Author Archives: cutecarry

Kasut yang sesuai dengan jeans.

Helaian yang paling senang dicari didalam almari pakaian ialah jeans. Siapa yang tidak suka pakai seluar jeans? Sepanjang kehidupan CuteCarry, hanya ada beberapa orang yang tidak memakai seluar jeans dan salah seorangnya ialah my father!

Seluar jeans adalah helaian WAJIB  ada kerana ia selesa,tahan lasak, effortless dan paling senang digayakan dengan apa-apa sahaja. Cuma satu sahaja helaian yang tidak sesuai digayakan dengan jeans iaitu JAKET JEANS. Ewww….jeans and jeans just don’t mixed!

CuteCarry mempunyai ramai clients yang pening cari jeans yang sesuai dengan bentuk badan. Terdapat pelbagai jenis jeans dipasaran, daripada skinny, straight, trouser style,boot cut, flare, baggy dan sebagainya . Sesudah selesai masalah mencari jeans yang sesuai, timbul satu masalah baru, kasut apa yang sesuai digayakan dengan jeans tersebut.

CuteCarry is wearing straight cut while model DeeDee Nash and friend in skinny.

Berikut adalah cadangan untuk jenis-jenis jeans dan kasut yang sesuai.

Skinny

Pastikan ia jatuh betul-betul di buku lali (ankle). Jika terlabuh, potong supaya anda nampak kemas.

Kasut:

Choose: Sneakers, Flat, heels, high cut boot.  Avoid: Paltform (lupakan Spice  Girls!), sandal, office shoes, capal flip flop/selipar jepun!,

Straight cut.

Terasa betis dan paha nampak besar seperti kayu balak ketika memakai skinny? Mungkin straight cut sesuai untuk anda. Ramai memilih straight cut jeans kerana ia hampir sesuai dengan semua bentuk badan.

Kasut:

Choose: Sneaker, flat, heels,  Avoid: Platform (move on please), flip flop/selipar jepun, capal (simpan pakai waktu raya nanti dengan baju melayu!)

Trouser style jeans

Jeans ini cuttingnya seperti seluar slack. CuteCarry ada sepasang seluar jeans jenis ni dan dibeli ketika bercuti di China. Cuttingnya selesa dan jika a berwarna hitam, nampak seperti slack pula.

CuteCarry in trouser cut jeans

Kasut:

Choose: Flat,heels, lace up shoes, sneakers,  wedges.  Avoid: Flip-flop,

 

Boot cut/flare jeans

 

Boot cut /flare adalah potongan dimana bahagian kakinya adalah sedikit besar dan memberi ilusi punggung yang lebih kecil. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai punggung yang lebar. Tetapi hati-hati, pastikan labuhnya benar-benar di buku lali, kalau labuh, anda akan nampak lebih gemuk!

Kasut:

Choose: High heels, booted  Avoid: slippers, flat, Jangan masukkan fabric kedalam jeans,

Untuk khidmat konsultasi CuteCarry boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397  atau click here

 

 

Azrinaz Mazhar Hakim,Bekas Isteri Sultan Brunei muncul kembali

Masih ingatkah pada beliau yang pernah menjadi isteri kepada  Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah?

Azrinaz berkongsi pengalamannya sebagai wartawan penyiaran bersama peserta ‘On Air’. Kitapun tidak berapa tahu dengan kisah Azrinaz ketika ini. Apa-apapun, boleh tahan juga crop jacket tu,walaupun cam besar sikit. CuteCarry pernah nampak Azrinaz di Brunei suatu ketika dahulu, waktu tu beliau bersama-sama dengan Sultan Brunei dan Permaisuri (the first wife) untuk acara rasmi. Kecil molek je si Azrinaz ni..

sumber: Mynewshub

SALE PRELOVED HANDBAG: SALVATORE FERRAGAMO,FURLA, OROTON

From left Salvatore Ferragamo (black), Oroton (red), Furla (grey)

Salvatore Ferragamo RM2500.

Original price RM4200. Classic design. u can wear it now, and you can wear like 20 years from now. Wear it with anything, from office to mall.

GREAT INVESTMENT!!!

Call me at 0193290397  or email cutecarry@yahoo.com

Oroton (red) : Bought year 2011 in Oroton boutique in Australia RM800

Harga asal RM1200. Stylish and very practical. You look like the most trendy girl in town. Sexy red never failed to grab attention.

Call me at 0193290397  or email cutecarry@yahoo.com

Furla. RM950.  Original price: RM1500.

Most  recognizable Furla print bag. It’s very effortless, chic and modern.

Tt is unlikely for you to get Furla at RM950.

Call me at 0193290397  or email cutecarry@yahoo.com


Kelas Corporate/Fashion Grooming setiausaha di Kota Kinabalu,Sabah.

CuteCarry telah dijemput untuk ke Kota Kinabalu Sabah untuk mengadakan kelas grooming sempena Minggu Setiausaha. Peserta-peserta yang hadir bukanlah hanya daripada Kota Kinabalu tetapi kebanyakannya adalah daripada Semenanjung. Bertuah betul mereka,bukan hanya sekadar dapat pergi kursus tetapi juga berjalan-jalan!

Grooming class selama dua hari ini juga disertai oleh Fara daripada Butikpinkku untuk tudung manakala kelas solekan adalah dibawah kelolaan  makeup artist Joey Makeover.Selain bertuah dapat jalan-jalan di Kota Kinabalu, peserta juga dapat FREE MAKE UP dan TUDUNG. Ini adalah untuk praktikal kerana kali ini kelas bukan hanya teori tetapi setiap peserta dapat mencuba sendiri apa yang dipelajari.

Habis course, sempat makan lokan dan air kelapa bakar di Salut bersama-sama dengan setiausaha-setiausaha  tu. Sedapnya lokan bakar yang telah di adun bersama rempah. SEDAP!!!! Murah pula tu, 20 ekor (atau lebih) kupang sekitar RM12. Memang berbaloi.

 


Thank you guys.. love you. Kalau berminat hendak mendapatkan perkhidmatan grooming CuteCarry bolehlah telefon 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau klik disini.

Love Spell 2 by Zery Zamry

Pakaian pengantin adalah lebih daripada hanya sehelai pakaian yang dipakai dihari bersejarah anda, ia merupakan simbolik kedudukan istimewa seorang wanita dikala saat paling penting dalam hidup mereka. Berasaskan falsafah ini, pereka busana Zery Zamry mengukir impian setiap wanita untuk kelihatan memukau pada hari istimewa mereka.  Bersesuaian dengan tema koleksi baru 2012 tersebut iaitu ‘Love Spell 2’ adalah koleksi 10 pakaian pengantin yang romantis dan selaras dengan permintaan tren terkini pemakainya. Koleksi ‘Love Spell 2’ daripada Zery Zamry adalah sambungan visi koleksi ‘Love Spell’ beliau yang pertama. Koleksi terbaru ini, lebih memberi penekanan kepada konsep ‘ladylike’ dan mengetengahkan idealistik budaya tradisi yang gemar menonjolkan keayuan and kesucian upacara perikatan di antara dua insan di hari bersejarah mereka. Pakaian pengantin ini boleh disarungkan di hari pertunangan, pernikahan, persandingan mahupun acara memotong kek mengikut kesesuaian dan citarasa sipemakai.

Di antara emfasis yang ditonjolkan oleh hasil buatan Zery Zamry adalah gaun-gaun pengantin yang mempunyai unsur-unsur tradisional dan diberi nafas moden kepada hasil rekaannya. Antara potongan Rekaan kegemaran  zery adalah seperti ‘empire waist’, ‘mermaid gown’  dan ‘ballgown’  yang ditampilkan di dalam koleksi ‘Love Spell 2’ dan tidak dilupa pada potongan tradisi seperti kurung dan kebaya yang masih segar dalam pemilihan pakaian pengantin di Malaysia.

Keistimewaan rekaan pakaian di dalam koleksi ini dapat dilihat melalui ketelitian dan kekemasan jahitan serta kepakaran Zery Zamry dalam menggunakan elemen-elemen yang tinggi nilai estetikanya seperti manik dan tatahan butiran kristal Swarovski yang tidak terlalu sarat pada rekaannya. Selain itu penggunaan kelopak-kelopak bunga 3d atau timbul banyak memonopoli dalam perincian yang dibuat khas berupa bunga-bunga mawar dan camelia. Penggunaan fabrik yang feminin dan romantis juga telah digunakan ke dalam rekaan pakaian pengantin Zery Zamry.

Pengantin perempuan akan tampil kelihatan seperti puteri kayangan dengan sentuhan gabungan fabrik seperti sutera satin, raw silk, french lace, beaded french lace, dutchess satin dan  sutera chiffon.Teknik-teknik yang menunjukkan hasil buatan tangan yang halus seperti draping, pleats, patching, tulle-gathering,sulaman manik dan juga sulaman patch-hole di dalam rekaan beliau. Zery Zamry memberi sentuhan kelainan yang lebih moden,romantis dan memberi perasaan understated elegance kepada pemakainya. Dengan hanya memberikan sentuhan aksesori yang minimalis, pemakai sudah cukup tampak manis dan tersendiri dalam helaian-helaian dari Zery Zamry ini.

Koleksi ‘Love Spell 2’ dalam erti kata lain, membawa pemakainya untuk menjiwai rekaan yang sederhana tetapi mampu menyerlahkan keayuan dan kecantikan mutlak si pemakai pada hari paling bersejarah mereka. Harga bermula dari rm3000 keatas. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.zeryzamry.blogspot.com atau terus hubungi Zery Zamry untuk temu janji.

Naik bas untuk ke grooming class di ICU,Jabatan Perdana Menteri Ipoh.

Jika terbaca tajuk diatas  dan dengan sedikit fantasi dan pengubahsuaian kisah sebenar, entry ini mungkin boleh menjadi satu kisah sedih. Mungkin boleh diceritakan  berkenaan kegigihan CuteCarry yang tidak mempunyai duit dan  terpaksa menanggung keluarga dan bersusah payah mencari sesuap nasi sampaikan terpaksa naik bas untuk memberi ceramah.

Mungkinkah boleh masuk kisah TV3 “Bersamamu?”

Tetapi kisah sebenarnya, CuteCarry memilih bas kerana terlalu penat dan bab jimat duit tu mungkinlah juga. Yeah…memang terlalu jimat jika naik bas. Tetapi faktor utama ialah kepenatan melampau.

Hectic betul kehidupan CuteCarry pada awal Mei, bermula dengan China trip,badan tidak berapa sihat, pergi shooting program siaran sempena bulan puasa (nanti I akan ceritakan dalam satu entry) kena meeting, lepas tu kena ke Sabah pula dan pelbagai lagi. Penyelesaianya ialah naik bas.

Tetapi adakah selesa naik bas? Dengar dulu nak cerita na…

CuteCarry ambil bas daripada stesen Putrajaya (CuteCarry tinggal area Seri Kembangan) ke Kuala Kangsar. Bus Transnasional memang datang tepat pada masanya iaitu tak salah jam 7.30pm. CuteCarry pun rasa gembira lah sebab mungkin sampai cepat ke Kuala Kangsar tetapi TIDAK.Walaupun bertolak awal, bas tersebut BERHENTI di Puchong menurunkan penumpang. Ingatkan dah turunkan penumpang teruslah perjalanan tetapi bas tu boleh relax hampir setengah jam! Tensionnya… Disangka dah berakhirlah tension bila bas meneruskan perjalanan tetapi ia berhenti sekali lagi di Hentian Jalan Duta dalam masa sekitar  setengah jam, (or maybe more). Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa sekitar tiga jam menjadi lebih kurang 5 jam lebih!! Hampir pukul 1 pagi baru sampai  Kuala Kangsar.  Ditambah dengan kerusi yang tidak selesa, CuteCarry memang penat!

Can you imagine? This is an ultimate predicament!!

Pihak Transnasional mungkin boleh membuat sesuatu berkenaan perkara ini.

Esok pagi-pagi bangun dan bapa saudara CuteCarry hantar ke Ipoh untuk ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak (PPPM) or ICU Perak.

Walaupun penat, CuteCarry tetap cuba memberikan yang terbaik untuk ICU Perak. Happening juga orang Perak ni..ada lah seorang dua orang kuale yang mengenali keluarga CuteCarry (satu kampung waktu CuteCarry belum lahir).  Lagipun orang kuale ni pusing sana-sini pun kenallah juga.

Best dengan ICU Perak ni, sporting sangat. Bos besar dia pun mula-mula tersilap panggil CuteCarry, Cut Tari!! Kelakar sangat.. (kalau pose gaya Cut Tari, pengsan…!)

Kelas adalah sehari suntuk dan Cutecarry kena bergegas pulang ke KL pada hari yang sama, naik bas juga di Medan Gopeng. Bas tu buat satu tour dan hanya keluar di tol Kampar setelah berhenti di Petronas beberapa ketika. Persoalannya sekarang, jika hendak isi minyak ke apa ke kenapa tak buat sebelum tu?

Transnasional, please lah…

Apa-apa pun jika ingin mendapatkan khidmat CuteCarry, boleh call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com. Click here for details.

 

Rawatan spa di Manjakaki (juga menangi treatment percuma)

Kehidupan yang sangat sibuk menyebabkan masa rehat Cutecarry sangat terhad. Kalau ada masa pun CuteCarry hanya boleh tidur. Itulah terapi yang boleh CuteCarry dapatkan dengan gaya kehidupan sekarang.  Pada hari minggu lepas CuteCarry ada sedikit masa untuk rehat dan bercadang untuk tidur atas sofa  dirumah tetapi tiba-tiba dapat call daripada spa Manjakaki untuk dapat sesi percuma. Best juga dapat sessi spa percuma ni…tanpa banyak soal CuteCarry said YES!

Terdapat macam-macam servis yang terdapat di spa manjakaki daripada foot massage sehinggalah kepada sauna dan body scrub! Cutecarry dah cuba pakej dia iaitu foot reflexology, scrub dan massage. Memang best. Bukannya hendak puji sebab dapat free tapi memang terbukti. Dia membuat kita rasa selesa dan bukannya sakit.Badan pun rasa ringan lepas sesi.  Memang relax betul pada hari itu,  Ketenangan bermula bila masuk ke dalam spa ni.  Interior decor nya tenang, bersih dan sangat teratur.

CuteCarry buat sessi ini di cawangan Wangsa Maju (dalam Carrefour). Semasa mendapatkan rawatan, ramai betul family yang datang buat rawatan. Memang tempat yang sesuai untuk beristirehat.

Harga bermula daripada RM20  untuk urut kaki dan RM3o untuk body relaxation. Tetapi ini adalah pakej terbarunya

1. Body relaxation, body scrub, sauna and aroma air treatment (90 mins)

2. Body relaxation, foot scrub, sauna and aroma air treatment (90 mins)

3. Manicure treatment, pedicure treatment, heel track treatment (90 mins)

semuanya berharga RM120.

Sangat berpatutan. Kalau bawa satu family pun tidak mengapa. Jangan risau disini ada therapist lelaki dan perempun, so boleh pilih.

WangsaMaju 0172912612

Kota Damansara Giant 0172427663

Tesco Manjalara

Sempena hari ibu juga, warga emas yang berumur 60 tahun keatas percuma baucer! Tapi ni hanya utk cawangan Carrefour Wangsamaju

Jika anda minat nak menang baucer ini,sila like my fanpage dan jawab soalan itu disitu!

 

 

Fasha Sandha mengandung!

Tahniah diucapkan kepada Fasha Sandha kerana telah hamil dua minggu. Ini telah disahkan oleh pengurusnya iaitu Nik Yasmin melalui BBM

“Akibat lewat datang bulan, Fasha telah melakukan pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa Fasha kini hamil dua minggu. Doktor juga menasihati Fasha agar tidak melakukan kerja-kerja berat,” ujarnya dalam nada gembira.

Tahniah Fasha.

Designers, actress and me!! From left, Rosix Wanpa, Fasha, Ridzuan Wanpa.

Sumber berita:Media hiburan

“Ibu-ibu hot” di Majalah WW Mother’s Day Event

Jemputan ke Majalah WW Mothers Day ini adalah daripada Chief  Editornya iaitu Wirda Adnan. CuteCarry terserempak dengan beliau ketika di airport Kota Kinabalu, terdengar orang menyapa “CuteCarry!” dan disitu Kak Wirda sedang menunggu flight balik ke KL. Beliau berada disana untuk Face of JKhan manakala CuteCarry pula ada conduct grooming class. Berbual lama la juga sementara menunggu flight yang delay.

CuteCarry  di Zebra Square, KL lokasi event tersebut. Sejurus tiba kat sana, ada  yang dok snap gambar CuteCarry, daripada photographers sehinggalah kepada pembaca-pembaca CuteCarry.com tetapi sebenarnya macam tidak selesa sangat sebab ia adalah Mother’s Day event dan CuteCarry ni takkan boleh jadi ibu. Bila ada yang minta CuteCarry ambil gambar bersama-sama ibu yang hadir. auissh…sedikit rasa janggal sebab CuteCarry seorang je lelaki! Lawak pun ada tetapi let me tell you something..banyaknya hot moms kat sana. Bila ditanya mana your mom, CuteCarry dengan selambanya tunjuk kat assistant CuteCarry yang ‘plus size’!! (jadi mangsa keadaan sangat assistant ku!)

Guest of honour Tuanku Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin (in purple and yes.. under that yellow umbrella)

Wirda Adnan menyampaikan ucapan

CuteCarry bersama dengan Ning Baizura. Walaupun dia belum lagi jadi hot momma lagi, tetapi Ning memang selamanya hot.

Colour blocking.Ning is wearing Flow dress and that killer Stuart Weitzman shocking pink heels. Harganya lupa pula nak tanya tapi dalam ribuan tak lari.  CuteCarry pula pakai kasut Puma, beli waktu SALE. Antara Dua Darjat.

Close up shoes!!

Cantik kat heels dia?

Hot moms fashion show oleh FLOW. Ia adalah untuk mereka yang berbadan plus size atau lebih dikenali dengan kata kasar gemuk. Tapi ingat jika anda gemuk anda tetap cantik.

Hot moms juga memerlukan aksesori yang hot..seperti Suhara Jewellery

Hot moms juga akan nampak lebih hot pakai baju JKhan di pagi raya nanti. Promosi raya awal-awal.


Hot mom Dato Khatijah Ibrahim membuat persembahan membuat persembahan. Memukau betul.

Tepukan gemuruh!!! Standing ovation.


Hot papa and hot momma, Nazril Idrus dan Sazzy Falak with their cute adorable twin.

Hot mom Norish Karman.

Amanda Imani.


RA8 Mothers Day Makeover

RA8 Mother’s Day Makeover:

Ticket price is RM350 only

When you purchase the tickets, you will get the following items for free:

- an eye catching cosmetic pouch
- tudung for 1st 15 buyers
- discount vouchers for RA8 products, Sunrider cosmetics, make-up services, facial and manicure/pedicure

Best makeover mother stand a chance to win cash, muslimah dress, tudung, RA8 sets of products, facial treatment, manicure/pedicure, cosmetic items and make-up.

Call 019-3090065/010-2928358/017-6337930/0187079515

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...