• .
  • .
  • .
  • .
  • .
  • .

Cheongsam 2012 dan berparti di Amber Chia New Year Wrap Up Party

Yee Sang.. its time of the year again. Chinese New Year.

Amber, Keith Kee and models his 2012 Spring Collection with the rest of the pack.

Dress code untuk parti minimal Oriental. Bila teringatkan oriental, terus teringatkan cheongsam, tapi takkanlah CuteCarry hendak pakai cheongsam kan, nanti terkejut pulak orang. So, beberapa jam sebelum ke majlis tersebut, CuteCarry pun memunggah wardrobe dan mencari apa yang hendak dipakai dengan tema ORIENTAL dengan konsep “No shopping!”. So,this is the final look. Yeayyy….tak perlu habis duit shopping baru!!!

Brocade oriental motives top (macam mana ada dalam wardrobe pun tak tahu lah,I think I’ve bought it like few years ago!)  under SUB print shirt, red Dockers khakis (sponsor!!) , top shop sneakers and Armani shades.  Sorry lah, bila nak snap gambar CuteCarry camera pulak buat hal bateri habis. Sebab tu lah gambar blur.

Parti Wrap Up Asia Model Festival Awards 2011 (AMFA 2011) telah diadakan di Overtime, River City Jalan Ipoh.  CuteCarry first time ke sini dan agak-agak teraba-raba jugalah cari di mana dia River City. Nasib baik ada google map. Tempatnya agak cool dan sempena dengan parti ini dihiasi dengan suasana tahun baru cina. Muzik pun semua muzik-muzik klasik chinese new year. Best sangat.

Amber Chia cakap pada CuteCarry yang makanan yang dihidang tu confirm halal, dia tanya pada waiter-waiter  Melayu yang bekerja di situ. So, selepas menjamah segala fettucine, squid, chicken wings dan segalanya terus bersosial dan tengok fashion show. CuteCarry memang selalu dijemput ke parti tetapi I am definitely not a party animal. Pada malam tu, lepas je habis fashion show dalam kul 10 malam terus balik rumah.

Pada malam itu juga adalah untuk meraikan Asia Model Festival Awards 2011 yang akan bertanding di Korea. Enjoy Keith Kee!!


Amber Chia pakai baju finale untuk malam tersebut. Dia cakap dia malu-malu sebab catwalk depan kawan-kawan dia!!! Malu lahhhhh…… ala apa nak dimalukan sebab dia memang sangat-sangat confident dan TERBAIK!!!!! Visit Amber Chia Academy!

Video: Ada apa dengan Amalina Che Bakri dan lace legging nya?

Amalina Che Bakri adalah seorang pelajar pintar yang pernah menggegarkan negara dengan kegemilangan keputusan peperiksaannya. Itu adalah cerita beberapa tahun lepas. Waktu tu sapa yang teruk SPM siaplah mak bapa dia berleter pagi petang siang malam dengan menjadikan Amalina sebagai contoh. Antara ayat-ayat laser yang dikeluarkan oleh ibu bapa ketika itu ialah

tulah..dulu suruh belajar malas, sekarang dah dapat teruk SPM,Amalina tu dapat berbelas A, dia rajin belajar

Seronok tengok anak orang dapat result elok” – suara sendu sambil baca newspaper semasa anak yang dapat teruk SPM tengah tengok TV.

Sejuk perut ibu dia mengandung” – cakap kuat-kuat sambil selak majalah yang ada gambar mak Amalina dengan harapan anak yang nyawa-nyawa ikan result SPMnya akan terdengar!!

Tetapi dahulu, kini  ibu bapa dan anak yang teruk result SPMnya itu bergabung tenaga  bersama-sama mengutuk Amalina. Paduan kukuh mengumpul dosa yang amat mantap selepas sama-sama membaca pasal Amalina di blog-blog.  Kutuk pun gila-gila sampai liang lahad. Hebat mengutuk terutamanya bila dapat tahu yang blog-blog tersebut tulis  Amalina FAIL study.

TRUTH… AMALINA TIDAK FAIL STUDY NYA SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH SEORANG AHLI POLITIK dalam Parlimen. Well…

CuteCarry pernah nampak Amalina LIVE sewaktu di Anugerah Bintang Popular,I can’t remember when tetapi waktu tu dia naik pentas. Dressing dia waktu tu agak sedih lah, maklumlah bukan pandai bergaya lagi. Ala-ala gadis bertudung yang sangat innocent. Gosh..that is like so so long ago..

Now, Amelina and her famous lace legging!!! Sorry ye CuteCarry takkan tunjukkan gambar tu sebagai menghormati permintaan Amalina.

YouTube Preview Image

Gambar Amalina yang memakai lace legging menjadi tumpuan.Lace legging yang dipakai oleh dikatakan seksi. CuteCarry tidak pasti apakah dia jenama legging itu (katanya dibeli oleh ibunya) tetapi  CuteCarry pernah tengok legging seperti itu di Top Shop dan juga Alexander McQueen .

Alexander McQueen lace legging. One of the most sought after lace legging.

Jika kita tengok legging yang dipakai Amalina memang nampak seperti seakan-akan tanpa lining tetapi menurut Amalina legging tersebut ada lining. CuteCarry tengok laca legging tersebut ialah warna nude, sebab tu nampak seperti tu warna kulit. I am not really a big fan of lace legging and not everyone can wear it the right way. I think the best way to wear lace legging is to tone down everything (from top to heels) .

Kemungkinan Amalina salah sebab sewaktu menerima dia dapat result dulu dia pakai tudung tetapi sekarang dia free hair. Orang kita mungkin hendak melihat Amalina menjadi seorang yang innocent zahir dan batin selama-lamanya. Orang ingin melihat dia pakai tudung,baju ketat macam mana pun tidak mengapa asal pakai tudung, rambut perang macam mana pun tidak mengapa asal pakai tudung, kebaya ketat sambil selambak nampak segala tidak mengapa asal pakai tudung. Baju kurung tanpa lining tangan pun tidak mengapa asal pakai tudung.

Masalahnya sekarang Amalina bergambar free hair dengan rambut dah warna lain ditambah dengan lace legging yang legend itu.

Pada CuteCarry, kita tidak patut judge dia. Mungkin dia bersalah kerana gagal menjadi apa yang masyarakat hendak dia jadi tetapi siapakah kita hendak menghukum dia seperti kita adalah Tuhan?

Ada diantara komen-komen yang dibaca di facebook mengutuk Amalina dengan sangat teruk. CuteCarry pun buka wall orang yang kutuk Amalina itu (jadi penyibuk jap)…ayo ayo..dia pakai tudung tetapi baju ketat nampak lemak, skinny jeans dengan punggung dia yang besar. Sedarlah diri sikit sebelum kutuk orang, cermin diri dulu. Kesalahan dia lagi banyak, selain kutuk Amalina dia juga pakai pakaian salah.kalau punnggung besar rentikanlah pakai skinny!! lagipun kalu cara tu pakainya buka tudung jelah…

Menasihat boleh tetapi janganlah mengutuk.Jika hendak kutuk pun ada hadnya. Janganlah sampai ke tahap yang tidak boleh diterima. Jika anda seorang Islam sejati janganlah mengutuk giler-giler. Nasihatlah secara baik.

Ada yang cakap Amalina ni culture shock sebab duduk di oversea. Ada juga cakap sapa sapa yang duduk/belajar oversea banyak yang culture shock dan jadi liar. HELLO…kalau nak culture shock dan jadi liar tidak payahlah nak pi oversea, student-student local kita ni pun  ada sesetengah kalau tidak pi oversea pun tahap keruntuhan sosial lebih hebat daripada budak duduk oversea. Ramai je student oversea yang elok budi pekertinya.  Amalina di Oxford (kan?) dan dia bergambar dengan rakan-rakannya. Erm…cakap dia teruk sebab peluk lelaki ye, yang kat facebook camwhore  perempuan laki  tu apa kes?  Dekat-dekat ala-ala peluk tu camna pulak? Local student kita hebat, tidak lama lagi boleh jadi ahli politik, kalau diaorang tak kena buang awal-awalnya daripada U! Dia memang salah sebab bergambar macam itu tetapi jangan le nak mengutuk teruk bebenor kome oii..

Don’t get me wrong I don’t condone her appearance and her infamous pose but give her a chance will ya?

Dia muda lagi, mesti buat salah..uols pun pernah jadi muda kan? You know lah the situation.

Jangan judge dia dulu, dengar kata dia study macam gila-gila kat sana untuk mendapat keputusan yang baik. Jika benar lah ini berlaku, give her a break will ya? Bagi dia belajar dulu elok-elok, kita tengok samada dia fail atau tidak. Jika dia fail, memang nak kena lah kan, suruh dia bayar balik semua.

Tetapi CuteCarry yakin Amalina tidak akan fail, dia akan belajar sungguh-sungguh.

Good luck Amalina!!

CuteCarry di Oxford zaman muda-muda trang tang tang..

ps: Amalina, I suka make up you, if all else not working, you can always be a great make up artist.

 

 

 

 

Menang Ipad2 di peraduan KLMU!!!

Masih ingat lagi tak pertandingan Discover U @ Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) yang anda boleh memenangi I-pad2? 

Kita sudah ada pemenang dan beliau ialah … (drum roll….)

It’s Mohd Shabiy Nukhari, a business and management student. Mohd Shabiy won for his slogan “When I finish my studies, I want to get more experience about my career and also practice what I study at this institution. After that, I want to have my own business.”

He encourages all school leavers to try out this quiz to help them discover their own personality before deciding the right course to further their studies.

Tahniah kepada beliau. Bangga dengan cita-cita yang beliau ada. Hendak buka business sendiri. Selamat berjaya diucapkan dan CuteCarry yakin jika dia tekun dan focus untuk mencapai cita-citanya beliau akan berjaya.

Enjoy your Ipad2  Shabiy!

Jealous tak dengan dia sebab menang ipad2?

Jangan sedih bermuram durja dan jangan putus asa kerana pertandingan ini kembali lagi, Apa yang anda perlukan hanyalah menyertai Discover U Course Personality Quiz dan slogan.

Peserta dengan slogan terbaik akan memenangi sebuah Ipad2. Memang senang, kalau tidak mahu sertai lagi CuteCarry tidak tahu hendak cakap apa lagi. Tarikh tutup adalah sehingga 30 March 2012 .Click here for details!!

KLMU has shown that it’s in tune with today’s students thanks to its ‘Discover U’ campaign. Tapping into the huge online presence of youth today, the campaign has helped students from even the farthest corners of Malaysia discover their true calling in life. The massive 400% surge in enrolment that the campaign garnered (compared to the previous year) proves that KLMU is indeed a cool choice for students seeking higher education.

Students who are early birds to register as students of KLMU will also be entitled to a generous scholarship worth RM1,000.So what are you waiting for? Click, click and click.

Blog CuteCarry akan lebih personal dan sensasi di tahun 2012

Poyo tak tajuk diatas? Sensasi tu yang tak tahan kan?…

Siapa yang muka kekwat tu? Kan… baru dituduh kekwat kan, sebab muka I memang cam tu!!

kalau rindu-rindah  kat CuteCarry (lagi poyo sebab perasan tak hengat) sila lihat gambar CuteCarry diatas yang diambil pada waktu lunch tadi. My besties and I are having like a big lunch of sea food platter at Manhattan Fish Market. Thank you Azlina (sebelah CuteCarry) kerana belanja. Maz pula cuba nak control ayu posing. chehhh…..sila buang shawl anda sekarang jugak!!!

SEBENARNYA ENTRY INI DIBUAT SEBAB BLOG CUTECARRY INI MASIH TIDAK SIHAT SETELAH KEJADIAN DATA CRASH PADA AKHIR TAHUN 2011. PENGAJARAN IALAH JANGAN AMBIL DOMAIN PROVIDER BODOH UNTUK BLOG ANDA.

Hendak update blog  seperti biasa tak boleh lagi sebab ada masalah dengan image loading and setting we try to work it out.

Setelah apa yang berlaku di tahun 2011, CuteCarry akan cuba menjadikan blog ini lebih personal dan sebagai satu cara untuk luahan perasaan CuteCarry yang meroyan tak tentu hala macam orang sakit mental tak makan pil. Kalau CuteCarry tidak suka terus akan diutarakan didalam blog ini. Tetapi CuteCarry akan tetap menjaga tatasusila dan adab. I am not like some bloggers who is like freaking negative and everybody is like a so guilty. Diaorang sahaja yang betul.

Jika anda ikuti CuteCarryTV, stay tune for more videos from me. Erm…probably from my bedroom, living room or walk in wardrone. Nak tahu apa ada dalam tu? Tungguuuu…….

Juga CuteCarry akan ‘renovate’ sikit blog ini. Cuba nampak seperti di portal.

Banyak nak buat sebenarnya. Kena ada perancangan yang betul.

So…. tunggu sayang. Kalau uols tak baca tiap-tiap, I will haunt you!!

 

 

 

CuteCarry dituduh sombong; sedikit stress sehingga beli tong gas!

Tajuk diatas mungkin sudah dapat mengagak apakah entry CuteCarry pada kali ini. Yes..anda betul, ia adalah mengenai ke-meroyan-nan CuteCarry.

Kita menyambut tahun baru dengan pelbagai azam, ada yang kurus, ada yang nak cantik, nak kaya, Siti Nurhaliza nak jadi Madonna, Dr Romzey mungkin nak buat filem  dan macam-macam lagi. Tetapi permulaan tahun 2012 CuteCarry pada tahun ini tidaklah begitu fabulous. Ia dimulakan dengan masalah teknikal blog iaitu server telah crash. That is so beyond my control. I can’t do anything. Paling menyedihkan ialah entry selama dua bulan hilang didalam database. Ini adalah jawapan daripada syarikat tersebut. CuteCarry cut and paste!!

 Hi ,

We apologize for inconveniences caused but due to server crashed all the data was lost and Now we have only backups of Oct.

I have restored your site hhttp://www.cutecarry.com/ from backups which we had.


24×7 Support Team,

website: XXXXXXXX  Best Hosting Experiences

———————————————-

This is the second time ia berlaku.  Tension tak? “Best hosting experiences” seperti yang didakwa? I disagree!!! Tetapi nasib baik CuteCarry ada cara nak recover balik data-data tu.Mungkin ambil masa sikit. Nak harapkan company tu? Berhentilah mengharap!!! Sangat teruk domain provider tu.Kalau nak tahu company apa, tanya CuteCarry ye supaya you tidak mengalami nasib seperti CuteCarry. Sangat-sangat lemah dan sangat-sangat memalukan servis mereka. TERUK!!!!!

Tetapi nasib baik perkara ini berlaku sebab CuteCarry pun ada alasan terbaik untuk tukar domain provider yang lebih baik. So, sekarang blog baru nak pulih,dulu ICU sekarang ni dah bertukar ke wad biasa. Tetapi bukan status pesakit luar lagi!

Itu adalah salah satu sebab kenapa Cutecarry sedikit down.Tetapi perkara lain yang buat CuteCarry sedikit bengang, sakit hati, stress dan agak down dan sedih ialah ADA PIHAK-PIHAK YANG MENUDUH CUTECARRY SOMBONG DAN TIDAK SEDAR DIRI.

Sakit hati tak?  Perkara ini diberitahu oleh seseorang melalui perbualan telefon yang berakhir selama lebih kurah 45 minit. Ya Allah,terkejutnya, Sampai ke tahap itu CuteCarry dikutuk. CuteCarry dah biasa dengan kutukan tetapi kalau yang mengutuk dan berprasangka itu makhluk-makhluk yang agak significant didalam kehidupan CuteCarry so agak sedih juga la.After all I did this is what I’ve got? Sebab jika CuteCarry ini memang jenis yang sombong , kerek 24 jam tu I am ok and I can deal with it but this is a very baseless accusation!

Tidak dinafikan muka CuteCarry memang kadang-kadang nampak kekwat, sombong penuh attitude. Seperti contoh dibawah.

Pose terakhir Cutecarry di tahun 2011 di IMAX Sunway Pyramid dengan memang pop corn yang sedap,manis letin dan berharga RM29!! Muka Kekwat kan? Haruslah kan….

CuteCarry juga tidak nafikan kadang-kadang CuteCarry ni jenis kekwat juga terutamanya dengan sesetengah orang yang CuteCarry tidak berkenan dengan perangainya ataupun jenis yang CuteCarry tidak berapa nak ada chemistry. CuteCarry juga akan jadi lebih daripada “Devil wears Prada” terutamanya jika kerja yang diberikan tidak dijalankan dengan sempurna. Tak percaya? Tanya pada my assistant dan mereka yang pernah bekerja dengan CuteCarry. I am so damn concern about my work.

Dakwaan-dakwaan tersebut juga memang tidak benar kerana ada kes-kes yang didakwa CuteCarry tidak perasan pun kejadian itu. Seperti kata CuteCarry tidak salam seseorang di satu ketika…heyyyyyyy…. setelah diingat CuteCarry tidak perasan pun ada orang kat situ. Terus dikatakan CuteCarry sombong.

Ada kata kenapa CuteCarry sombong tidak tegur…..jawapan CuteCarry pula ialah yang korang tu ada ke hati nak tegur aku?

Ada cakap jangan sombong nanti rezeki ditarik, erm…. Tetapi jika diingat kembali, setelah sekian lama manusia-manusia ini berprasangka buruk pada CuteCarry rasanya rezeki CuteCarry makin bertambah. Tidaklah banyak tetapi syukur alhamdulillah, cukuplah makan. Manusia-manusia ini pun rasanya daripada dulu sampai sekarang sentiasa dalam keadaan tidak tenteram. Eermmm…. sedih dengan perangai diaorang bila mereka tidak mengetahui kesalahan mereka sendiri.

CuteCarry tahu yang CuteCarry bukanlah jenis yang sombong dan ikhlas melakukan sesuatu.

Tuduhan-tuduhan ini agak melampau dan sedikit sebanyak telah menyebabkan CuteCarry sedikit down. Walaupun CuteCarry selalunya jenis tidak kisah apa orang lain kata tetapi well…hati I bukan batu tau.. (lagu latar Ombak Rindu).

I wake up on the very next morning with broken heart. But I try my best conceal my feeling with my fake laughter and smile. I went to the gym,hit the treadmill hoping that feeling to fade but its still there. So, I drove to pick up my laundry (pemalas, tidak pernah pun nak basuh baju sendiri). Jalan-jalan area kedai dobi tiba-tiba masuk kedai runcit.

TERNAMPAK TONG GAS!!!

Salah satu cara untuk menghilangkan kesedihan ialah dengan bershopping. Tanpa disedari CuteCarry terus membayar RM78 untuk tong gas tersebut (RM50 for the deposit + RM28 for the gas).

 

Tong gas tersebut telah dihantar ke rumah CuteCarry. Ini adalah kali pertama sejak azali rumah CuteCarry ada gas. Selama ini dapur yang telah direnovate itu tidak pernah ada gas hanya sekadar untuk pose-pose je.  CuteCarry bukanlah jenis orang yang rajin ke dapur kecuali untuk ambil air mineral dalam peti ais. Masak pun jauh sekali. Sooo not my territory!!!

I feel better now. Thats why I can write this entry. What a best therapy!!

Shopping adalah terapi terbaik, beli tong gas pun, tong gas lah!!!! Bayangkanlah tong gas pun boleh membuatkan hidup CuteCarry gembira…

I will make sure this year is the best year. I will work at my hardest, think positive, make more monies, lead a healthy lifestyle and everything good. Insyallah!!!

 

 

Miss Malaysia, Gabriella Robinson is Miss Tourism International 2011

Congratulations to Miss Malaysia, Gabriella Robinson. She is the Miss Tourism International 2011. A good start for Malaysia this year.

Singapore (4th), Panama (2nd), Malaysia (winner), Thailand (3rd), Czech Rep. (5th).Credit photo to Sean Chia


Thanks to Pageantisland for the info..

Fashionista Like Us (FLU) dan yang TAK SESUAI @ Young Designers Arena (YODA) Modesty In Style

Modesty In Style anjuran Young Designer Arena telah dihadiri oleh pelbagai golongan, daripada kerabat KDYTM Tengku Puan Pahang sehinggalah golongan marhaein seperti CuteCarry.

Ia adalah untuk meraikan bakat designer muda tetapi orang-orang muda inilah yang memalukan diri mereka sendiri!

Giuliana Rancic menghidap barah payu dara

Penagacara E Channel dan fashionista Giuliana Rancic telah disahkan menghidap penyakit barah payu dara.

Penyakit ini dikesan ketika beliau sedang menjalankan proses kehamilan melalui IVF. Beliau dan suaminya Bill Rancic, telah mengumumkan perkara ini di NBC Today Show dan akan menjalankan pembedahan pada minggu hadapan. Barah ini adalah dalam peringkat awal dan kebarangkalian untuk sembuh adalah tinggi.

Peringatan kepada CuteCarry dan semua pembaca agar sentiasa menjaga kesihatan kita. Umur makin meningkat dan dengan gaya dan budaya hidup sekarang kita terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah mengadakan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Farhairuddin is the winner of Young Designers Arena (YODA) Modesty In Style Fashion Competition

Young Designers Arena

Fashionista Like Us (FLU) @ Bernard Chandran Area 27 Official launch

The theme is santai,Malaysia, fun, young not serious and almost everything about streetwear style and sempoi!

The ever young Bernard Chandran. Beliau hanya memakai pakaian sempoi dan dengan gayanya yang tersendiri.

CuteCarry with beautiful sisters.. memang cute and fun semua!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...