Daily Archives: January 26, 2012

Tips memakai skinny jeans daripada Faizal Hamid

I love skinny jeans. Tetapi bila dah lama pakai skinny jeans terasa sedikit bosan. Tetapi nampaknya tahun 2012 trend skinny masih berterusan tetapi mungkin dia semakin lama seluar makin longgar, tapi tetap fit!

CuteCarry in skinny. posing ala-ala bongkok tak tentu hala kan..posing muka sunburn waktu kat India.

Berikut adalah tips memakai skinny jeans daripada Faizal Hamid, pensyarah UITM seperti yang disiarkan dalam paper Kosmo

SEBILANGAN kita mungkin berpendapat bahawa jean skinny adalah untuk golongan wanita sahaja, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini ia muncul sebagai salah satu pilihan fesyen lelaki.

Pada tahun 2012 , jean skinny masih popular dan dianggap cool, fashionable & hip terutamanya dalam kalangan remaja. Legenda rock Barat seperti Jim Morrisons, Rolling Stones, The Beatles dan ramai lagi menggemari trend ini.

Setiap era mempunyai aliran fesyen tersendiri, kini jean skinny kembali. Ia lazimnya dikaitkan dengan mereka yang menjadi pengikut ataupun penggemar aliran muzik pelbagai genre seperti rock dan k-pop. Lihat saja pemuzik antarabangsa seperti Adam Levine, Coldplay, My Chemical Romance dan ramai lagi yang begitu selesa dan stylish memakai jean skinny ketika beraksi di atas pentas.

Tip memilih dan menggayakan Skinny jeans:

n Pastikan anda membeli jean skinny yang potongannya dibuat khas untuk lelaki. Potongan tubuh lelaki berbeza dengan wanita dan jika anda memakai dan menggayakan jean yang sedikit ketat daripda biasa, perlu pastikan juga ada ruang yang cukup, supaya lebih selesa dan tidak menyakiti tempat-tempat tertentu.

n Saiz. Pastikan ia tidak terlalu ketat hingga boleh membuatkan seluar terkoyak ketika anda duduk. Pilihlah jean skinny yang selesa dan selamat dipakai.

n Potongan. Untuk kelihatan bergaya sealiran trend antarabangsa pilihlan jean skinny dengan potongan garis pinggang yang rendah, tetapi jangan terlalu rendah.

n Warna. Lelaki akan memilih warna-warna maskulin apabila digayakan seperti rona kehitaman, kebiruan dan mungkin perang bagi mereka yang berani bereksperimentasi.
n Jika anda mahu kelihatan sedikit dressy, pastikan anda memilih jean skinny warna gelap yang dipadankan dengan kemeja yang menarik. Pilihan kasut pula adalah sepasang kasut tenis potongan low top yang bersih dan tidak bercalar (unscuffed) atau boleh juga digayakan dengan kasut formal mahupun moccasins.n Kasut. Elakkan memakai but atau high shoes yang dipadankan dengan jean skinny. Low-top-sneakers dan jenama kasut seperti Converse dan Vans cukup menarik dipadankan dengan jean skinny. Terpulang pada anda untuk memilih mana yang berkenan di hati.

n Pastikan stoking anda tidak kelihatan apabila anda memakai jean skinny. Ia nampak janggal jika kelihatan.

n Perlu diingat bukan semua potongan badan dan ketinggian boleh menggayakan jean skinny. Jika tidak kena gaya mungkin anda akan dilabelkan sebagai mangsa fesyen.

n Gayakan jean skinny anda dengan penuh keyakinan dan attitude. Pasti gaya individualiti anda lebih terserlah dengan penampilan anda ini. Selamat mencuba!

Liam Neeson to convert to Islam?

The 59-year-old actor admits an Islamic prayer “got into my spirit” while filming in Turkish city Istanbul, reports thesun.co.uk.

“The Call to Prayer happens five times a day and for the first week it drives you crazy, and then it just gets into your spirit and it’s the most beautiful, beautiful thing,” said Neeson.

“There are 4,000 mosques in the city. Some are just stunning and it really makes me think about becoming a Muslim,” he added.

Neeson was raised in Northern Ireland as a devout Catholic, and was named after the local priest.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...