Monthly Archives: February 2012

Sain autograph atas pinggan di Bengkel Penampilan Diri dan Etika Protokol bersama Universiti Malaya

CuteCarry telah berjumpa dengan ramai pembaca/followers dan juga peserta kelas grooming. Pelbagai ragam bila bersama mereka, ada yang snap gambar,  posing bersama,minta autograph atas kertas atau kain tetapi semasa di Universiti Malaya,seorang peserta minta CuteCarry sain autograph diatas pinggan!

Pinggan yang legend siap dengan tandatangan CuteCarry. Harap simpan ye pinggan tu. First time sain atas pinggan tau. Kelakar pun ada…

Kursus selama dua hari ini merangkumi grooming dan etika/protokol. Ada perubahan penampilan yang CuteCarry lihat di hari kedua. Thats the best thing for an image consultant ..when some willing to change!

Happening  kakitangan Universiti Malaya. Ramai yang bertanya soalan. Walaupun CuteCarry hendak bergegas ke Johor Baharu selepas tu, tetap luangkan masa untuk melayan semua pertanyaan. I am happy!!!

Berminat mendapatkan khidmat CuteCarry boleh hubungi Hafiz “CuteCarry” Mustapha di talian 0193290397  atau email cutecarry@yahoo.com or click here

 

 

 

 

Pati Delima Gulsan yang mengurangkan alergik dan resdung CuteCarry

Jika anda ingin menganiaya CuteCarry jalannya senang sahaja iaitu dengan memasukkan unsur-unsur udang dan belacan ini dalam makanan yang dihidangkan (tapi hanya udang, seafood lain 4 kilo sekali makan pun takpe!). Selepas itu akan hampir pasti yang CuteCarry akan bersin macam naga mengeluarkan api. Dapatkah anda bayangkan jika CuteCarry bersin dan gatal-gatalbadan ketika ada fashion show, meeting , sedang bagi talk diseminar atau sebagainya. Memang azab! Tetapi itu dulu sebab sekarang CuteCarry dah jumpa ubat sangat bagus untuk masalah alergik CuteCarry iaitu Pati Delima Gulsan!

Pati Delima Gulsan RM25.

CuteCarry mencuba ubat ini setelah ramai ahli keluarga dan saudara yang menagkui ubat ini sangat bagus, ada yang hilang alergik resdung, lelah dan sebagainya. Mula-mula agak sceptical sebab dah cuba banyak ubat daripada pakar beratus ringgit sekali jumpa pada beli ubat tepi jalan tapi keadaan masih sama. Tetapi tidak sampai sebotol mencubanya iaitu minum pagi dan malam, alergik sangat-sangat kurang. Antara percubaan yang paling ‘ajaib’ ialah  CuteCarry makan nasi lemak dengan sambal tumis udang. Setelah sehari suntuk, CuteCarry tidak bersin!!!Sebelum ini tidak sampai beberapa minit setelah makan, mesti terus terasa gatal hidung dan bermula episod bersin. Pernah sekali makan kangkong goreng belacan malam sebelumnya, pagi esoknya CuteCarry bersin sepanjang flight daripada KL ke Penang. Orang duduk sebelah CuteCarry pun nampak sangat tidak selesa!

Now tidak lagi, I can eat what ever I want.. I mean like whatever! Yes.. I’m digging my nasi lemak, mee rebus,laksa (kuahnya ada udang kering atau belacan),cucur udang..goshhh…everything. syukur alhamdulillah..

Bila dah makan, terpaksa la pi gym!!! Spec: Gucci, shirt: Calvin Klein, short and sneakers: Adidas. Location: Gym yang dianggotai CuteCarry, sangat privacy dan tak ramai orang..

ps: CuteCarry tidak dibayar untuk promote benda ini, ini sharing secara ikhlas dalam blog sebab ia sangat bagus. CuteCarry dah beli banyak botol untuk kawan-kawan CuteCarry. jika berminat boleh telefon Hairil di 0192802480.  But if you want from my stock pun ok gak. email cutecarry@yahoo.com call 0193290397. I know the suffering, thats why I am willing to share this with you!!!

XOXO.

 

STYLO FASHION GRAND PRIX 2012 with FASHION FANTASIES!

Seems like yesterdayyyy…..

CuteCarry at Stylo Grand Prix 2011

As usual, its gonna be another ‘An undisclosed secret location” in the capital city.The much- anticipated STYLO Fashion Grand Prix, KL and its 2012 theme, Fashion Fantasies in the run-up to the 14th Petronas Malaysia F1 Grand Prix. It will run from the 18th to the 26th of March 2012. Back for the fifth consecutive year, the Malaysian-born London-based STYLO will fly in a star-studded 10-member performing arts contingent from London to excite KL’s fashion devotees and racing community.

Stylo 2011 contestants. The winner is Dyg Nuratikah, third from left.

if you are TALL ENOUGH, you can join the Mercedes-Benz Stylo Model Search of the year 2012.Applcants need to have a minimum height of 5’9” and for the photography category, 5’ 6”. email stylomodelsearch@stylo-international.com

Datin Sharifah Shawati “Create A Powerful Image” Public Workshop

She is one of the “powerful” image consultants!!


Baju tunang dan akad nikah Ana Raffali oleh Ezuwan Ismail

Tahniah kepada Ana Raffali kerana telah selamat menjadi suami isteri. Tahniah juga kepada pereka and my dear friend, Ezuwan Ismail. Beautiful outfit, compliment her skin tone and wearable and doesn’t look like too costumey!

Ana with Ezuwan Ismail…

Beautiful print shoes and bags at TSAR by Wan Sariah

I saw a photo  post on FB by uber stylo NTV Bella producer, Intan Noorbaizura that she just bought three clutches and shoes.. and I really think not bad, not bad at all.

Beautiful print by TSAR. Made in Malaysia!!!!

I am such a mono person and it is not easy for me to like print especially for shoes and accesories but this would be an exception,plus it is very refreshing to know that Malaysianaccesories designer can produce something that makes me turn my head twice.

Click here for TSAR

Hadiah Hari lahir terbaik: Buku Kisah 25 rasul

Membeli hadiah harijadi adalah salah satu perkara yang agak tricky iaitu ialah hadiah perlulah  yang sesuai dengan personaliti (kalau dia macam makcik-makcik apa kes nak bagi 5 inch heels!), umur, harga  dan juga masa (membeli hadiah can be so time comsuming!). Hadiah hari jadi seterusnya ialah untuk si Adam, anak kepada BFF CuteCarry iaitu Mimi KIKC.

Adam yang belum bersekolah ni memang sukakan mainan tetapi rasanya cukup-cukuplah mainan yang berlambak dirumah tu, nak beli baju takut tak betul saiz pulak (mungkinkah Armani Kids?),jenuh jugaklah jalan-jalan di mall untuk beli hadiah dan tiba-tiba masuk dalam Popular Bookshop. CuteCarry rasa sangat “berilmu” bila masuk dalam kedai buku dan akan mencari hadiah di sini sahaja. CuteCarry cari-cari buku,cadang hendak beli buku English daripada fairly tale ataupun modern childreen books sebab Adam ni dok cakap  English  jetapi ternampak buku ini ialah kisah 25 Rasul!

Terus beli. CuteCArry bukanlah hendak menjadi Ustaz Azhar Idrus ataupun Dr Fatimah Zaharah (tak boleh cakap slang Melayu Mesir katanya) ye tapi kalau buku ini berguna, apa salahnya. Dalam buku ini terdapat kisah-kisah rasulyang mudah difahami oleh kanak-kanak.Cutecarry tidak sempat baca semua tepi ada lah terbaca sikit kisah Nabi Adam (Adam si birthday boy pula cakap “hey..thats my name!”). Sudah terlalu banyak cerita daripada barat dalam TV sampai semua budak-budak asyik menghafal nama daripada Cinderella sampailah kepada Snow White tetapi cuba tanya tentang kisah-kisah budaya kita ataupun Islam, diaorang hafal tak?

Kisah 25 Rasul boleh didapati di Popular Book Shop RM99.00.

 

Fesyen Majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular 2011

Anugerah Bintang Popular 2011 akan diadakan tidak lama lagi. Mesti ramai yang dah macamm bermain teka teki dan mengundi siapakah yang akan menang trofi Anugerah Bintang Popular 2011 kan? Tetapi untuk fashionista, ada yang tidaklah sangat excited hendak mengagak siapakah yang akan menang trofi tu tetapi siapakah yang akan menyarungkan pakaian paling menarik, stylo, terbaik dan juga siapakah akan jadi seperti pokok krismas bling-bling atau ayam serama berdress di puncak Genting Highlands…kita tunggu!!!

Majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular 2011 yang telah diadakan di Holiday Villa Hotel and Suites adalah bayangan kepada apa yang akan disarungkan oleh artis-artis.

CuteCarry tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana terpaksa outstation ke Langkawi tetapi hantar assistant.  So enjoice..

Tidak boleh kata apa kan… memang Kak Ziana Zain kita tetap maintain daripada dahulu sampai sekarang. Dress adalah daripada Rizman Ruzaini tetapi CuteCarry rasa oversized belt itu adalah Fendi. Kalau salah jangan marah ye, sebab CuteCarry tiada disana. Tak boleh nak tanya. Tapi dress macam ni sangat sesuai untuk ke majlis yang dilangsungkan pada waktu tengah hari.

Designers bersama Siti Nurhaliza dan Ziana Zain.

Model Lovely Lily memakai persalinan daripada Wanpa.

Fauziah Ghous in two toned dress by Wanpa.

Designers Wanpa with the models. Call 01.9 6690717.

Designer Sheila Mohamad (kanan) bersama rekaannya.


Kak Ramlah Ram memakai ciptaan whimsical Ya Salma.


Splash of colours.Designer Wan Huzairil (kiri) bersama Ungu dan ungu..dan juga warna lain. Dia memang terkenal dengan rekaannya yang meriah dengan warna.


Model menggayakan rekaan Nazreen Idris.

Pelancaran Peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB) Berita Harian diserlahkan oleh LUX bersama Fazura – Bintang LUX!

Adira menggayakan Khairi Sufi

Shiha Mentor dan Adira bersama Khairi Sufi.

Hazwani Osman girls.. Shila Hamzah dan Alyah in barbie doll ball gown dress.

Fitri AF.. ingat tak? Dia sebenarnya designer jadi penyanyi jadi designer. Ini adalah designer yang menggunakan hitam. Selalunya kalau di ABP tidak ramai yang akan menggunakan warna hitam untuk pakaian wanita. But black is always the black. Nothing can beat the original black!!

Love,love and love…especially the left one. Only SHE can carry the costume!

Good luck guys!!!

CuteCarry update entry ini daripada Langkawi..bukan cuti ye tetapi ada kerja sikit. Love ya!!!!!!

Butik Christian Louboutin Paris diserang?

Adakah ini konsep terbaru Christian Louboutin.

Workshop Transformasi Gaya Kementerian Pertahanan: Berani Berubah.

Selama dua hari  berturut-turut CuteCarry telah meluangkan masa bersama-sama dengan sekumpulan kakitangan daripada Kementerian Pertahanan untuk bengkel yang diberi nama Transformasi Gaya. Ia telah diadakan di bangunan pejabat mereka. Happening!!

CuteCarry juga disertai oleh my beloved team iaitu Joey Make Over untuk makeup dan Fara Pinkku untuk gaya tudung.

FYI… I warned them I am not that TYPICAL speaker, I can be a bit TERENCAT / RETARDED and I guess they kinda enjoyed the moment with cutecarry the clown

Ok kut sebab diaorang semua gembira je snap gambar dengan CuteCarry!!

Ini adalah kali kedua CuteCarry mengendalikan workshop di Kementerian Pertahanan dimana kali kedua adalah pada bulan Sept 2011. Alhamdulillah, I always get repeat clients. Good for my business.

CuteCarry menggunakan pendekatan mudah untuk mengendalikan kelas ni dan yang paling utama ialah peserta faham dan tidak mengantuk. Cabaran yang utama sangat!!!

Antara perkara yang diajar ialah gaya, protokol dan sebagainya.

See me in actions or eksyen or…!!

My team and I!!

 



Its all about wearing the right shoes!!

Baju yang sesuai dan kasut yang sesuai..FORMAL dan KASUAL

Warna yang sesuai dengan tona kulit..warm and cool!!

Juga gaya lelaki yang sesuai!


Make up session with Joey Makeover.


Sesi tudung oleh Fara daripada ButikPinkku

Pada hari itu juga CuteCarry dapati antara penyebab mereka tidak mahu bergaya ialah sebab MALU dan risau orang lain mengata. Ada yang malu hendak memakai baju-baju yang sesuai dengan kulit warna mereka (jenis kategori cold- kebanyakannya warna terang) sebab takut orang tengok dan kata tidak sesuai.  CuteCarry menyatakan mereka kena berani berubah dan janganlah terlalu memikirkan apa yang orang lain kata sebab kalau terlalu ambil pusing apa yang dikatakan oleh orang lain. well, you are technically a stone. Yes.. anda akan jadi seperti batu tidak akan berubah, tahap tu je. Eh…batu pun berubah sebab tindakan semulajadi (gosh..teringat my cikgu Geografi waktu sekolah menengah).

Pada waktu workshop tu juga CuteCarry ada bagi anugerah peserta terbaik. Hari pertama CuteCarry  ambil gambar setiap peserta dan hari kedua CuteCarry akan evaluate setiap gaya yang berubah. This lady caught my eyes. Hari pertama pakai baju warna yang agak suram dan nampak sangat tidak bermaya dan hari kedua dia berani berubah dan mengenakan warna baju dan tudung yang agak menyerlah! Dia nampak agak lain, siap bawak beg tote yang cantik dan paling penting pakai make up! You go girl!!!

Love you guys…

Urusetia,En Nazri daripada Bahagian Latihan, Kementerian Pertahanan..thank u!!

suka gaya dia ni.

I am so going to buy the suspender.Dah tanya kat dia dah mana nak beli. Suka dengan warna tu.

Berminat mendapatkan perkhidmatan saya,call 0193290397  or email cutecarry@yahoo.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...