• .
  • .
  • .
  • .
  • .
  • .

Best Dressed Golden Globes 2012: Angelina Jolie

Nothing to say, no arguement. this is final. Period. Best dressed competition at Golden Globes 2012 goes to Angelina Jolie in Atelier Versace. The white with bright red (colour blocking?)  and high slits. Looking good Angie.

and her hubby is in Salvatore Ferragamo!

Eh macam iklan pulak: Awal Ashaari & Scha Alyahya cover majalah EH Februari 2012

Eh…tengok sekali lalu jika buang segala tulisan-tulisan di gambar dibawah nampak macam campaign Gucci Resort 2011/2012 pulak kan?

Awal Ashaari dan Scha Alyahya memang sepadan, cayalah team EH juga Awal and Scha. Bilalah agaknya jika ada label nak taja dua-dua ni jadi spokeperson ataupun model seperti pasangan suami isteri  Mark Van der Loo dan Esther Cañadas?  Kedua-dua model ini bertemu semasa shooting kempen DKNY!.. so sweet…


Jakarta, Indonesia to host Miss Universe 2012

Good luck Kimberly, you’ll be competing in Balai Sidang Jakarta Convention Centre! Jom ke Jakarta!!!

Cutecarry with Kimberly!!

NEW YORK, NY (January 12, 2012) — Donald J. Trump, NBC Universal and Miss Universe Organization President, Paula M. Shugart, announced today the 61st Annual MISS UNIVERSE® Competition will air live from the Balai Sidang Jakarta Convention Center in Jakarta, lndonesia on August 27, 2012. The glamorous live event, featuring the most beautiful women in the universe, will air on NBC in the United States, with a Spanish simulcast on Telemundo.

“We are thrilled that the city of Jakarta has been selected to host Miss Universe in August,” said Paula Shugart, President, MUO. “The partnership between NBC, The Miss Universe Organization and Garuda Indonesia will ensure a top quality event seen by billions around the world”.

Contestants from more than 90 countries around the world will travel to Indonesia for almost a month of activities leading up to the live telecast. They will be judged in three categories: swimsuit, evening gown and interview, as they vie for the coveted title of Miss Universe 2012. This is first time in history the Miss Universe contest will be held in Indonesia.

Angolan Leila Lopes, Miss Universe 2011, will crown her successor at the conclusion of the telecast. During her reign, Lopes has traveled the world as an advocate for HIV/AIDS education, research, and legislation. The next Miss Universe will continue this work.

Kisah trauma Wardina yang dirompak…

Malaysia pernah menjadi sebuah negara yang selamat untuk diduduki. Ingat tak zaman dulu-dulu? Kejadian rompakan tidaklah seteruk sekarang. Dulu kalau merompak tu dah kira gempak satu Malaysia, orang mati kena bunuh memang menjadi berita utama tetapi sekarang?

What is happening to our country?

Kalau merompak report di balai rasanya polis tu pun dah tau sebab memang biasa dan kalau baca kisah orang mati kena bunuh,kita macam dah tak heran!!!

Terbaru ialah kisah Wardina dirompak:-

Sumber Wardinasafiyyah.com

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya.“Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin“Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya. “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersemat dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering mengganggu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, mempertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka ilik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

“Imran” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya.“Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

 

[ Keadaan bilik selepas di geledah ]

 

Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan perompak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusun rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia Cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

“ Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk” Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk” “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan” “Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya” (Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya ,Amna dan Azra membacanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua ” Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka “ doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa ketawhidan Illahi yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak Jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. ”Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,

WARDINA

 

“Bunga-bungaan Spanish” hiasan kepala dan fesyen selebriti di perkahwinan Ezlyn.

Think Spain. think flamenco dancer costumes and you always think that flower on their head. Sometimes it works and sometimes, you might want to think is it like another  Smurf (yeah..yang ada bunga kat kepala tu..)

Majlis Ezlyn berkonsepkan Autumn in Spain dan semualah bergaya ala-ala Spain. Artis-artis datang dan cuba mendapat gaya Spain dan seperti yang saya cakapkan diatas bila diaorang teringat Spain diaorang teringat kat bunga, mungkin flamenco dancers!!

Antara BUNGA yang paling mendapat perhatian ialah daripada Annahita Bakavoli.


Red hot Chilli Flower? Dress red, Chanel not read, kipas Red, bunga? ermmm…..

Next

Lisdawati berjaya menggabungkan bunga merah , make up bagus dan juga dress daripada Sheila Mohamad.

CuteCarry satu meja dengan dia dan memang cantik dan baik!!


Adeline Tsen in gold and red. Ok .. suka dressing dia hari ni.

Siti Saleha in Wanpa. Signature dress Wanpa sangat!!

CuteCarry with Siti Saleha.

tokey Rafflesia dan mandalay, Winnie Sim memakai khoon Hooi. Suka, suka dan suka!!

Amber Chia memakai dress ala-ala duyung Riffai Couture. Pada malam tu, Amber naik atas pentas menari dan menyanyi sikit dengan Fazli Zainal. Last-last sekali dia mengaku dia hanya sesuai catwalk je dan bukan menari dan menyanyi!! Lepas habis lagu, Amber degan dressnya itu berlari-lari anak ke tempat duduk tutup muka sebab malu!! Dia cakap “I malu!”

Bkay Nair semakin slim dia sekarang!!!

Comei kan dia?

 

Apa-apa pun Eja yang paling meletop!!

 

CuteCarry dengan Anzalna dan Memey. Dua-dua cantik. Nak tahu kisah kenapa CuteCarry dressing agak azab pada malam tu? Sebab  baju lupa bawa!! Senang kira memang baju lupa bawa sebab kelam kabut di pagi hari. Sebenarnya CuteCarry dah try dah jaket ala-ala cutting Spain (tak tau le jadi ke tok sebab tak pernah pi Spain) dan semasa hendak keluar rumah pada awal pagi tu, dah pegang dah, tetapi terletak di atas meja!! Terus keluar sehari suntuk meeting segala dan pada petang dalam kereta baru perasan tertinggal!!! Sedikit down la mood. Last-last dalam clutch ada selendang, apa lagi sebelum masuk ke ballroom perkahwinan Ezlyn tu terus lilit dengan pertolongan assistant CuteCarry. Nasib baik tak lilit sampai jerut tengkuk sebab tension sangat kan.

Moral.. sila letak baju anda dalam kereta pada malam sebelumnya. Nanti terlupa!!

Tahniah pada Ezlyn dan Adam. I tak mau komen apa-apa dah, pasal make up ke, dress singkat ke tetapi hanya nak bagitau dress Khoon Hooi cantik!! Ezlyn pun punyalah happening pada malam tu, siap macam nak buat konsert dah kut. Kelakar betul lah dia.

Ni baju Khoon Hooi nya..

 

Baju pengantin seksi Ezlyn dan kasut RM20,000 daripada Nealofa ‘Choo’ Louboutin!

Ezlyn Hi Hi Bye Bye  telah mengadakan majlis resepsi dengan Adam  berkonsep Autumn in Spanish. Majlis ini telah ditaja oleh Rafflesia Pearl dan semestinya pengantin juga memakai perhiasan daripada Rafflesia.  Ballroom Mutiara Crowne Plaza dihias bertemakan Autumn in Spain, siap ada daun-daun jatuh lagi. Nasib baik CuteCarry tidak pakai baju meleret-leret kalau tak sah sah sapu sekali daun-daun tu. Tak salah CuteCarry interior decor tu dibuat oleh Che Det. Sebenarnya CuteCarry sedikit tiada mood ke majlis tersebut kerana jacket ala-ala konsep modern Spain tertinggal kat umah, Wait.. kalau pakai Zara pun Spain juga lah kan, sebab Zara berasal daripada Spain!!!

Bridesmaids nya adalah designer pakaian Ezlyn pada malam itu, termasuklah Nealofa.

Jika orang kahwin memilih dress labuh yang boleh menyapu lantai, Ezlyn pula memilih dress pendek yang seksi gabungan beberapa pereka baru. Baju ini dipakai ketika part 1 majlis resepsi tersebut. Apa pandangan uols semua tentang dress Ezlyn ini? Suka ke tak? CuteCarry tidaklah rasa terlalu teruja tengok  dress ini.  Probably its too short or just it is not what I am expecting? But, congratulation to the designers ya. Good effort. Work hard, work hard.

Acara memotong kek pula Ezlyn memakai pakaian daripada Khoon Hooi. I love the dress. Just love it.

Jika di majlis-majlis kahwin selalunya orang cakap pasal baju pengantin, tetapi yang paling banyak disebut pada malam itu ialah kasut yang bertatahkan permata yang berharga RM20000. Kasut tersebut tak lain dan tak bukan adalah daripada rekaan Nealofa dan juga daripada Rafflesia. Seperti kata Bill Bora pengacara pada malam itu, ‘we are probably looking at our next Jimmy Choo’. Mungkinkah? Tidakmustahil jika si Nealofa ini berusaha keras untuk menjadikan bisnes kasut ini lebih besar dan bertaraf antarabangsa. CuteCarry tengok kasut-kasut Nealofa ini very glamorous and definitely for stylista fashionista populations. Ramai yang memang puji kasut ini. CuteCarry pun nak memuji kasut ini jugaklah , kalau orang tak bagitau cakap kat CuteCarry yang ini Christian Louboutin pun mungkin CuteCarry percaya kut, cuma takde merah kat bawah! Kalau Nealofa boleh comeout with something very recognizable, like it is like so Nealofa, memang meletop!

Pada malam itu, CuteCarry ditempatkan satu meja bersama dengan pasangan suami isteri Lisdawati dan Fauzi Nawawi . Romantiknya couple ini,macam baru kahwin!! Lisdawati is in Sheila Mohamad

 

Shopping dan tempah kasut secara online di Zenith Divas

Sapa yang tidak minat kasut sila angkat kaki?
Jika anda angkat  kaki, mungkin blog Cutecarry ini belum memberi anda keinginan yang paling best iaitu memakai kasut yang cantik. You know how much I love shoes,nasib baik la Cutecary dilahirkan sebagai lelaki, kalau perempuan mahu muflis beli kasut..wait.. jadi lelaki pun dekat-dekat nak muflis kan!!
Tapi jika anda minat kasut mungkin berminat dengan kasut yang menarik ini. Tidak mungkin lagi semestinya kerana semua saiz ada!!!
YES.. SEMUA SAIZ ADA KERANA KASUT ANDA AKAN DI CUSTOM MADE.
Mesti pernah merasa pengalaman berminat dengan satu design kasut tiba-tiba kasut tak muat pulak!! Sakit hati tak? Ada tak rasa nak menjerit dan putus asa.
Macam feeling-feeling kaki sekecil Cinderella tapi hakikatnya Gorilla!
Takpe uols, walaupun kaki Gorilla, jika anda melawat blog Zenith Divas, kasut-kasut adalah dibuat mengikut saiz kaki anda (saiz kaki Gorilla included!).
Design-design kasut disini  juga boleh dikategorikan sebagai glamour, tetapi designnya juga boleh digunakan untuk day and night. Glamourous day and nite.
Selain itu, jika anda jenis yang suka pakai kasut yang dah siap, boleh juga shopping di sini. Macam-macam jenis kasut yang sesuai dipakai oleh fashionista macam anda!
Dan JIKA BELI BANYAK-BANYAK LAGI MURAH.MANA NAK DAPAT TU? KALAU BELI KASUT WAKTU KAT KEDAI BELI BANYAK-BANYAK PUN TAK DAPAT MURAH!!!

Shopagasm: Barangan Johor Premium Outlet (JPO) mahal?

 CuteCarry tahu mungkin ada yang hendak muntah membaca status FB CuteCarry  tetapi terpaksalah kan,sapa suruh jadi friend! :p. Jika uols mengikuti facebook CuteCarry, mesti selalu tengok status-status CuteCarry yang pelbagai, daripada berangan hangit sehinggalah kepada update ala selebriti bagitau di mana lokasi CuteCarry! Jika pada bulan-bulan lepas kebanyakan status CuteCarry adalah berada di Penang ataupun Sabah Sarawak , bulan Disember lepas kebanyakkannya CuteCarry di down south; Melaka,Negeri Sembilan dan Johor. Bukan bercuti tetapi bekerja, bagi talk, buat bengkel dan meeting segala . Rezeki dah ada sebelah sana, syukur Alhamdulillah, ambil je lah. Jangan nak pilih-pilih job sangat lah kan…

Pada kali ini,sesuai dengan tajuk entry ini, CuteCarry akan update berkenaan dengan working trip di Johor iaitu di dua lokasi Segamat dan Johor Bahru, terpaksalah CuteCarry drive kereta sorang diri. Sebenarnya, ini adalah kali pertama CuteCarry ke Segamat tetapi seperti biasa prinsip CuteCarry redah je lah. Hendak takut apa pun kan. Bertolak daripada KL  selepas meeting lebih kurang jam 4.30 petang terus drive kereta murah CuteCarry ke Segamat. Keluar di tol Tangkak dan drive lebih kurang sejam melalui jalan lama ke Bandar Jerantut. Last-last tengok juga Bandar Tangkak yang terkenal dengan kainnya. Walaupun CuteCarr y hanya tengok semasa sedang memandu kereta, tapi memang banyak kain kat Tangkak!!!

Drive melalui kampung-kampung, pekan kecil dan ladang kepala sawit (yang sedikit creepy, sebab waktu tu dah gelap!) akhirnya CuteCarry sampai di Segamat. To my surprise, Segamat is nothing what I’ve imagined (and also told). Besar juga Segamat, McD pun buka 24 jam. Btw..kat sini ada gedung Jakel yang terbesar dan dikhabarkan paling murah kain-kainnya. So,nak shopping kain murah, rajin-rajinlah ke Segamat.  Tetapi CuteCarry tidak lah berjalan ke mana-mana sebab bila dah sampai terus check in hotel,keluar jap beli roti dan tidur. Esoknya pula ada talk.

CuteCarry mengadakan taklimat 5s untuk Kolej Kejururawatan Masyarakat Segamat. Happening orang-orang sini. Luv u guys. Btw..jika berminat nak mengambil CuteCarry sebagai penceramah 5s, call me at 0193290397 ataupun email cutecarry@yahoo.com.

Sesudah sehari suntuk mengendalikan taklimat (one man show ye…), terus CuteCarry bergegas ke Johor Bahru pula sebab malam tu ada jemputan dinner dan keesokkan harinya ada talk lagi. Walaupun penat tak habis lagi, CuteCarry drive ke Yong Peng exit dengan penuh berdebar-debar sebab ada orang cakap takut banjir. Tetapi nasib baik tak banjir!!!

Sampai di JB, CuteCarry  terus ke dinner yang wajib hadir itu (tapi tak makan sikut pun, minum sebab letih) dan tidur dengan nyenyak mimpikan Johor Premium Outlet!!!

Keesokan harinya, talk CuteCarry hanyalah untuk sejam sahaja so adalah sikit masa untuk shopping di Johor Premium Outlet (JPO).

(sila nyanyikan lagu ini ala-ala lagu klasik Fauziah Ahmad Daud, Rahsia Hati..Oh..berdebar-debar hatinya, saling bersama bertentang mata..or saling bersama nak perabih duit jap lagi!).

Sebenarnya CuteCarry di JPO hanya beberapa jam sahaja sebab hari itu ialah hari Jumaat . Driver dan kawan CuteCarry tu orang Johor, Kalau CuteCarry lambat, sah sah diaorang tak sempat sembahyang Jumaat, nanti bertambah lah dosaku pulak. CuteCarry musafir…..

Walaupun hanya sekejap iaitu 3 jam (piawaian CuteCarry waktu tu agak singkat untuk explore tempat shopping baru) CuteCarry sempat masuk ke beberapa buah butik.  Suasana di sini memang best, teringat kat oversea.  Feeling-feeling Bicester kat UK lah! Semasa CuteCarry datang, punyalah ramai manusia, sampaikan beratur hendak masuk,contohnya di butik Coach dan Burberry.

Kebanyakannya jenama yang dijual terdapat di KL, cuma diletakkan perkataan ‘outlet”. Tetapi adakah perkataan ‘outlet’ itu menjanjikan barangan yang dijual murah? Jika di luar negara seperti di US ataupun UK, ternampak perkataan “outlet” maknanya barangannya sangat murah, kadang-kadang hanya membayar 10% daripada harga asal. Tetapi di JPO keadaannya tidak begitu. CuteCarry meninjau-ninjau harga sunglasses tetapi kecewa sangat sebab diskaun hanya 30%. Deyyyyy…. I tak main lah kalau diskaun setakat 30% , my standard mesti 40% paling kurang. Ingat nak menambah koleksi sunglasses terus tak jadi! So, kalau hendak jual di outlet segala sila pastikan betul-betul murah ye…

BurBerry beratur panjang, tak sempat nak masuk sebab nak cepat!

Di Butik Calvin Klein pula diskaunnya dalam 60%. Boleh tahan juga..ni baru betul. Baju harga RM4000 turun jadi RM1500 dan sebagainya. Tetapi seperti biasa baju-baju bukan koleksi terbarulah.   Padini outlet baju kemeja T dalam RM20-RM30 lebih je. Tetapi hajat hati hendaklah beli banyak-banyak di Padini tetapi macam tak best langsung barang-barang kat Padini JPO. Not my standard lah. G200 boleh tahan juga Cuma kebanyakannya limited size.

CuteCarry ternampak juga SALE di Michael Kors tetapi macam tiada selera nak shopping situ sebab kawan CuteCarry cakap harganya agak mahal jika dibandingkan dengan di oversea. Mungkin sebab agak terkeciwa masuk dua tiga outlet so macam dah sedikit kurang mood.

 

Tetapi secara keseluruhannya melalui pemerhatian dalam masa singkat ke  beberapa  butik, CuteCarry sedikit kecewalah sebab harganya tidaklah semurah seperti yang disangka. Walaupun murah tetapi standardnya seperti SALE-SALE di KL je. Tetapi mungkin pemerhatian CuteCarry ini mungkin TIDAK TEPAT sebab hanya sempat masuk ke dalam beberapa ‘outlet’ je.  Ataupun mungkin CuteCarry membandingkan harganya seperti di oversea yang amat murah.  Tidak adil kan? Sebab kalau di US atau negara-negara Eropah sesetengah baranganya terlalu murah seperti dah convert duit Malaysia pun still murah lagi sehingga CuteCarry hilang setengah akal shopping…

CuteCarry tidak hilang akal ketika bershopping di Johor Premium Outlet!

 

Mungkinkah pihak pengurusan JPO patut menimbangkan semula harganya supaya JPO sentiasa relevan untuk mereka yang dahagakan diskaun seperti CuteCarry?

Tetapi janganlah pulak uols semua tak pergi melawat ke JPO selepas membaca review ini,mungkin uols akan jumpa barang-barang yang disukai kan. Kalau tak beli pun boleh jalan-jalan,makan-makan kat situ, banyak tempat best nak relax dan makan.

Hal lain yang membuat CuteCarry meroyan di JPO ialah kurangnya baju saiz CuteCarry! Dah berkenan satu baju hendak beli zassssssss……. tiada saiz. Sampai naik tension sekejap, salesperson kat situ pun berlari-lari mencari saiz baju CuteCarry. Well..I can conclude that it is not REALLY my lucky day.

Dah sampai ke JPO, daripada meroyan tak tentu hala, wajib beli kan. I work very hard for the past few months and its time to reward myself with a nice suit and a shirt!

Dear JPO, I’ll be back,make sure you get the size right!!!!

Killer heels Gianmarco Lorenzi milik Amir Luqman yang boleh membunuh!!!

Attitude-attitude at  Amber Chia Asia Model Festival Awards (Malaysia) AMFA .

CuteCarry in brocade oriental motives top under SUB print shirt, red Dockers khakis (sponsor!!) , Top shop sneakers and Armani shades and Amir Luqman in H&M and Gianmarco Lorenzi heels!!! Antara dua darjat sangat, CuteCarry pakai TopShop (itupun Top Shop bagi free!!!!)..

Killer heels can kill, can be a killer weapon, mass destruction!!!

Gianmarco Lorenzi yang dipakai oleh designer Amir Luqman.Cuba tengok heels yang sangat tajam dan runcing itu. Bila-bila masa sahaja boleh membunuh manusia. So, jangan nak kekwat-kekwat dengan Amir, dia marah je siap la korang!!!

Gianmarco Lorenzi yang dibeli oleh Amir dengan harga 700 euro semasa dia bercuti di Paris baru-baru ini. Memang sangat-sangat berbaloi sangat kasut ini kerana sebaik sahaja CuteCarry tengok kasut itu di Amber Chia Wrap Up Asia Model Festival Asia ss 2011 terus cakap “cantiknya kasut!!”. Bukan CuteCarry sahaja yang memuji kasut Amir, daripada Amber Chia sehinggalah kepada ramai lagi hadirin yang hadir teruja tengok Gianmarco Lorenzi Amir Luqman. Tidak sia-sia berabih beribu-ribu RM untuk kasut tu.

Well..the power of great,stylish shoes. It can change look, like totally!!!!

Gianmarco Lorenzi adalah label daripada Itali yang memang popular dengan killer heels yang sangat seksi.

More on Gianmarco Lorenzi.

 

Malaysia Boleh: Chong Wei kalahkan Lin Dan di Korea Open 2012

Ini baru Malaysia Boleh!!!! Chong Wei telah kalahkan mush tradisi Lin Dan.

I am so happy!!!

Berita daripada Utusan Malaysia

Datuk Lee Chong Wei akhirnya menamatkan badi pertemuan dengan seteru utamanya, Lin Dan, apabila menang 12-21, 21-18, 21-14 dan menjuarai acara perseorangan lelaki Terbuka Korea, sebentar tadi.

Ia merupakan kemenangan pertama Chong Wei ke atas jaguh China itu selepas kali terakhir melakukannya All England, Mac lalu.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...