sesuai dan pilihan yang dibuat ialah mendapat pengiktirafan dan modul pembelajaran daripada negara luar ataupun mendapat pendidikan dan latihan yang tidak standard.  Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia telah mengambil langkah untuk membangunkan dokumen  National Occupational Skills Standard (NOSS).

Standing; Bon Zainal, your beloved CuteCarry (Vice President (Marketing) Association of Image Consultant International (AICI) Malaysia,  and Aziah Jasmin (President of Association of Image Consultant International (AICI) Malaysia,Suraya, Cynthia (pakar dalam colour analysis..memang bagus betul dia!)  and our beloved moderator Mr Tiew.

CuteCarry adalah salah seorang daripada perunding imej yang dipilih untuk membangunkan modul ini. Ia adalah satu penghormatan kepada CuteCarry kerana dapat menyumbangkan buah fikiran untuk masa depan bidang perundingan imej Malaysia bersama-sama dengan perunding imej profesional yang telah lama bertapak. Terasa kecil sangat (walaupun badan tinggi melangit dan tidaklah kecil mana pun.gosh..I need to diet!) bila bersama dengan mereka yang lebih berpengalaman. Panel-panel lain ada diantaranya yang dah berpuluh tahun melibatknn diri dalam bidang perundingan imej atau yang dah menulis buku dalam bidang perundingan imej. CuteCarry tidak tulis buku tapi tulis blog merapu ni dan mempunyai syarikat yang telah lama bertapak. Dua hari suntuk kita memerah otak untuk membangunkan modul tersebut. Bayangkan kita bermula daripada kosong, macam-macam idea, gelak , ketawa dan juga sikit-sikit drama (guess who kan kuat drama!) tapi semuanya berakhir dengan jayanya. Seriously, I am having so much fun!!!

Nanti bila dah tua nanti, dan mungkin anak-anak uols  kata… “ibu, saya hendak jadi perunding imej”, uols ingat ye sapakah antara individu terawal terlibat dalam pembangun modul ni ye”..


Bon Zainal, Suraya, CuteCarry, Cynthia, Toh Puan Seri Diraja Noor Aini, Datin Azrin plus Aziah Jasmin

Berminat mendapat kan perkhidmatan perundingan imej untuk individu, talk.workshop atau sebagainya untuk swasta atau kerajaan bolehlah menghubungi CuteCarry ditalian 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com or click here for details

Tips shopping: Waktu terbaik untuk membeli kasut

CuteCarry selalu bertanya soalan semasa menganjurkan grooming class tentang waktu bilakan yang paling sesuai untuk membeli kasut?
Jawapan ialah:
Waktu SALE
Waktu gaji
Waktu kasut dah rosak

dan jawapan yang paling best ialah…

Waktu dekat-dekat nak raya!

Bijak peserta-peserta ku.. muahhh…

Sebenarnya waktu yang paling best untuk membeli kasut ialah waktu tengah hari, Ini adalah kerana pada waktu itu kaki berada didalam saiznya yang sebenarnya. Pada waktu lain, kemungkinan kaki kita mengecut atau terlalu mengembang, sebab itulah jika kadang-kadang kasut yang dibeli ketika mencuba di kedai selesa tapi bila pakai macam sakit.

CuteCarry adalah peminat kasut diatas dan imej  kasut diatas ialah kasut CuteCarry yang disnap di butik kasut tu sendiri.

Setakat ini tiada masalah dengan keselesaan kasut…cuma pernahlah juga kaki sakit bila first few times pakai kasut tu tetapi CuteCarry tahan kerana konsep:

“Kecantikan melalui penderitaan”.

Boleh pakai moto tu?

CuteCarry bersama dengan shoe-turier terkenal dunia kelahiran Malaysia, Jimmy Choo.

Untuk khidmat grooming talk/workshop CuteCarry (samada individu, swasta atau kerajaan boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397 atau click here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...