Category Archives: Travel

Kopi RM25 dan aksi CuteCarry memanjat Tembok Besar China!

Tercapai juga hasrat CuteCarry untuk melawat  satu lagi keajaiban dunia. Jika pada tahun lepas, CuteCarry menikmati keindahanTaj Mahal di India pada tahun ini memanjat Tembok Besar Cina.from  OI (orang India) to OC (orang cina)! 1Malaysia sangat.

RM25. Itulah harga untuk secangkir kopi di Great Wall of China. Walaupun ada yang kata mahal tetapi hey…bila la kita dapat minum di tepi tembok paling popular di dunia kan? (Starbucks pun lebih kurang je kan..murah sikit je) Kalau cakap kat orang-orang kampung CuteCarry rege kopi tu mesti ada cakap “apa hei mahei bebenor kopi tu?” Haruslah mahal ye..kopi ni kat binaan keajaiban dunia, bukannya tepi rumah teres kan. kalau jual kopi Janda ke, Tongkat Ali Power ke apa pun mesti mahal punyalah!

Banyak stesen untuk masuk ke Great Wall dan segalanya berbayar kat Tembok Besar China. Kalau nak masuk pun kena bayar ye.

Tembok Besar ini bukanlah sekadar hanya semata-mata tembok tetapi segala-galanya ada disini. Jika dahulu disini terletakkan tempat kawalan,pejabat, sekolah, tokong  dan sebagainya ditembok tersebut tetapi sekarang daripada kedai menjual cendermata, restoran sehinggalah kepada tempat menyewa kostum! CuteCarry pun menyewa kostum askar maharaja yang berharga RM25 beserta sekeping gambar.

“Fitting” disebelah kedai menjual baju-baju dan cenderamata.Terasa macam lokasi photoshoot cuma bezanya yang memakaikan baju ini  ialah nyonya-nyonya dan bukannya stylist! Very the sesuatu nyonya ni dok cakap Mandarin dengan CuteCarry daripada mula sampai sudah.

Pose..pose.

Pernah dengar tak orang cakap “climbing the great wall”?

Ya ampun…penatnya walaupun CuteCarry hanya mendaki ke satu stesen. Walaupun hebat skal didunia CuteCarry canang satu dunia yang CuteCarry bersenam di gym segala tetapi bila memanjat great wall ni memang sesuatu yang sangat mencabar. Lelah dan sakit lutut.Curam betul. Atau adakah sudah tua? (sambil memerhati kedutan halus di mata). Tapi satu hal yang paling best ialah nyonya-nyonya tua kat sini panjat tembok ni macam biasa je. Tak taulah diaorang minum apa? Kopi janda power ke, kacip fatimah rapat segala atau mungkin kopi RM25 tu apa tapi sangat bertenaga! saksikanlah aksi-aksi CuteCarry mendaki.

OVER TAK?

Lagi posing over bila dah letih!! (sewaktu snap snap ini turut diperhatikan oleh mereka yang lalu lalang di situ)

Posing ini inspirasi konon-konon high fashion spread walaupun pakai baju very the kategori OC bukit bukau.

Jika orang tu ada sakit jantung segala ke,management dah siap pesan dah. Hati-hatilah.Nanti tak pasal-pasal paramedik kena naik atas bukit tu!

Tapi bila dah naik atas… puasnya hati melihat pemandangan.

Tapi sebenarnya jauh lagi kalau nak menghabiskan Tembok Besar Cina ni yang panjangnya lebih kurang 8000 km iaitu daripada China sampailah sehingga hampir ke Mongolia . Binaan yang kukuh dan di pergunungan yang mencabar tahan sehingga ke hari ini. Tidak dapat bayangkan bagaimanakah keadaan zaman dahulu ketika tiada peralatan moden samada untuk membina atau mendaki tembok ini. Mengikut penduduk tempatan, pada waktu dahulu, ia juga digelar “Wall Body” sebab ramai yang mati sewaktu membina tembok ini sejak tahun 200 sebelum masihi. Mereka yang mati tidak dibawa kebawah tanah rata tetapi terus dikebumikan di pergunungan dimana tembok besar ini dibina. Mungkinkah ada “sesuatu” sedang memerhatikan CuteCarry ketika sedang posing-posing disini?






Sedikit tak best ialah bila tengok ada orang menconteng di Great Wall, termasuk lah tulisan dariapda Malaysia “Malacca girl was here lah”,”Azie was here lah”.. dan segalalagi yang CuteCarry yakin 99.9% orang Malaysia buat!!

Peristiwa CuteCarry “tertinggal luggage” dan sehelai sepinggang ke China

CuteCarry bukanlah seorang light traveler,yang boleh membawa hanya sebuah beg kecil bila outstation.  Pelbagai keperluan mesti diangkut walaupun hanya tidur semalam. Baju tidur, baju jalan, jeans,kasut,selipar , pencuci muka, moisturiser dan segalanya mesti ada. Tetapi satu perisitiwa yang berlaku ketika penerbangan ke China. Tragedi sangat!!!!

CuteCarry melancong ke China bersama kawan CuteCarry dan kami telah membuat segala keperluan yang sewajarnya, termasuklah apa yang hendak dibawa dalam luggage. Tetapi satu perkara yang kami agak lupa nak tengok dengan betul ialah waktu penerbangan! Sebenarnya waktu perjalanan adalah sekitar jam 8.30 am tetapi kami ingat ia adalah jam 9.30am!

CuteCarry sebenarnya datang awal ke airport dan menunggu kawan CuteCarry datang kerana dia kena selesaikan sedikit kerja di pejabat. Tetapi ketika CuteCarry terlihat di skrin penerbangan ke China telah menunjukkan ‘closed’!

Berderau darah .. what? Closed? CuteCarry pun pergi ke kaunter dan memohon supaya dibenarkan masuk tetapi jawapannya CuteCarry dibenarkan masuk kedalam flight tetapi luggage kena tinggal!!!Walaupun air mata seniwati Neng Yatimah hampir  mengalir (meminta simpati kononnya)  sewaktu merayu  untuk membenarkan CuteCarry check in luggage tetapi jawapannya masih TIDAK BOLEH . CuteCarry pun menelefon kawan yang masih dalam perjalanan dan dia pun baru tersedar yang waktu ialah 8.30am dan sekrang waktu adalah jam 8.05 am ! CuteCarry berlari ala-ala peserta amazing race ke luar airport menunggu kawan, sampai je dia (sedikit lagi nak cekik dia!)  buka luggage dan ambil perkara yang perlu sahaja iaitu:-

Toiletries bag   yang ada keperluan kecantikan termasuk   MOISTURIZER  (keserian muka perlu dijaga..walaupun dalam keadaan kelam kabut!)

Beg pula ditinggalkan kepada kereta  yang menghantar rakan CuteCarry ke airport.

Masa sudah terlalu suntuk dan dengan kuasa aura bekas pelari pecut negara  G. Shanti, CuteCarry dan rakan pun berlari ke kaunter imigresen,memecut meninggalkan segalanya seperti dikejar anjing gila untuk ke pesawat dan dalam masa hanya tinggal kurang 3 minit untuk pesawat berlepas, kita sempat masuk ke dalam flight.  Dalam keadaan muka peluh-peluh, CuteCarry pun berjalan ketempat duduk dalam keadaan maintain, seperti tiada apa-apa berlaku walaupun rasanya hampir separuh nyawa berlari. CuteCarry dan rakan akhirnya selamat sampai ke China.

Sebelum: Ini adalah rupa Cutecarry ketika menjejakkan kaki ke China. Dalam beg plastik itu ialah moisturiser segala!

Selepas: Hat and pants: market in Beijing, fox fur and DKNY tee in Xian, CK jeans dan new luggage!

Hendak tahu segala yang berlaku di China..tunggu di CuteCarry!!!

 

Kurang 24 di Terengganu….

It is a very-very short trip. Very interesting!

Fashionista trip to the East Coast……..

CuteCarry telah ke Kuala Terengganu dan masa yang diambil daripada KL- K.Terengganu-KL adalah kurang daripada 24 jam!

Ini adalah masa yang paling PENDEK kerana CuteCarry dan kawan naik kereta dan bukannya kapal terbang. Dah lama sangat tidak ke K. Terengganu atau lain-lain negeri di Pantai Timur ikut jalan darat. Selalunya naik kapal terbang, pergi pagi balik petang, ‘tiada adventure langsung kan”.

Perhatian: CuteCarry hanya menikmati pemandangan + tidur (beauty sleep!) sepanjang perjalanan kerana kenderaan dipandu oleh kawan CuteCarry!!!

Ini adalah antara aktiviti yang dilakukan dalam masa kurang 24 jam…

Losong. Sempat berposing di depan gerai Keropok Lekor di Losong. Tidak menghiraukan keadaan kuali yang agak panas seperti model profesiona Kate Moss dan sebagainy tetap memberikan attitude berangan di depan kamera. Sedap betul keropok lekor kat sini. Murah!!!!!!!!!!!!!!!!!

Click click untuk melihat adventure fashionista ke Pantai Timur…….:p

Continue reading

Panas di KL… Lari ke Fraser Hill Part 2

Cuti-cuti Malaysia.

Musim panas di KL ni elok sangatlah jika dapat berehat di tempat sejuk.. yang lagi sejuk seperti di Air Terjun Jeriau, Fraser Hill.

dsc06519

dsc06522

dsc065474

What a serene and peaceful place. Not crowded AT ALL.. I hope they keep it this way! Paling utama ialah kemudahan memang cukup untuk beriadah!

Another poses on the top!

dsc06557

dsc06560Peringatan.. sepanjang saya berada di Fraser Hill, di sini memang tiada kedai mamak! Kepada sesiapa yang tak boleh hidup tanpa mamak tu memang tak boleh lama-lama kat sini!



Panas Di KL… Lari ke Fraser Hill (Part 1)

Remember this infectious Nelly song?
It’s REALLY HOT IN HERRE…It’s gettin’ hot in here (so hot)
So take off all your clothes
I am gettin’ so hot
(uh uh uh uh)
I wanna take my clothes off

Panas sangat KL sekarang ni kan?

Menurut ramalan, cuaca panas ini akan berterusan sehingga akhir Mac 2009. Tapi siapakah kita untuk tidak henti menghenti komen kerana ini adalah yang telah ditentukan oleh masa Esa (sambil memakai koleksi Puteh daripada Rizalman dan lagu latarbelakang ditukar kepada lagu-lagu Raihan…).

CuteCarry melarikan diri ke Fraser Hill dan INI ADALAH KALI PERTAMA MENJEJAKKAN KAKI KE FRASER HILL!

dsc06501

Jalan untuk ke puncak agak ‘bengkang-bengkok’ dan dalam sekitar 6 kilometer terakhir, ITS A ONE WAY ROAD. Jadual untuk melalui JALAN SEHALA ke Fraser adalah seperti di bawah:-

Formula untuk mengingat ialah nombor genap, atas ke bawah, nombor ganjil ialah bawah ke atas!

dsc06503

Sementera menunggu untuk naik keatas, kita boleh berehat di tempat yang agak selesa dengan kemudahan tandas yang bersih dan surau. Ada juga sebuah gerai yang menjual minuman, tetapi CuteCarry berharap penjual tu apalah salahnya senyum sedikit kat pelanggan-pelanggan!
Walau apapun berlaku, sempat berposing di gerai yang terletak berdekatan dengan tempat bermula ONE WAY ROAD TERSEBUT.
dsc06498

But, when I reached the top…. It is full of SUNFLOWERSSSSSSSs…

dsc06509

dsc06510

dsc06511

Feeling-feeling Jaafar Onn sambil menyanyi lagu Maya “Bunga-bunga Matahari!”

dsc06515CLOSE UP SUNFLOWER!

Can you see the kuaci of the sunflower (yes… the one you like to snack!).

CuteCarry berpendapat, disebabkan terdapat banyak bunga-bunga matahari di atas Fraser Hill, kerajaan patut mempertimbangkan untuk menjadikan bunga matahari sebagai identiti Fraser Hill.

New Year Holiday: I heart elephants (partially thanks to Hermes campaign)

I am soaking wet! Wanna know y?

dsc05827

I get so excited to see elephants from the moment I saw these Hermes campaigns. Elephants with make up and Lakhsmi Menon

New Year Holiday : Deer Land @ Kuala Gandah, Pahang (me as the Animal Whisperer….)

dsc05770 This year, instead of club with sweaty and drunk party animals, I leave my skinny jeans and tank top for a red short, fedora and a flip flop for something different.

New Year Holiday: Bear @ Deer Land Kuala Gandah, Pahang

I am having so much fun @ Deer Land Kuala Gandah for my New Year holday and guess who is comin

New Year Holiday: Snake @ Deer Land Kuala Gandah (me as the Animal Whisperer

Gucci Hysteria python makes you go wild; you carry it with pride but try carrying the real one!

gajah201

It’s my New year celebration @ Kuala Gandah.

Continue reading

Legend of the falling stadium…

I bet you already know everything about the Sultan Mizan Stadium.

It is collapsed. It is worst than what I think!

But what you don

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...