Author Archives: cutecarry

Peristiwa CuteCarry “tertinggal luggage” dan sehelai sepinggang ke China

CuteCarry bukanlah seorang light traveler,yang boleh membawa hanya sebuah beg kecil bila outstation.  Pelbagai keperluan mesti diangkut walaupun hanya tidur semalam. Baju tidur, baju jalan, jeans,kasut,selipar , pencuci muka, moisturiser dan segalanya mesti ada. Tetapi satu perisitiwa yang berlaku ketika penerbangan ke China. Tragedi sangat!!!!

CuteCarry melancong ke China bersama kawan CuteCarry dan kami telah membuat segala keperluan yang sewajarnya, termasuklah apa yang hendak dibawa dalam luggage. Tetapi satu perkara yang kami agak lupa nak tengok dengan betul ialah waktu penerbangan! Sebenarnya waktu perjalanan adalah sekitar jam 8.30 am tetapi kami ingat ia adalah jam 9.30am!

CuteCarry sebenarnya datang awal ke airport dan menunggu kawan CuteCarry datang kerana dia kena selesaikan sedikit kerja di pejabat. Tetapi ketika CuteCarry terlihat di skrin penerbangan ke China telah menunjukkan ‘closed’!

Berderau darah .. what? Closed? CuteCarry pun pergi ke kaunter dan memohon supaya dibenarkan masuk tetapi jawapannya CuteCarry dibenarkan masuk kedalam flight tetapi luggage kena tinggal!!!Walaupun air mata seniwati Neng Yatimah hampir  mengalir (meminta simpati kononnya)  sewaktu merayu  untuk membenarkan CuteCarry check in luggage tetapi jawapannya masih TIDAK BOLEH . CuteCarry pun menelefon kawan yang masih dalam perjalanan dan dia pun baru tersedar yang waktu ialah 8.30am dan sekrang waktu adalah jam 8.05 am ! CuteCarry berlari ala-ala peserta amazing race ke luar airport menunggu kawan, sampai je dia (sedikit lagi nak cekik dia!)  buka luggage dan ambil perkara yang perlu sahaja iaitu:-

Toiletries bag   yang ada keperluan kecantikan termasuk   MOISTURIZER  (keserian muka perlu dijaga..walaupun dalam keadaan kelam kabut!)

Beg pula ditinggalkan kepada kereta  yang menghantar rakan CuteCarry ke airport.

Masa sudah terlalu suntuk dan dengan kuasa aura bekas pelari pecut negara  G. Shanti, CuteCarry dan rakan pun berlari ke kaunter imigresen,memecut meninggalkan segalanya seperti dikejar anjing gila untuk ke pesawat dan dalam masa hanya tinggal kurang 3 minit untuk pesawat berlepas, kita sempat masuk ke dalam flight.  Dalam keadaan muka peluh-peluh, CuteCarry pun berjalan ketempat duduk dalam keadaan maintain, seperti tiada apa-apa berlaku walaupun rasanya hampir separuh nyawa berlari. CuteCarry dan rakan akhirnya selamat sampai ke China.

Sebelum: Ini adalah rupa Cutecarry ketika menjejakkan kaki ke China. Dalam beg plastik itu ialah moisturiser segala!

Selepas: Hat and pants: market in Beijing, fox fur and DKNY tee in Xian, CK jeans dan new luggage!

Hendak tahu segala yang berlaku di China..tunggu di CuteCarry!!!

 

Lim Kok Wing Fashion Show for Suria KLCC Fashion Week 2012

My obsession for fresh new things can be over-rated. Yeah and.. I love the fresh smell of Roti boy fresh from oven, freshly cut grass smell kinda like Pleasure by Estee Lauer, fresh smell of Prada, Gucci or Prada leather bag (yummmyyyyyy) and fresh talent.

CuteCarry at Lim Kok Wing Fashion Show for Suria KLCC Fashion Week. From left Dato Fazley,his wife Azrene (image consultant, sama cam I), Dato Fazley sister and your beloved Cutecarry yang selalu berangan feeling feeling comel walaupun dah tua! Mampu?

konon-konon comel sangatlah kan mulut muncung cam tudi tengah-tengah Concourse KLCC tu…kawan I cakap kalau besar sikit terus jadi cam Donald Duck!

Its kinda a long show,with performances and fashion shows back to back, its like watching Fashion Rock. Fresh talent in fashion means you can get a bit of everything, from “its so student look”, “I love the dress look”, “r u kidding me look”,”the designer is good look”, “he is gonna be huge look”, “I wear that now look” and of course a bit of other designers look, from Roberto Cavalli to Ellie Saab, Oscar De La Renta and I think its bit of Jovian Mandagie and Christian Louboutin (wait..no..the Louboutin is not on the runway, it the realway, one of the VVIPs is wearing that gorgeous recognizable  CL).

But I must say they did a great job. Great fashion sense and kinda wearable and marketable.

More images at my FB fanpage CuteCarry

The alumni. Rico Rinaldi. Mysterious bride.Good job Rico!

My pick Nthiran Krishnan


Kad jemputan pernikahan Jejai dan Fasha Sandha

Cantik dan mewah kad jemputan ke pernikahan Fasha Sandha dan Jejai. Diharap akan kekal sehingga ke anak cucu!!

CuteCarry with Fasha, Im wishing you all the best.

I can see Katie Holmes or Lisa Surihani toting this:- Burberry Diaper bag

In fashion category, I am more into a chic person but I am a big fan of Burberry, which is  the epitome of classic European brand. And I wish I have my own baby…

Talking ’bout baby, I think you MUST PAY A VISIT TO MY LATEST VENTURE babysaya.com

 

Baju nikah Natasha Hudson

CuteCarry baru sahaja menghantar text mengucapkan tahniah kepada Natasha Hudson diatas pernikahannya. Natasha adalah antara selebriti awal yang CuteCarry kenal semenjak terlibat dalam dunia blogging. Its been like a few years back  and she is still like so humble now like the very first time I met her.

Cantik Tasha kan? Baju nikah tu dah macam baju bersanding. With flora details and the most vital factor is it is syariah compliance. Tasha sekarang dah pakai tudung full time dan majlis pernikahan ini diadakan di dalam masjid. Nanti tudung ala-ala nampak jambul dah jadi kontroversi. Tetapi kan, jika nampak pengantin yang masuk tidak menutup aurat sepenuhnya, dipohon pihak masjid menghalang pengantin tersebut masuk masjid. Bukan hanya dapat menjaga kesucian masjid tetapi mengelakkan pengantin tersebut dihentam oleh pihak yang kurang senang dengan pemakaian sedemikian. Ingat kan artis yang baru-baru ini dihentam kerana nikah dalam masjid tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya.

Natasha telah selamat diijabkabul  dengan maskahwin sebanyak RM80 bersama Carleed Khaza, 33, atau nama sebenarnya, Khalid Kamal.

Majlis yang berlangsung sederhana ini diadakan di Masjid Wilayah dan pihak lelaki menghantar 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang hantaran dari pihak perempuan.Natasha menerima lima dulang hantaran seperti sirih junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin. Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.


Sebagai menghormati Tasha yang dah pakai tudung, Cutecarry tidak akan siarkan lagi gambar-gambar dia yang free hair dan seksi. Yang lepas lepas lah….

Kredit: Mstar and Rotikaya for the baju nikah.

Suri & Lana “Breakfast at Tiffany”

 

Suri & Lana, label fesyen terbaru bersama dengan Pembuat jam tangan eksklusif Swiss, Bedat & Co , mengadakan satu majlis minum petang eksklusif bagi melancarkan label Suri & Lana dan koleksi pertama Suri & Lana, “Breakfast at Tiffany’s”. Turut diserikan dengan pertunjukan koleksi jam tangan feminin elegan dari Bedat & Co di Starhill Gallery, Kuala Lumpur.

Perlancaran telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Perlancongan Malaysia, diiringi oleh pengasas label Suri & Lana, Datin Esmila Saruji dan Puan Nurul Afidah Zulkifli.

Pertunjukan fesyen koleksi “Breakfast at Tiffany’s” bersama koleksi jam tangan eksklusif feminin Bedat & Co yang diperagakan diirinngi alunan muzik jazz, mendapat perhatian para tetamu yang hadir.
Penyanyi Jazz terkemuka Atilia, turut menghiburkan para tetamu melalui susunan lagu-lagu yang mengasyikan. Selebriti yang hadir tampak begitu “classy” dalam persalinan Suri & Lana. Antara lain yang turut hadir adalah golongan socialit, pengikut fesyen, dan rakan media.
Melewati inspirasi daripada karekter ikonik Holly Golightly dalam filem “Breakfast at Tiffany’s” yang dilakonkan oleh Audrey Hepburn pada tahun 1961 telah melahirkan interpretasi kreatif untuk koleksi pertama Suria ini. Pil andihan warna dan fabrik yang menarik serta pilihan kemasan Suri & Lana menjadikan setiap helaian unik dan eksklusif.
Label Suri & Lana merupakan gabungan idea Datin Esmila Saruji dan Puan Nurul Afidah Zulkifli yang berkongsi minat terhadap fesyen sentiasa mencari ruang kreativiti untuk diinterpretasikan dalam helaian rekaan Suri & Lana.
Koleksi Suri & Lana boleh didapati di butik Mimpikita, 15-1 Jalan Telawi 2, 59100, Kuala Lumpur dan Butik Prive’, Lot 12, Ground Floor, Dormani Square, 934000 Kuching Sarawak. Koleksi ini juga lebih mudah didapati melalui laman portal membeli-belah FashionValet.net

Sheila Majid Secretary Week di KL Tower


Bayi berusia dua minggu dipijak bapa sehingga mati!!!

Ini adalah berita paling mengejutkan CuteCarry pada minggu ini. Kejutan bermula bila CuteCarry didalam Stesen Petronas dan terbaca tajuk muka depan Harian Metro. I can’t proceed to flip through the pages and  kinda like walked away.Kenapakah seorang bapa sanggup memijak anaknya sehingga mati?Jika bergaduh pun, takkan lah sampai hendak membunuh bayi yang tidak berdosa!!!

Oh…sebelum terlupa, please visit my latest venture, its a baby portal called babysaya.com.

IPOH: Berang apabila adik ipar menegur sikap buruknya yang kerap mengabaikan keluarga dan sering memukul anak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga mati.

Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin di rumah keluarga berkenaan di Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, dekat sini, lelaki terbabit yang berusia 40-an sebelum itu menyerang adik iparnya dengan parang.

Sumber polis berkata, bagaimanapun, mangsa yang berusia 32 tahun bernasib baik kerana hanya cedera ringan di telinga dan jari kaki kirinya.

Menurutnya, suspek yang bekerja dengan syarikat pengumpul barang lusuh sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan memukul enam anaknya setiap kali bertengkar dengan isterinya yang berusia 36 tahun.

 “Perbuatan ganas suspek menyebabkan adik iparnya yang tinggal berhampiran hilang sabar lalu menegur sikap buruknya itu. Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi suspek hingga mencetuskan pergaduhan,” katanya.

 

Fesyen Anugerah Bintang Popular 2011 di Genting Highlands

CuteCarry tidak dapat menghadiri majlis gilang gemilang yang diadakan di puncak Genting tetapi assistant CuteCarry ke sana. Sempatlah la juga dia snap photos untuk tatapan semua.
Ada yang sangat elegan dan ada yang macam ….. Hari ni anda jadi pengkritik kerana CuteCarry hanya akan mengulas jika hadir dan dapat melihat dengan dekat baju mereka.
MY PICK FOR THE BEST DRESSED. SILVER FEVER

Dayang Nurfaizah in …I guess its Rizalman.

Another pick

I think its Syomir Izwa.




Doktor pelatih Hospital Kajang meninggal kesan ubat menahan kepenatan

Gambar hiasan. CuteCarry posing dalam bonet kereta. Ikut konsep entry ini!

Kerja kuat adalah dituntut tetapi kadang kala bukan semua orang boleh memilh apakah kerja yang akan dibuat. Kepenatan bekerja adalah sesuatu yang ramai pernah alami. CuteCarry juga selalu alami terutamanya bila terpaksa tidur hanya beberapa jam sehari.Kepenatan kadang-kadang boleh memakan masa beberapa hari. Pernah pada suatu ketika CuteCarry bekerja selama 30 hari berturut-turut (weekend/weekdays) dan memang penat. Tiba-tiba satu hari dapat rehat, terus tidur nyenyak macam apalagi.. flat habis kerana badan tidak dapat menerima. Btw.. I am not getting any younger!!!

untuk mengetahui kisah doktor yang malang ini,sila baca berita daripada The Star :-

KUALA LUMPUR: A trainee doctor was found dead in a restroom at Kajang Hospital.

Police believe he had overdosed on an unidentified drug.

Lee Chang Tat, 29, was found dead in the men’s room of the paediatric ward at 7am yesterday by hospital staff who went looking for him after they noticed that he was missing.

He was found with a used syringe beside him, which police believe he had used to inject himself with a drug to fight off fatigue.

It is learnt that Lee, who had been working at the hospital for the past three years, had been working on call for five consecutive days.

Selangor health director Datuk Dr Azman Abu Bakar said hospital staff, who found Lee, tried to resuscitate him but were unsuccessful.

“He was rushed to the emergency room but it was too late,” he said.

Lee, he stressed, had no previous medical problems.

A security guard at the hospital said they found him when someone tried calling Lee on his handphone and heard the ringing tone coming from the restroom.

“We broke into the toilet cubicle and found him lying there with the needle,” he said.

Kajang OCPD Asst Comm Abdul Rashid Abdul Wahab said Lee, who studied medicine in Uruguay, had been complaining to his family about the hectic working hours.

“His family said he had also been planning to go on a holiday to Cambodia soon with friends,” he said.

ACP Abdul Rashid confirmed that an initial post-mortem indicated that Lee had died of an overdose, adding that the case was being investigated as sudden death.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...