Category Archives: The Cute Files

Designers Preview Show at STYLO Grand Prix 2012

It’s gonna be a full exciting week and some of us do not have the luxury attending all the slots. But, here are some of what to expect from the designers at STYLO Grand Prix Fashion Week 2012.

Radzuan Radziwill. Luxury batik with a twist.

WANPA. Nyonya pottery details translated into a beautiful print.




Fizi Woo. Adore this new talent.


Melvin Shah

Sandra Azwan

 

Fashionista Like Us (FLU) @ STYLO 2012 Grand Opening Bash

Sorry,sorry guys, I can’t make   it to the first nite of STYLO 2012 held at KL Tower. Currently I’m at Kuala Terengganu conducting workshop and attending event. Well,my work can be very demanding when it comes travelling. But, I love STYLO and never failed to attend except this year and I’ sending my assistant with his lovely camera to snap, snap and snap. Erm…yes, you can’t see that guy with shades at 9.00 pm (CuteCarry!) but this is FLU at STYLO 2012.


I’m updating this entry from my hotel bed before my next workshop presentation. Will updates more!

Kisah sedih di Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Kuala Terengganu

What? Are you kidding me?

Itu  adalah antara yang terkeluar daripada mulut CuteCarry bila terdengar kisah-kisah penghuni di rumah orang tua. Ada diantara penghuni  yang  mempunyai  ramai anak-anak tetapi tetap dihantar  ke rumah orang tua. Dikhabarkan sebahagian penghuni anak-anak mereka ni pun bukannya orang susah, ada yang bekerja sebagai cikgu, pegawai-pegawai dan ada diantaranya ustaz tetapi tetap tidak sanggup menjaga ibu-bapa mereka. Ingatkan kisah dalam  Cerekarama je macam tu tetapi bila dengar kisah-kisah mereka memang itu adalah kisah benar. Ada kes juga ibu bapa mereka asyik sakit dan pihak pengurusan menelefon anak-anak mereka tetapi sampai nazak atau meninggal dunia anak-anak tetap tidak menjenguk dengan alasan sibuk. Akhirnya anak itu menyuruh pihak pengurusan menguruskan jenazah ibu bapa mereka..

Tragiskan?

Seorang makcik ni asyik bersalam denga semua dengan mengatakan bahawa baju-baju,rumah orang-orang tua dan semua perkakasan sekeliling adalah milik seorang perempuan. Hairan juga kenapa dia berkata begitu. CuteCarry tahu dia nyanyuk tetapi sangat curious kenapa dia asyik menyebut nama perempuan itu. So, CuteCarry yang very the penyibuk ini hendak tahu apa yang berlaku telah memulakan kes soal menyoal orang sekeliling.   Sebenarnya nama perempuan yang disebut itu ialah nama anak perempuan makcik ini. Anak perempuan itu sebenarnya sudah berumahtangga tetapi suami dia memberi dua pilihan samada hendak ibu atau suami. Anak tu pun memilih suaminya dan ibunya dihantar kesini.  Dengar kata juga, si suami tu pun bukannya kerja calang-calang, berduit juga orangnya tetapi tetap makcik itu dihantar ke sini!

Kalau hendak bercerita kisah-kisah orang tua ini nanti takut pula ada diantara pembaca-pembaca yang menangis  sebab ada diantara yang mengikuti lawatan ke sini menangis sebab sedih.

MORALNYA IALAH WALAUPUN KITA ADA ANAK BERPULUH ORANG TIDAK SEMESTINYA ADA YANG INGIN MENJAGA KITA BILA TUA.

 

So, let find out why on earth CuteCarry posing besides the refrigerator?

Domestic goddess? Not in million years.

Sebenarnya peti ais ini adalah sumbangan rakan-rakan CuteCarry. Projek mengutip derma ini dibuat setelah CuteCarry mendapat tahu yang job seterusnya adalah di Kuala Terengganu. CuteCarry pun menyuruh assistant Cutecarry  untuk google rumah-rumah kebajikan di sekitar Kuala Terengganu dan terjumpa Rumah Sejahtera Taman Bahagia Kuala Terengganu.  Rumah ini adalah kelolaan NGO, berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Registrer of Society (ROS) dan menurut ucapan daripada wakil rumah tersebut, sumbangan daripada orang ramai amatlah dihargai.  Setelah menelefon pengurusan rumah tersebut, CuteCarry dapat tahu yang mereka memerlukan peti ais. Mula-mula terfikir juga hendak beli peti aia jenis apa tetapi apa yang penting ialah RM! So, dalam masa lebih kurang 3 hari CuteCarry pun memulakan kutipan derma secara langsung, call kawan-kawan CuteCarry siapa yang hendak menderma. Well…kawan-kawan CuteCarry yang disayangi ni suka menderma, takkan lah tak menderma kan, beg Dior, LV, Gucci dan sebagainyua boleh beli, apalah sangat peti ais!! Oppsss…. BTW… YOU KNOW WHO YOU ARE. I LUV YOU MY FRIENDS FROM THE BOTTOM OF MY HEART.

 

CuteCarry akan buat banyak lagi kerja-kerja kebajikan. Hanya kepada yang benar-benar ikhlas dan percaya yang duit anda akan digunakan ke jalan yang benar. Jika anda ragu-ragu, janganlah menderma ya. Sebab itulah CuteCarry hanya meminta derma daripada kawan-kawan yang dikenali sahaja. Tiada dokumen, tiada surat minta derma, semua pakai mulut dan PR skill CuteCarry je.

Kepada yang ingin menderma kepada Rumah Kebajikan Taman Bahagia Kuala Terengganu, boleh call

09-6191282

 

Bookgasm:Magic by Rhonda Byrne da Ikan Celup Tepung (ICT) Kuala Terengganu

Apakah kena mengena antara buku terbaru Rhonda Byrne “Magic”   dan ICT (Ikan Celup Tepung)?

Kedua-duanya adalah favourite yang membuatkan CuteCarry excited!

Kedua-dua buku ini dibeli di kedai buku di KLIA sebelum CuteCarry berlepas ke Kuala Terengganu atas urusan kerja.  CuteCarry baca dulu Magic dengan kusyuk sekali daripada sebelum boarding, atas flight sampailah ke atas katil di hotel ini.

Magic adalah karya terbaru daripada Rhonda Byrne.Ironiknya CuteCarry tidak tahu kewujudan buku ini sehinggalah Cutecarry masuk kedai buku di KLIA untuk beli buku Sophie Kinsella. Selalunya buku Rhonda ni havoc sekali reviewnya tetapi kali ini senyap.  CuteCarry adalah penggemar tegar Rhonda Byrne sejak membaca karya pertama beliau iaitu Secret yang sangat mendapat liputan ramai (CuteCarry dapat tahu setelah menonton Oprah) sehinggalah kepada The Power  dan anak beranak kepada kedua-dua buku ini iaitu Secret for Teen (bukan ditulis oleh Rhonda), CuteCarry dah baca semuanya. Btw..yes, I know I’m not in TEEN category anymore (remaja purba maybe!), but still I luv the concept! Buku-buku ini bukan buku fiksyen atau sebagainya atau novel jiwang-jiwang ye tetapi buku self improvement.

Kepada yang tidak pernah tahu apa itu fenomena Secret oleh  Rhonda Byrne ialah beliau menterjemahkan konsep “Law Of Attraction” atau Daya Tarikan yang membolehkan kita mendapatkan apa yang kita kehendaki.  Antara konsep asasnya ialah “Ask, believe and received”.  Konsep asasnya ialah kita ada visi dan misi untuk mencapai sesuatu dan dengan berfikiran positif kita akan mencapai apa yang kita kehendaki. Jika hendak cerita satu persatu prosesnya memang panjang, baik uols beli buku tu je lah ye.

Magic bermaksud “if you believe in magic you can get what you want”. Ia mengupas isu yang lebih mendalam mengenai satu konsep bagaimana untuk mencapai apa yang dikehendaki dalam hidup seperti dalam kesihatan,kerjaya, kewangan, hubungan dan sebagainya.   Konsep utama ialah BERSYUKUR / GRATEFUL dengan apa yang anda ada. Walaupun benda itu sekecil mana pun, kita harus bersyukur kerana jika kita bersyukur, lebih banyak lagi perkara yang baik akan datang kepada kita.  Jika kita sentiasa bersyukur dengan sepenuh hati, mustahil untuk kita berfikiran negative kerana minda telah diprogramkan begitu.

Mengikut konsep Law of Attraction, jika kita sentiasa mengeluh tentang apa disekeliling kita lebih banyak perkara buruk berlaku kepada kita. Seperti jika kita marah-marah traffic jam..lagi teruk jam,kalah kepekatan seri kaya traffic jam kita! Jika kita komen tentang cuaca panas lagi panas meremang jadinya, jika kita komen gaji sikit barang naik duit sentiasa tidak cukup maka lagi lagi  tidak cukuplah duit kita.

Pernah tak tengah-tengah tiada duit dan kita stress tapi waktu tulah tiba-tiba kereta pula rosak. Pernahkah berlaku jika di pagi hari kita tension pasal sesuatu dan  sepanjang hari tu banyak perkara buruk berlaku pada kita, one after another.Like a series of unfortunate events! Well.. Ive been there.

Buku ini sangatlah details tentang bagaimana untuk kita berlatih bagaimana untuk bersyukur  daripada hari pertama sehinggalah ke hari yang ke 28. Very the 28 hari mencari kesyukukuran!

Hari pertama saranan Rhonda ialah bangun pagi dan tulis 10 perkara yang kita syukuri seperti

“I am truly blessed  to have ……. because of ……..”

Kita juga perlu bersyukur dengan apa yang ada di badan kita seperti patut berterima kasih dengan kaki yang boleh kita berjalan (orang cacat tak leh jalan), mata yang dapat melihat (orang buta langsung tak nampak) sehinggalah kepada otak kita yang bertugas membuat segala-galanya!

Setiap hari ada perkara dan cara untuk kita mensyukuri nikmat yang kita ada.

Sebenarnya dalam Islam pun dah ada konsep ini seperti kita kan mesti sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Masih ingat kan kalau sendawa lepas makan apa yang kita cakap? Alhamdulillah…

Wear: Shades:Marc by  Marc Jacobs, hoodie uniqlo, yello tee (macam matching pulak dengan ikan tu) from The Store Kuala Kangsar!

CuteCarry purposely tidak makan sehari suntuk untuk makan juadah ini. Alhamdulillah sebab dapat makan Ikan Celup Tepung ini (ICT) di Kuala Terengganu. CuteCarry makan ICT ni di gerai berdekatan dengan kolam renang Pantai Batu Buruk. Sebenarnya cadangan CuteCarry ialah untuk makan ICT di kawasan-kawasan area airport Kuala Terengganu (KT)  iaitu Pantai Teluk Ketapang tetapi kerana kesuntukan masa  terpaksa makan disini sahaja. Cutecarry touch down di KT pukul empat lebih dan kelas yang padat  sampai malam dan hanya ada sejam masa senggang sebelum kelas bermula. Dah kerja kan, terpaksa lah korbankan sikit.

Sejujurnya ICT di kawasan ini tidaklah sesedap ICT di Pantai Teluk Ketapang  daripada tepungnya sehinggalah kepada cicahnya tetapi CuteCarry bersyukur dan berterima kasih.

Sebab –sebab bersyukur perlu besyukur ialah CuteCarry masih dapat makan ICT Terengganu berbanding dengan orang yang tidak pernah jejak Terengganu, ikan disini fresh berbanding dengan ikan di KL dan berapa ramai orangkah yang dapat makan ikan, sotong cicah sos special berdepan dengan laut lepas Pantai Batu Buruk juga sapa berani mati petang-petang malam-malam pakai sunglasses walaupun tengah makan ikan celup tepung?

 

Yes.. I am grateful. Alhamdulillah.

The Magic. RM42.90 (harga di KLIA lah…) Tapi nasihat Cutecarry ialah beli dulu buku terdahulu Rhonda Byrne Secret atau Power  sebelum baca Magic.

Bersyukur juga kerana kerja CuteCarry sebagai consultant membuatkan CuteCarry travel kesana kemari dengan semua itu dibayar! Its gonna be a busy exciting days in KT. Untuk mendapatkan khidmat CuteCarry untuk bengkel /kursus/konsultasi berkenaan penampilan diri/grooming, 5s, komunikasi dan sebagainya, sila call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com.

Nikmatnya minum Teh Tarik Lipton semasa hujan!!

Kita merancang tetapi tuhan menentukan…(add some drama sikit kat  entry ini).

CuteCarry dah merancang tetapi tidak terlaksana.Perancangan adalah untuk shopping di One Utama sebelum pelancaran Lipton Jom Teh Tariklah. Antara sebab musabab hendak shopping ialah baju yang dibawa tu rasanya dah pakai banyak kali sangat ditambah pula dah target baju mana yang hendak dibeli . Tetapi semasa perjalanan daripada kawasan sekitar Cyberjaya melalui NKVE adalah antara hujan yang amat lebat pernah CuteCarry alami. Tersangat lebat sehinggakan saying cats and dogs rain pun tak boleh digunakan. Banyak kereta yang terpaksa berhenti kerana jalan hampir tidak kelihatan kerana hujan yang terlalu lebat tu!!!

Tetapi CuteCarry dengan gagahnya tidak berhenti kereta. Apa yang dilakukan ialah hanya buka sunglasses (yes…waktu hujan pun tetap pakai sunglasses!!) dan terus memandu dengan emergency light supaya sampai cepat ke Teh Tarik Place, One Utama untuk pelancaran Lipton Jom Teh Tariklah!!!

Mood lagu: Sheryl Crow “everyday is a winding road”…tapi tukar lirik pada everyday is a raining road disebabkan oleh hujan hampir setiap hari.

Akhirnya setelah mengambil masa hampir dua jam lebih sampai juga ke destinasi. CuteCarry adalah yang  paling lambat fashionably  late sampai, tetapi seperti biasa dengan muka confidentnya dan tersenyum  terus duduk..dan lepas tu terus strike a post with the rest!!!

Lipton Proud To be Malaysian. Jom Teh Tariklah with Hugo Verkuil, Marketing Director, Malaysia and Singapore,Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Selepas hujan yang amat lebat dan kesejukan yang teramat, tiada yang lebih baik daripada menikmati Teh Tarik Lipton.  Teh Tarik Lipton ni memang senang nak buat sebab cuma perlu tambah dengan air panas. Kalau nak tarik sila tarik sendiri macam mat saleh ni tarik!!

Lagi tarik panjang lagi bagus, surprisingly baguslah dia tarik teh, kalau nak tukar profesion pun dah boleh dah ni. Untuk makluman juga,untuk membuat formula 2 in 1 Teh Tarik Lipton ini mengambil masa selama dua tahun..from mamak to mamak to mamak selama dua tahun barulah dapat teh tarik Lipton.

Pasangan yang secocok;- nasi lemak ikan bilis, sotong campur semua untuk mengiringi teh tarik Lipton anda.Boleh bayang tak nikmat bila hujan-hujan, perut lapar dapat makan ni!!! fuhhhhhhhh….. heavan on earth!

Being a true Malaysian, waktu makan mesti kena ramai-ramai sambil lepak. CuteCarry with the rest makan-makan nasi lemak dengan teh tarik. Kenikmatan yang tidak terhingga!!!


CuteCarry bersama 2 gelas Lipton 3 in I teh tarik. Pose ala-ala jadi spokeperson pulak kan. Berangan jadi seperti Maya Karin yang menjadi spokeperson untuk satu jenama kopi…tapi CuteCarry tetap tak mahu kalah posing dengan minuman No 1 Malaysia iaitu Teh Tarik.

CuteCarry dengan Maya Karin ada satu persamaan, dua-dua minum bergelen-gelen Innershine!!!

Terima kasih la kepada Lipton kerana memberi CuteCarry bekalan Teh Tarik Lipton untuk berbulan ni. So,kalau terasa nak minum teh tarik Lipton, apa kata datanglah ke rumah CuteCarry ye. Tengok CuteCarry tarik teh Lipton sambil memakai sunglasses!!

YouTube Preview Image

 

Istimewa bersama Biolyn: Hanya RM10 untuk hair treatment dan produk penjagaan rambut!

Biolyn adalah salah satu label yang berpengaruh didalam bidang penjagaan rambut. Jika anda minat menjaga rambut anda, apa kata anda cuba Biolyn? Banyak produk-produk Biolyn yang memang terbaiklah!!! Tetapi CuteCarry cakap pun tak guna kan. Apa kata anda mencuba sendiri? Sila baca pamphlet di bawah…

Ye betul… sekarang ni Biolyn adalah sponsor CuteCarry dan dengan hebatnya mereka juga hendak sponsor anda yang comel-comel ini dan anda akan bertambah comel sebab rambut anda akan bertambah cantik!!!

40 pembaca CuteCarry  yang comel akan mendapat tempat untuk mendapat hair treatment juga produk penjagaan rambut sempurna dengan   . Apa  yang anda perlukan ialah untuk RSVP segera cutecarry@yahoo.com. Cepat-cepat jangan lambat, nanti terlepas. Ini bukan pertandingan ye, ini sapa cepat dia dapat..

Kat mana nak dapat hair treatment dan produk dengan harga hanya RM10? Cakap?.. jangan cakap kedai mamak ye, tak termasuk dalam kategori!!
So,tunggu apa lagi..call mentioned nama CuteCarry dan RSVP untuk tawaran ini. untuk lokasi Biolyn,click here…

You are most welcome and you can love me.

Yes…please love me!!!
Like my FB fanpage. Banyak lagi kejutan-kejutan terbaru!!!

Peristiwa terjatuh di Kompleks KDN Perak!

Ini adalah posing terakhir  bersama peserta kelas grooming sebelum CuteCarry terjatuh dengan jayanya di Jabatan Pendaftaran Negara Perak!

Jemputan mengadakan kelas penampilan diri yang disertai oleh warga-warga JPN seluruh negeri Perak. Best juga mengadakan kelas di sini sebab first time buat talk di Ipoh, lepas tu terus boleh balik kampung. CuteCarry diberikan pentas yang besar dan dengan jayanya berangan macam superstar  atas pentas.

Tetapi sejurus selepas habis talk, CuteCarry pun kemas barang-barang, pakai sunglasses dan melangkah keluar dewan dengan penuh semangat dan ala-ala I lah orang kuale paling stylo dan semasa itulah..

Dushhh…CuteCarry tergelincir diatas lantai yang agak licin. Dah rasa macam buah cempedak gugur pulak. Tetapi untuk mengelak rasa malu, sejurus selepas jatuh CuteCarry macam spring naik berdiri kembali. Ramai la hendak tolong CuteCarry tetapi tetap maintain dan cakap “I’m okay,,takde apa lah”..tetapi hakikatnya sakitnya tangan sebab menahan diri semasa jatuh tu!

Ingat…maintain tetap maintain. Jatuh je, terus berjalan seperti biasa ke kereta bersama rakan CuteCarry iaitu Joey Makeover dan dalam kereta mengeluh sakan. Sebab sakit sangat, kita terus ke Bahagian Kecemasan, Hospital Kuala Kangsar. Ingatkan dah patah tetapi selepas x-ray, doktor kata hanya sedikit terseliuh. Sakitnya sampai ke hari ini, still tak leh nak angkat benda-benda berat.

Moral of the story ialah… kalau jatuh sila kekalkan gaya anda. Stylo dimana sahaja anda berada! Maintain……

untuk mendapat perkhidmatan grooming CuteCarry untuk pejabat kerajaan atau swasta,sila hubungi 0193290397  atau email cutecarry@yahoo.com

Kepada orhang Perok…nanti kita jumpe kome semua lagi ye..

 

CuteCarry cameo dalam drama Memberku Hawa.

Wajah seorang pelakon berbakat ketika ‘hair and make up”…

Berlakon adalah satu bidang terbaru yang diceburi oleh CuteCarry… opppsss…. ayat tak leh tahan; “berlakon” walaupun hakikatnya hanya muncul dalam satu scene. Berangan feeling-feeling terlebih-lebih langit ke tujuh tu!!!!

Kiranya tetap berani mati  jugalah declare diri sebagai pelakon.CuteCarry telah dijemput oleh Red Communications  untuk membuat cameo appearance didalam drama Memberku Hawa. Saja lah cuba sesuatu yang baru, CuteCarry dah jadi blogger, writer, image consultant, penceramah, hos TV, MC, pengkritik fesyen, Corporate PR, peserta reality show TV (latest ialan AXN Traindewmonium) dan sebagainya. Berlakon drama ini first time untuk CuteCarry, walaupun sikit je watak.. I am so happy to be part of it! I can add a bit of spice to my resume!

Sebenarnya CuteCarry datang lambat ke lokasi.  PALING CUTECARRY TAK SUKA IALAH BILA LAMBAT, tetapi kadang-kadang keadaan semasa menyebabkan begitu. Pelakon tambahan datang lambat daripada pelakon utama..kau mampu buat cam tu? Sebenarnya call time asal kul 2.00 petang , dan CuteCarry dah arrange time betul-betul supaya sampai tepat pada masanya kerana pada pagi itu kena bagi grooming career talk di International Medical University (IMU) Bukit Jalil dan habis pada jam 12.45 pm.  CuteCarry bergegas keluar lari daripada kampus IMU mengalahkan pelari Sukan Komanwel di Bukit Jalil tahun 1998  lepas habis talk ke kereta dan drive kalah mat rempit Fast and Furious terus ke KL. Tetapi disebabkan oleh tak tentu hala dan guess what..tersalah jalan plus jalan traffic jam kaya strawberri campuran segala yang hebat waktu lunch  dan hanya sampai di sekitar Jalan Bangsar jam 2 lebih!!! CuteCarry pun call lah production dengan jawapan standard ‘on the way”..nasib baik diaorang cakap that’s ok,sampai before 2.30pm. Tu la I suka bekerja dengan Team Red Comm tau.. baik dan bertimbangrasa sangat.Bila sampai CuteCarry tengok orang tengah make up dan setting dan paling surprise ialah..

terjumpa Hanis Zalikha!!! blogger yang terkenal yang juga pelakon drama ni. We are like both terjumpa dan terus bertegur sesame sendiri.. “eh,lama tak jumpa u buat apa sini?”Semakin cantik dan slim sekarang ni Hanis! Muda remaja lagi kan..scene CuteCarry melibatkan Hanis yang comei lote ini so tengok lah nanti ye. CuteCarry tak leh reveal sekarang ni.

CuteCarry bersama pelakon-pelakon yang lain,termasuklah Christine Suzanne..nampak tak dia yang very cantik tu?

Lokasi shooting dibuat butik Blook dan Musa, Bangsar. Nasib baik CuteCarry tak shopping tau, kalu tak pokai den… cantek-cantek lazat sekali didunia sunglasses di Musa!

 

Butik Mama vs Tudung Fareeda: Saman tudung RM1 juta!!!

Apakah maknanya diatas tajuk diatas bila kita berbicara mengenai saman yang melibatkan peniaga tudung yang bernilai berjuta-juta ringgit?

CuteCarry ada terdengar macam-macam orang kata..ada cakap “tula melayu, dah maju nak saman-saman” ada juga cakap ” aikk..tudung pun nak saman’ dan terdengar juga ” fesyen kan boleh ditiru, ada hakcipta terpelihara ke”? CuteCarry suka dengan bab hakcipta terpelihara tu… little black dress circa 1926 by Coco Chanel tu jangan sapa tiru tau!! Tetapi jangan cepat melatah, kita tak tahu kisah sebenar disebalik kisah ni, jangan nak judge sebelum kita menyiasat lebih lanjut ye.  Mesti ada sebab di sebalik setiap tindakan. Mungkin ada sebab kenapa satu pihak tu marah dan sebagainya. Jangan membuat kesimpulan melulu ye..

Tetapi CuteCarry berfikir sebaliknya iaitu…bagaimana senario telah bertukar dalam kontek  penerimaan fesyen wanita muslim. Jika dahulu mana bisnes pakaian muslim tak serancak sekarang, hanya sekadar boleh dibeli di kedai-kedai biasa-biasa tetapi ketika ini tudung adalah high end, masyarakat tidak kisah membeli tudung harga ratusan, malahan ribuan ringgit.

So…amatlah rugi jika designer kita hanya mengabaikan bisnes pakaian muslim! Peluang amat terbuka luas. Ada designer Melayu yang siap cakap ‘tak minat nak buat pakaian untuk wanita bertudung!”,  CuteCarry hanya mampu katakan “Good luck and hope you can design better than Coco Chanel!”

Nak tahu kisah selanjutnya.. baca lah ini , ikhsan daripada  The Star

SHAH ALAM: Two tudung entrepreneurs are at loggerheads over designs said to have spawned copycats.

The spat became public on one of the companies’ Facebook fanpage, prompting the other to file a RM1mil defamatory suit over the postings.

The owners of Syarikat Mama Secret Industry – Nor Ainna Ibrahim, 32, and her husband Azman M. Salleh, 34, who run a tudung business under the name Butik Mama – have sued Faridah Zakaria, who owns the tudung brand Fareeda.

Legal action: Nor Ainna with her lawyers Adnan Seman (centre) and Ahmad Hafiz Zubir.

In the statement of claim, the plaintiffs claimed that Faridah sent an e-mail on Aug 9 last year, accusing them of selling tudung with designs copied from her and asking them to stop selling the products.

On the same day, the plaintiffs denied the accusation in an e-mail reply.

The plaintiffs further claimed that the defendant posted untrue and defamatory statements on the Fareeda… Nyata Jelita fanpage, which has more than 140,000 fans.

The plaintiffs also claimed that they had received complaints from Butik Mama dealers who said they were threatened via e-mail, SMS and the fanpage, to stop selling Butik Mama’s “counterfeit” products or face legal action.

They claimed the postings damaged Butik Mama’s reputation and the business suffered losses. They asked the court to grant an injunction to stop the defendant or its agents from publishing any defamatory material, virtual or printed, against the plaintiffs.

They sought RM1mil in general damages, unspecified aggravated and exemplary damages, interest, costs and other relief deemed fit by the court.

Nor Ainna and Azman were represented by lawyer Adnan Seman.

 

Bengkel 5s CuteCarry di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Mempunyai pelbagai bidang untuk disampaikan adalah menjadi keutamaan setiap konsultan. Jika selama ini mungkin ada yang melihat CuteCarry hanya buat grooming class, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa CuteCarry juga adalah penceramah 5s! Tahu apa itu 5s? Sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. CuteCarry juga menambahkan 2 lagi S iaitu Safety and Security. Jika segala S ada tapi tiada elemen Safety and Security tak guna juga!

Konsep pembelajaran CuteCarry untuk 5s ialah teori dan kemudian praktikal iaitu lawatan ke pejabat-pejabat terlibat..

Pose dalam stor  ini adalah atas permintaan beberapa staf KPT..diaorang minta buat 2 thumbs up tapi nanti nampak macam Dr Rozmey!

Ini adalah kali ketiga CuteCarry memberi ceramah 5s di Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya. Ceramah pada kali ini adalah taklimat khas kepada wakil-wakil 5s daripada bahagian-bahagian. Ada yang bertanya CuteCarry perlu ke tampal-tampal banyak-banyak untuk 5s.

Jawapan CuteCarry.. TIDAK PERLU!!!

Buat apa hendak menjadikan ruang pejabat anda seperti tadika? Perlukah dilabel semua peralatan yang ada di pejabat sehingga nampak sangat serabut, like macamlah orang tidak tahu benda tu tong sampah atau mesin fotostat kan?

TIDAK PERLU.. TIDAK PERLU.

Jika dibawah bimbingan CuteCarry, label hanya untuk perkara-perkara penting sahaja. CuteCarry lebih mementingkan konsep korporat dan simple untuk pejabat. Janganlah nak menjadikan pejabat seperti pelamin dengan alasan ia adalah 5s. Ingat… 5s bukan semata-mata hiasan!!

KPT mempunyai ruang pejabat yang menarik di bangunan yang baru dan peralatan yang ada diantaranya masih berbungkus. CuteCarry ingin mengekalkan keadaan tersebut supaya situasi di pejabat adalah seperti di pejabat dan bukan Pusat Jagaan Kanak-Kanak dengan segala polisterine dilekatkan dimerata-rata!

Untuk mendapatkankhidmat 5s CuteCarry bolehlah email cutecarry@yahoo.com atau hubungi 0193290397.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...