Category Archives: The Cute Files

Azrinaz Mazhar Hakim,Bekas Isteri Sultan Brunei muncul kembali

Masih ingatkah pada beliau yang pernah menjadi isteri kepada  Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah?

Azrinaz berkongsi pengalamannya sebagai wartawan penyiaran bersama peserta ‘On Air’. Kitapun tidak berapa tahu dengan kisah Azrinaz ketika ini. Apa-apapun, boleh tahan juga crop jacket tu,walaupun cam besar sikit. CuteCarry pernah nampak Azrinaz di Brunei suatu ketika dahulu, waktu tu beliau bersama-sama dengan Sultan Brunei dan Permaisuri (the first wife) untuk acara rasmi. Kecil molek je si Azrinaz ni..

sumber: Mynewshub

SALE PRELOVED HANDBAG: SALVATORE FERRAGAMO,FURLA, OROTON

From left Salvatore Ferragamo (black), Oroton (red), Furla (grey)

Salvatore Ferragamo RM2500.

Original price RM4200. Classic design. u can wear it now, and you can wear like 20 years from now. Wear it with anything, from office to mall.

GREAT INVESTMENT!!!

Call me at 0193290397  or email cutecarry@yahoo.com

Oroton (red) : Bought year 2011 in Oroton boutique in Australia RM800

Harga asal RM1200. Stylish and very practical. You look like the most trendy girl in town. Sexy red never failed to grab attention.

Call me at 0193290397  or email cutecarry@yahoo.com

Furla. RM950.  Original price: RM1500.

Most  recognizable Furla print bag. It’s very effortless, chic and modern.

Tt is unlikely for you to get Furla at RM950.

Call me at 0193290397  or email cutecarry@yahoo.com


Kelas Corporate/Fashion Grooming setiausaha di Kota Kinabalu,Sabah.

CuteCarry telah dijemput untuk ke Kota Kinabalu Sabah untuk mengadakan kelas grooming sempena Minggu Setiausaha. Peserta-peserta yang hadir bukanlah hanya daripada Kota Kinabalu tetapi kebanyakannya adalah daripada Semenanjung. Bertuah betul mereka,bukan hanya sekadar dapat pergi kursus tetapi juga berjalan-jalan!

Grooming class selama dua hari ini juga disertai oleh Fara daripada Butikpinkku untuk tudung manakala kelas solekan adalah dibawah kelolaan  makeup artist Joey Makeover.Selain bertuah dapat jalan-jalan di Kota Kinabalu, peserta juga dapat FREE MAKE UP dan TUDUNG. Ini adalah untuk praktikal kerana kali ini kelas bukan hanya teori tetapi setiap peserta dapat mencuba sendiri apa yang dipelajari.

Habis course, sempat makan lokan dan air kelapa bakar di Salut bersama-sama dengan setiausaha-setiausaha  tu. Sedapnya lokan bakar yang telah di adun bersama rempah. SEDAP!!!! Murah pula tu, 20 ekor (atau lebih) kupang sekitar RM12. Memang berbaloi.

 


Thank you guys.. love you. Kalau berminat hendak mendapatkan perkhidmatan grooming CuteCarry bolehlah telefon 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau klik disini.

Love Spell 2 by Zery Zamry

Pakaian pengantin adalah lebih daripada hanya sehelai pakaian yang dipakai dihari bersejarah anda, ia merupakan simbolik kedudukan istimewa seorang wanita dikala saat paling penting dalam hidup mereka. Berasaskan falsafah ini, pereka busana Zery Zamry mengukir impian setiap wanita untuk kelihatan memukau pada hari istimewa mereka.  Bersesuaian dengan tema koleksi baru 2012 tersebut iaitu ‘Love Spell 2’ adalah koleksi 10 pakaian pengantin yang romantis dan selaras dengan permintaan tren terkini pemakainya. Koleksi ‘Love Spell 2’ daripada Zery Zamry adalah sambungan visi koleksi ‘Love Spell’ beliau yang pertama. Koleksi terbaru ini, lebih memberi penekanan kepada konsep ‘ladylike’ dan mengetengahkan idealistik budaya tradisi yang gemar menonjolkan keayuan and kesucian upacara perikatan di antara dua insan di hari bersejarah mereka. Pakaian pengantin ini boleh disarungkan di hari pertunangan, pernikahan, persandingan mahupun acara memotong kek mengikut kesesuaian dan citarasa sipemakai.

Di antara emfasis yang ditonjolkan oleh hasil buatan Zery Zamry adalah gaun-gaun pengantin yang mempunyai unsur-unsur tradisional dan diberi nafas moden kepada hasil rekaannya. Antara potongan Rekaan kegemaran  zery adalah seperti ‘empire waist’, ‘mermaid gown’  dan ‘ballgown’  yang ditampilkan di dalam koleksi ‘Love Spell 2’ dan tidak dilupa pada potongan tradisi seperti kurung dan kebaya yang masih segar dalam pemilihan pakaian pengantin di Malaysia.

Keistimewaan rekaan pakaian di dalam koleksi ini dapat dilihat melalui ketelitian dan kekemasan jahitan serta kepakaran Zery Zamry dalam menggunakan elemen-elemen yang tinggi nilai estetikanya seperti manik dan tatahan butiran kristal Swarovski yang tidak terlalu sarat pada rekaannya. Selain itu penggunaan kelopak-kelopak bunga 3d atau timbul banyak memonopoli dalam perincian yang dibuat khas berupa bunga-bunga mawar dan camelia. Penggunaan fabrik yang feminin dan romantis juga telah digunakan ke dalam rekaan pakaian pengantin Zery Zamry.

Pengantin perempuan akan tampil kelihatan seperti puteri kayangan dengan sentuhan gabungan fabrik seperti sutera satin, raw silk, french lace, beaded french lace, dutchess satin dan  sutera chiffon.Teknik-teknik yang menunjukkan hasil buatan tangan yang halus seperti draping, pleats, patching, tulle-gathering,sulaman manik dan juga sulaman patch-hole di dalam rekaan beliau. Zery Zamry memberi sentuhan kelainan yang lebih moden,romantis dan memberi perasaan understated elegance kepada pemakainya. Dengan hanya memberikan sentuhan aksesori yang minimalis, pemakai sudah cukup tampak manis dan tersendiri dalam helaian-helaian dari Zery Zamry ini.

Koleksi ‘Love Spell 2’ dalam erti kata lain, membawa pemakainya untuk menjiwai rekaan yang sederhana tetapi mampu menyerlahkan keayuan dan kecantikan mutlak si pemakai pada hari paling bersejarah mereka. Harga bermula dari rm3000 keatas. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.zeryzamry.blogspot.com atau terus hubungi Zery Zamry untuk temu janji.

Rawatan spa di Manjakaki (juga menangi treatment percuma)

Kehidupan yang sangat sibuk menyebabkan masa rehat Cutecarry sangat terhad. Kalau ada masa pun CuteCarry hanya boleh tidur. Itulah terapi yang boleh CuteCarry dapatkan dengan gaya kehidupan sekarang.  Pada hari minggu lepas CuteCarry ada sedikit masa untuk rehat dan bercadang untuk tidur atas sofa  dirumah tetapi tiba-tiba dapat call daripada spa Manjakaki untuk dapat sesi percuma. Best juga dapat sessi spa percuma ni…tanpa banyak soal CuteCarry said YES!

Terdapat macam-macam servis yang terdapat di spa manjakaki daripada foot massage sehinggalah kepada sauna dan body scrub! Cutecarry dah cuba pakej dia iaitu foot reflexology, scrub dan massage. Memang best. Bukannya hendak puji sebab dapat free tapi memang terbukti. Dia membuat kita rasa selesa dan bukannya sakit.Badan pun rasa ringan lepas sesi.  Memang relax betul pada hari itu,  Ketenangan bermula bila masuk ke dalam spa ni.  Interior decor nya tenang, bersih dan sangat teratur.

CuteCarry buat sessi ini di cawangan Wangsa Maju (dalam Carrefour). Semasa mendapatkan rawatan, ramai betul family yang datang buat rawatan. Memang tempat yang sesuai untuk beristirehat.

Harga bermula daripada RM20  untuk urut kaki dan RM3o untuk body relaxation. Tetapi ini adalah pakej terbarunya

1. Body relaxation, body scrub, sauna and aroma air treatment (90 mins)

2. Body relaxation, foot scrub, sauna and aroma air treatment (90 mins)

3. Manicure treatment, pedicure treatment, heel track treatment (90 mins)

semuanya berharga RM120.

Sangat berpatutan. Kalau bawa satu family pun tidak mengapa. Jangan risau disini ada therapist lelaki dan perempun, so boleh pilih.

WangsaMaju 0172912612

Kota Damansara Giant 0172427663

Tesco Manjalara

Sempena hari ibu juga, warga emas yang berumur 60 tahun keatas percuma baucer! Tapi ni hanya utk cawangan Carrefour Wangsamaju

Jika anda minat nak menang baucer ini,sila like my fanpage dan jawab soalan itu disitu!

 

 

Fasha Sandha mengandung!

Tahniah diucapkan kepada Fasha Sandha kerana telah hamil dua minggu. Ini telah disahkan oleh pengurusnya iaitu Nik Yasmin melalui BBM

“Akibat lewat datang bulan, Fasha telah melakukan pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa Fasha kini hamil dua minggu. Doktor juga menasihati Fasha agar tidak melakukan kerja-kerja berat,” ujarnya dalam nada gembira.

Tahniah Fasha.

Designers, actress and me!! From left, Rosix Wanpa, Fasha, Ridzuan Wanpa.

Sumber berita:Media hiburan

“Ibu-ibu hot” di Majalah WW Mother’s Day Event

Jemputan ke Majalah WW Mothers Day ini adalah daripada Chief  Editornya iaitu Wirda Adnan. CuteCarry terserempak dengan beliau ketika di airport Kota Kinabalu, terdengar orang menyapa “CuteCarry!” dan disitu Kak Wirda sedang menunggu flight balik ke KL. Beliau berada disana untuk Face of JKhan manakala CuteCarry pula ada conduct grooming class. Berbual lama la juga sementara menunggu flight yang delay.

CuteCarry  di Zebra Square, KL lokasi event tersebut. Sejurus tiba kat sana, ada  yang dok snap gambar CuteCarry, daripada photographers sehinggalah kepada pembaca-pembaca CuteCarry.com tetapi sebenarnya macam tidak selesa sangat sebab ia adalah Mother’s Day event dan CuteCarry ni takkan boleh jadi ibu. Bila ada yang minta CuteCarry ambil gambar bersama-sama ibu yang hadir. auissh…sedikit rasa janggal sebab CuteCarry seorang je lelaki! Lawak pun ada tetapi let me tell you something..banyaknya hot moms kat sana. Bila ditanya mana your mom, CuteCarry dengan selambanya tunjuk kat assistant CuteCarry yang ‘plus size’!! (jadi mangsa keadaan sangat assistant ku!)

Guest of honour Tuanku Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin (in purple and yes.. under that yellow umbrella)

Wirda Adnan menyampaikan ucapan

CuteCarry bersama dengan Ning Baizura. Walaupun dia belum lagi jadi hot momma lagi, tetapi Ning memang selamanya hot.

Colour blocking.Ning is wearing Flow dress and that killer Stuart Weitzman shocking pink heels. Harganya lupa pula nak tanya tapi dalam ribuan tak lari.  CuteCarry pula pakai kasut Puma, beli waktu SALE. Antara Dua Darjat.

Close up shoes!!

Cantik kat heels dia?

Hot moms fashion show oleh FLOW. Ia adalah untuk mereka yang berbadan plus size atau lebih dikenali dengan kata kasar gemuk. Tapi ingat jika anda gemuk anda tetap cantik.

Hot moms juga memerlukan aksesori yang hot..seperti Suhara Jewellery

Hot moms juga akan nampak lebih hot pakai baju JKhan di pagi raya nanti. Promosi raya awal-awal.


Hot mom Dato Khatijah Ibrahim membuat persembahan membuat persembahan. Memukau betul.

Tepukan gemuruh!!! Standing ovation.


Hot papa and hot momma, Nazril Idrus dan Sazzy Falak with their cute adorable twin.

Hot mom Norish Karman.

Amanda Imani.


RA8 Mothers Day Makeover

RA8 Mother’s Day Makeover:

Ticket price is RM350 only

When you purchase the tickets, you will get the following items for free:

- an eye catching cosmetic pouch
- tudung for 1st 15 buyers
- discount vouchers for RA8 products, Sunrider cosmetics, make-up services, facial and manicure/pedicure

Best makeover mother stand a chance to win cash, muslimah dress, tudung, RA8 sets of products, facial treatment, manicure/pedicure, cosmetic items and make-up.

Call 019-3090065/010-2928358/017-6337930/0187079515

T-shirt designer disangka t-shirt FREE uniform company

T-shirt adalah salah satu pakaian yang paling selesa dan boleh dipakai oleh semua orang.Anda boleh nampak classy, rugged, effortless, sophisticated, selekeh atau macam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) tukang sapu sampah. Contohnya ada kawan-kawan CuteCarry yang nampak vogue, macho dan relax dengan memakai t-shirt putih dan jeans hitam tapi CuteCarry rasa seperti PATI tukang sapu sampah bila dressing macam itu. CuteCarry juga adalah penggemar t-shirt. Macam-macam jenis t-shirt ada dalam wardrobe CuteCarry daripada yang dibeli di pasar malam sehinggalah t-shirt designer daripada Armani sehinggalah kepada Calvin Klein (tapi mestilah yang original, I don’t wear fake, bukan berlagak tapi tak mau menolong orang yang suka menciplak hasil kerja orang lain). Harga-harga t-shirt yang dibeli CuteCarry perlulah kurang daripada RM500. Kalau lebih daripada itu, rasanya berat nak keluar duit!

CuteCarry in DKNY tee.

Tetapi satu peristiwa berlaku pada CuteCarry dimana kawan CuteCarry pun tersenyum dan tergelak.Ia berlaku ketika CuteCarry sedang hendak makan cendol disebuah gerai di sebuah pekan kecil. CuteCarry memakai designer t-shirt. T-shirt yang dipakai tu bukanlah untuk ke acara istimewa pun tetapi pakai buat hari-hari biasa atau jalan-jalan. Harganya pun tidaklah mahal macam t-shirt lain, cuma sekitar RM250 lebih jugak la sehelai (kawan CuteCarry beli t-shirt RM980!).Tetapi ketika CuteCarry sedang hendak order, makcik penjual cendol tu pun bertanya

“kerja mana ni pakai t-shirt macam ni?”..

Dia menegur CuteCarry dan kawan CuteCarry yang memakai t-shirt warna sama, cuma t-shirt kawan CuteCarry harganya RM30!

CuteCarry pun menjawab “kita tak kerja sama, baju je sama warna”..

Perli kawan CuteCarry pula ialah “maknanya dia ingat you pakai t-shirt FREE uniform company”

Tak tahu nak fikir apa bila terdengar komen cam tu. Tindakan refleks ialah terus makan habis semangkuk cendol. Lepas tu hampir nak tambah cendol kedua baru terfikir….

Ini menunjukkan bahawa sesetengah orang disekeliling kita tidak tahu pun apa yang kita pakai. Janganlah kita menganggap orang tahu berapa harga pakaian kita. Jika CuteCarry pakai baju designer dan lepak-lepak di Pavilion atau bila bersosial di sekitar The Curve mungkinlah orang akan tahu kita pakai designers from head to toe tapi bila dikawasan kampung, sapa peduli?

CuteCarry in YSL tee

Sebenarnya CuteCarry bukanlah hendak berlagak menunjuk-nunjuk hendak pakai semua designer sebab seperti yang dimaklumkan diatas baju pasar malam pun CuteCarry pakai. Tetapi teringat adaseorang rakan yang CuteCarry yang rasa terlebih ‘anggun’ bila berada di kampung. Dia asyik cerita kat CuteCarry yang dia nak meng impress kan orang kampung biar terpegun tengok dia pakai belt Hermes, kasut Cole Haan dan seluar Tommy Hilfiger. Tetapi adakah orang kampung akan terpegun atau dia syok sendiri?

Moral disini ialah pakai baju biarlah tujuan utama untuk kepuasan diri sendiri dan tujuan yang paling minima ialah untuk meng impress ka/menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Jujurnya CuteCarry tak rasa sedih pun bila kejadian disangka pakai baju FREE walaupun beratus rege sehalai t-shirt sebab memang CuteCarry selalu pakai designer t-shirt untuk ke mana-mana. Lagipun CuteCarry tidaklah mahu hendak ‘terover’ dressing bila di kampung atau pekan kecil. Biarlah kita nampak ‘selesa’ bila ditempat -tempat tertentu..

Again…it’s Fashion.Have fun!

 

 

 

 

 

Lim Kok Wing Fashion Show for Suria KLCC Fashion Week 2012

My obsession for fresh new things can be over-rated. Yeah and.. I love the fresh smell of Roti boy fresh from oven, freshly cut grass smell kinda like Pleasure by Estee Lauer, fresh smell of Prada, Gucci or Prada leather bag (yummmyyyyyy) and fresh talent.

CuteCarry at Lim Kok Wing Fashion Show for Suria KLCC Fashion Week. From left Dato Fazley,his wife Azrene (image consultant, sama cam I), Dato Fazley sister and your beloved Cutecarry yang selalu berangan feeling feeling comel walaupun dah tua! Mampu?

konon-konon comel sangatlah kan mulut muncung cam tudi tengah-tengah Concourse KLCC tu…kawan I cakap kalau besar sikit terus jadi cam Donald Duck!

Its kinda a long show,with performances and fashion shows back to back, its like watching Fashion Rock. Fresh talent in fashion means you can get a bit of everything, from “its so student look”, “I love the dress look”, “r u kidding me look”,”the designer is good look”, “he is gonna be huge look”, “I wear that now look” and of course a bit of other designers look, from Roberto Cavalli to Ellie Saab, Oscar De La Renta and I think its bit of Jovian Mandagie and Christian Louboutin (wait..no..the Louboutin is not on the runway, it the realway, one of the VVIPs is wearing that gorgeous recognizable  CL).

But I must say they did a great job. Great fashion sense and kinda wearable and marketable.

More images at my FB fanpage CuteCarry

The alumni. Rico Rinaldi. Mysterious bride.Good job Rico!

My pick Nthiran Krishnan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...