Monthly Archives: January 2012

Fesyen Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26)

Anugerah Juara Lagu  26 (AJL 26)telah berlangsung dengan gilang-gemilang dan kita telah tahu siapakah pemenangnya. Tahniah pada Hafiz. Shila, Jac, Ning, Alyah, Faizal Tahir dan semua yang terlibat. Jika tidak puas hati tidak perlulah nak marah-marah,mengutuk..harap terimalah sahaja keputusan juri. CuteCarry bukanlah pandai sangat bab-bab muzik ni tetapi kalau bab fesyen bolehlah sikit-sikit. Mari kita lihat fesyen Anugerah Juara Lagu 26. ITS GONNA BE A LONG ENTRY!!

Sebenarnya CuteCarry sejak akhir-akhir ini semacam sedikit malas hendak ke event. Not sure why,probably the age, hormones or “current” factor but the feeling is like not as excited as before. But,when I treat it as part of my responsibilities/job descriptions I dragged myself from my comfy sofa and pick what to wear and ready to face the camera. Btw.. interested tak hendak jadi CuteCarry? Senang je… pakai trench/jacket, sunglasses, skinny/pants and with some “specific strike a pose” and you can be me!!!

Walaupun dia bukanlah penyanyi dan bukanlah juga seorang pengadil tetapi nama dia dijerit-jerit walaupun artis lain yang membuat persembahan. Nealofa. Semakin cantik Cik mek molek ni. Nealofa memakai baju Wanpa.bukan baju sponsor ye tetapi yang dibuat di Wanpa daripada  fabrik adalah dibeli oleh Nealofa di China, teringat pada Dior news paper dress kan bila tengok print dia.  Design baju ini hanya dibuat melalui perbualan telefon antara Wanpa dan Nealofa..tanpa sketch, tanpa ukur..just melalui perbualan telefon..and voila, the dress is ready to wear!!!

CuteCarry with Rosix from Wanpa (019 6690717 )and Nealofa waktu kat dalam Stadium Putra Bukit Jalil. Ala…tak sempat nak pi ke premiere Azura esok sebab CuteCarry outstation!!!

Speaking ’bout Dior…Sazzy Falak is wearing Dior.

Aishah Sinclair also in Dior.

From Dior we move to Atelier Versace.. I thought it is from Ateliar Versace. Remember my entry about Angelina Jolie dress at Golden Globe 2012? I pick her as best dressed at the event.

I thought Dato Siti is wearing Atelier Versace..and I am dead wrong.

Dato’ Siti Nurhaliza looking fresh in Rizman Ruzaini.

Dior juga memakai daripada designer antarabangsa kelahiran Malaysia, Zang Toi. Suka tengok matching oversized trench dengan newspaper cap tu. CuteCarry tanya harganya tetapi Dior pun tak pasti.

Fathiya in Wanpa. Sebenarnya baju ini dipakai last-last minute dan Fathiya memberikan pose istimewa sebaik sahaja baju ini dipakai…yeah..di Bukit Jalil!


Comelnya dia…melampau-lampau comel Miya Sara memakai dress daripada Wanpa! Dress macam ni baru sesuai untuk kanak-kanak macam Miya Sara..kadang-kadang tengok girl yang comel tetapi dipakaikan dengan gaun ala-ala serabut, labuh dengan reben sebesar alam…

Also in Wanpa. Dynas mengandung 5 bulan tetapi tetap maintain badan..cuma perut je besar, yang lain semua maintain!!! Belt tu dia letak sebagai aksesori. Some people kan sangat lucky, badan tak naik pun. Tetapi Dynas tetap merendah diri bila CuteCarry puji dia cakap..belum lagi naik!!! Again to purchase /buat baju daripada  Wanpa boleh call 019-6690717.

Pada acara blue carpet (red carpet tetapi kalau Celcom taja terus jadi blue carpet!) CuteCarry berjumpa dengan Yuna..sudah lama tidak berjumpa dengan dia dan kita berbual-bual sikit dan CuteCarry cCakap pada dia yang memang nak dia menang..tetapi takde rezeki kan..takpelah.

Colour blocking.Yuna memakai Syomir Izwa untuk performance tetapi utuk blue carpet CuteCarry tidak berapa ingat siapakah nama designer itu.. Yuna ada bagitau tetapi macam tak  familiar sangat, so kalau sapa yang tahu let me know ya.  Boleh tahan juga ye design baju ni!

This is Syomir Izwa colour blocking..Juliana Ibrahim yang petite nampak cute kan? kisahnya dia ke Syomir hendak alter baju tetapi ternampak baju ni, terus ambil!!!

Juliana with her beloved hubby…

Colour blocking is like the hottest trend around!!!  Yasmin hani, I think she is wearing Syomir Izwa.

Another way of colour blocking, Datin Norjuma;baju warna hitam dan clutch warna biru. CuteCarry tengok sekali terus cakap kat dia, cantiknya clutch Bottega Venetta tu. Very recognizable Bottega weave. Datin Najwa makin slim sampai CuteCarry pun tak perasan pada mulanya itu ialah dia,takut tersalah tegur..sampailah dia tegur ‘Hi CuteCarry”. tengok sekali lagi baru perasan! Seriously nampak sangat-sangat muda bila dia dah slim macam ni. Kalau pakai baju sekolah pun orang masih ingat dia student lagi kut, walaupun anak dah beberapa orang! Dia ada mempunyai perniagaan tudungnya sendiri dan nanti bila dapat info CuteCarry update ye!

 


Another Color blocking bertudung, Nora. Mungkin gaya ini boleh dipraktikkan oleh mereka yang ingin nampak stylo bila bertudung. Dia pun tidak makan tua, tetap maintain!

Seorang lagi artist yang nampak muda sentiasa, Datin Seri Tiara Jacquelina. Nampak modern and classic bila pakai jeans dengan jacket.  Black and white with  denim- PERFECT!!!

Another classic style, Ning Baizura and hubby waktu red carpet.

Hitam tetap menjadi pilihan. Nabila Huda memakai dress daripada Amir Luqman.Tetapi colour blocking dengan kontra kasut yang berwarna merah.

1920′s in 2012. Amir Luqman. Paling meletop. Amir akan berlepas ke Dubai pada bulan Mac ini bersama Dato’ Radzuan Radziwill untuk membuat pertunjukan fesyen di Dubai Fashion Week 2012. Fesyen yang bakal diketengahkan ialah Islamic Fashion/busana muslimah. Menurut Amir, rekaannya untuk Dubai Fashion Week betul-betul mengikut terma busana muslimah, tidak begitu longgar dan pendek kata syariah compliance lah!

CuteCarry with Amir Luqman and Ridzuan Ismail daripada Wanpa. Ini lah seorang lagi Wanpa..tetapi dia ni jenis-jenis very the pendiam/ introvert dan bukan kekwat, berdiri ala-ala ayu di satu sudut lepas makan di post party. (lagu latar “sekadar di pinggiran daripada Francessa Peter, Juara Muzik Muzik 1986″)

Marsha in Fitri.

Ingat lagi tak Fitri?

Striking Fauziah Ghous in Zery Zamry.

Lamanya tak jumpa Ainul Aishah!! Sekarang ni dia sibuk buat bisnes.Tuti Fruitti di Bangi itu ialah kepunyaan family dia dan dia juga membantu menguruskan bisnes tersebut selain daripada perniagaan Monavie. Bagus Ainul, meletop dengan business sekarang. Diam-diam berisi..kencang bisnes. Dia pun ala-ala low profile pada hari tu tetapi tetaplah kan ramai yang masih kenal dia.

Ball gown  oeleh Hatta Dolmat yang turut membantu Aliyah memenangi persembahan terbaik. Make up Aliyah sangat compliment dress tersebut.


Another girl in ball gown, Zenny Salihuddin, peserta Biggest Loser Asia yang sekarang menjadi artis.

Boys just wanna have fun! Suka print jaket tu.

Zain Saidin ala-ala Romeo zaman 70an pula, macam Saturday Nite Fever pulak kan?

Girl just wanna have fun. Rambut Lisdawati ini bukanlah gaya terbaru beliau tetapi ia adalah untuk watak filem terbaru beliau yang sedang dalam penggambaran. So, lepas ni dia akan kembali kepada rambutnya yang cantik tu!

Last but not least.. dia cool, dia hebat dan dia mempunyai peminatnya tersendiri. Beliau adalah peminat setia Ziana Zain dan selalu mendapat perhatian di festival/acara or any event. Bukan senang kan nak masuk post party tetapi dia ni tetap mendapat pass masuk untuk bersama-sama dengan artis lain.

Okay…bila dah habis acara,masa untuk post party. CuteCarry dah masuk berpuluh-puluh post party tetapi rasanya ini adalah makanan paling best terutamanya mee mamak, tauhu bakar dan nasi lemaknya!!!

Ok guys…c ya!!!

Last note: Sorry I must say this.. I really think Najwa Latiff really really  need an image consultant or stylist. She is such a sweet girl…call me girl!!!

 

 

 

 

Akibat santau dia muntahkan ikan puyu!!

CuteCarry in Mysterious black and red.

*thank to the team,  call  0122969965 jika berminat mendapatkan khidmat fotografi daripada mereka.

Tidak sangka, betul-betul tidak sangka. Selama ini CuteCarry selalu terdengar kisah kawan-kawan kena sihir/buatan orang ataupun terbaca dalam majalah, terbaru seperti Awie muntah bulu tetapi kawan CuteCarry muntahkan puyu!

this is ikan puyu. saintifik Anabas Testudineus (rasanya nak sebut Christian Lacroix dan Jean Paul Gaultier senang lagi kut…)

Sebenarnya CuteCarry bukanlah hendak percaya benda-benda seperti ini tetapi bila dah terjadi pada kawan sendiri baru CuteCarry ternganga sikit. Dizaman moden vitamin C injection pun ada orang guna santau?   Kisahnya mula-mula kawan CuteCarry ini rasa tidak sedap badan. Dia juga mula mengalami situasi pelik seperti ternampak belalang hitam dalam rumahnya. Dia pun hairan sebab macam mana belalang boleh masuk dalam rumah dia sebabkan rumah dia terletak di tingkat atas apartment yang tinggi. Kucing dia yang manja  pun seperti tidak mahu mendekati dia. Badannya juga rasa tidak sihat, perut rasa semacam dan  keesokan harinya lagi pelik, dia mula buang air besar berdarah dan muntah-muntah keluar rambut!

So, thats it. Definitely black magic.

Dia agak blur nak buat apa, dan CuteCarry lagilah blur sebab mana tahu pasal-pasal bomoh ni, kalau cari doktor cucuk Vit C tahulah…oppsss….  Selidik punya selidik so tahulah bahawa seorang bomoh ni yang kiranya boleh tahan hebatnya.

Kawan CuteCarry pun pergilah jumpa bomoh disekitar KL jugak.Bomoh itu memberi minum air dan selepas tu kawan CuteCarry tu muntah-muntah dan keluar air warna hitam! hampir setengah baldi juga lah air warna hitam itu.

Tetapi bukan air hitam sahaja keluar..kawan CuteCarry kata selepas muntah dia rasa sangat lega dan kosong perut.  Dia ingatkan dah habis lah segala santau buatan orang tetapi bomoh tu kata ‘ibu’ belum keluar lagi.

Muntah kali kedua…dirasakan  daripada tekak dan mulut dan keluarlah seekor ikan puyu yang masih hidup!!!

Can you imagine A FRESHWATER FISH LIKE JUMPING OUT FROM YOUR MOUTH?

Kalau muntah sebab bullimic ok lagi kut daripada muntah puyu!

Terkejut betullan kawan CuteCarry… ikan yang hidup itu ditikam oleh bomoh tersebut dan dibelah ikan puyu tersebut. Paling hairan lagi sebab dalam perut ikan puyu tu langsung tiada insang segala.. kosong je!!!

CuteCarry cakap kat kawan kenapa tak ambil je gambar ikan puyu tu tetapi jawapannya ialah “kau ingat ini fashion show ke nak ambik gambar lagipun  bomoh tu tak benarkan.Kau nak pose vogue dengan puyu tu”..

OK.. I should stop asking stupid question.

Bomoh tu pun tunjukkan lah gambar melalui air (macam dalam tv kan) berkenaan siapa yang hantar santau tu..dan jeng jeng jeng..

Sebijik muka office mate dia!!!

Dia memang tidak sangka kenapa office mate dia buat macam tu sebab dia memang takde masalah dengan office mate tu cuma mungkin satu kejadian yang projek tersebut banyak direfer pada dia walaupun officemate tu yang punya projek. Memang dia tidak sangka langsung. Office mate dia tu jenis baik bak kata orang pijak semut pun tidak matilah!!!

Pelik kan? Kalau nak santau segala tu pilah santau kat musuh-musuh negara ke ni tidak..

Perkara ini berlaku kepada kawan CuteCarry dan betul-betul mengubah persepsi CuteCarry terhadap ilmu hitam.

The universe is vast enough for other creatures – Gillian Anderson, X-Files.

 

Miss India Malaysia 2012 winners

They are super hot and the winnesr are Neerusha-sharmisttha-Nithya. I am sure will be looking more at these girls in the future.

I was like supposed to attend the event, but due to unforeseen circumstances, I can’t make it. But… big big claps to the winners from CuteCarry.

Credit to Pageantisland for the photos

Tips memakai skinny jeans daripada Faizal Hamid

I love skinny jeans. Tetapi bila dah lama pakai skinny jeans terasa sedikit bosan. Tetapi nampaknya tahun 2012 trend skinny masih berterusan tetapi mungkin dia semakin lama seluar makin longgar, tapi tetap fit!

CuteCarry in skinny. posing ala-ala bongkok tak tentu hala kan..posing muka sunburn waktu kat India.

Berikut adalah tips memakai skinny jeans daripada Faizal Hamid, pensyarah UITM seperti yang disiarkan dalam paper Kosmo

SEBILANGAN kita mungkin berpendapat bahawa jean skinny adalah untuk golongan wanita sahaja, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini ia muncul sebagai salah satu pilihan fesyen lelaki.

Pada tahun 2012 , jean skinny masih popular dan dianggap cool, fashionable & hip terutamanya dalam kalangan remaja. Legenda rock Barat seperti Jim Morrisons, Rolling Stones, The Beatles dan ramai lagi menggemari trend ini.

Setiap era mempunyai aliran fesyen tersendiri, kini jean skinny kembali. Ia lazimnya dikaitkan dengan mereka yang menjadi pengikut ataupun penggemar aliran muzik pelbagai genre seperti rock dan k-pop. Lihat saja pemuzik antarabangsa seperti Adam Levine, Coldplay, My Chemical Romance dan ramai lagi yang begitu selesa dan stylish memakai jean skinny ketika beraksi di atas pentas.

Tip memilih dan menggayakan Skinny jeans:

n Pastikan anda membeli jean skinny yang potongannya dibuat khas untuk lelaki. Potongan tubuh lelaki berbeza dengan wanita dan jika anda memakai dan menggayakan jean yang sedikit ketat daripda biasa, perlu pastikan juga ada ruang yang cukup, supaya lebih selesa dan tidak menyakiti tempat-tempat tertentu.

n Saiz. Pastikan ia tidak terlalu ketat hingga boleh membuatkan seluar terkoyak ketika anda duduk. Pilihlah jean skinny yang selesa dan selamat dipakai.

n Potongan. Untuk kelihatan bergaya sealiran trend antarabangsa pilihlan jean skinny dengan potongan garis pinggang yang rendah, tetapi jangan terlalu rendah.

n Warna. Lelaki akan memilih warna-warna maskulin apabila digayakan seperti rona kehitaman, kebiruan dan mungkin perang bagi mereka yang berani bereksperimentasi.
n Jika anda mahu kelihatan sedikit dressy, pastikan anda memilih jean skinny warna gelap yang dipadankan dengan kemeja yang menarik. Pilihan kasut pula adalah sepasang kasut tenis potongan low top yang bersih dan tidak bercalar (unscuffed) atau boleh juga digayakan dengan kasut formal mahupun moccasins.n Kasut. Elakkan memakai but atau high shoes yang dipadankan dengan jean skinny. Low-top-sneakers dan jenama kasut seperti Converse dan Vans cukup menarik dipadankan dengan jean skinny. Terpulang pada anda untuk memilih mana yang berkenan di hati.

n Pastikan stoking anda tidak kelihatan apabila anda memakai jean skinny. Ia nampak janggal jika kelihatan.

n Perlu diingat bukan semua potongan badan dan ketinggian boleh menggayakan jean skinny. Jika tidak kena gaya mungkin anda akan dilabelkan sebagai mangsa fesyen.

n Gayakan jean skinny anda dengan penuh keyakinan dan attitude. Pasti gaya individualiti anda lebih terserlah dengan penampilan anda ini. Selamat mencuba!

Liam Neeson to convert to Islam?

The 59-year-old actor admits an Islamic prayer “got into my spirit” while filming in Turkish city Istanbul, reports thesun.co.uk.

“The Call to Prayer happens five times a day and for the first week it drives you crazy, and then it just gets into your spirit and it’s the most beautiful, beautiful thing,” said Neeson.

“There are 4,000 mosques in the city. Some are just stunning and it really makes me think about becoming a Muslim,” he added.

Neeson was raised in Northern Ireland as a devout Catholic, and was named after the local priest.

Bayaran jutaan ringgit untuk Rozita Che Wan untuk menjadi Duta One Drop Perfumes?

Terbaca gosip-gosip di blog yang menyatakan Kak Ita kita dibayar hampir jutaan ringgit bila menjadi duta untuk One Drop Perfume.

CuteCarry in Ezuwan Ismail suit over my own Armani Exchange tee while Rozita Che Wan in Zery Zamry.

Jika benarlah apa yang dikatakan, CuteCarry ucapkan TAHNIAH sesangat… lagipun Kak Ita kita ini memang sesuai dibayar jutaan ringgit sebab dia sangat cantik (semestinya) dan ramai pengikut tersendiri selain dia tidaklah hendak kerek kekwat tidak tentu pasal. Lagi satu suka dengan perangainya yang merendah diri dan tidak lupa asal usul, seperti kalau jumpa dengan dia mesti dia cakap Kedah yang kaw-kaw punya…taklah macam sesetengah orang tu kan, baru  nak glamour sikit, terus ada “actually, actually, you know”.

Untuk menjadi duta, seseorang perlu membawa imej yang sesuai dengan produk, rasanya perfume amat sesuai sebab bila tengok dia sentiasa bersedia dan nampak ‘wangi’ sentiasa kan?

CuteCarry tidak berjumpa lagi dengan dia dan jika CuteCarry jumpa nanti akan cuba tanya-tanya ye pasal benda ni.

Apa-apa pun, tidak kisahlah bayaran berapa pun CuteCarry ingin ucapkan TAHNIAH!!!

 

Advertorial: Kalau hendak cantik minumlah collagen!

Setiap hari kita meningkat usia, jika umur meningkat daripada 16 tahun ke 18 tahun oklah juga sebab waktu tu lah muka tengah cantik muda remaja tetapi jika umur 20an ke 30an dan seterusnya…cantik lagi ke?

Jika kita tidak menjaga seperti tidak ambil supplemen dan sebagainya  maknanya kita memang jenis tidak kisah dengan kecantikan diri. Mungkin rasa confident sangat kut..eh.nanti cik abang atau cik kak kita tu tengok orang lain janganlah nak heran sangat, cerminlah muka sikit-sikit na.

So, kalau hendak maintain minumlah collagen sebab collagen menyebabkan kulit kita akan anjal dan seterusnya kita akan cantik. Kulit berusia juga akan nampak kusam dan seterusnya akan jadi gelap dan itu maknanya kita kekurangan kolagen.

Berikut adalah collagen yang boleh anda minum. Banyak lagi yang anda boleh dapat di Gojezhouz.com. Bukan setakat collagen, hendak turunkan berat badan pun boleh.

Harga pun boleh tahan.

So,layarilah Gojez Houz!!

Gogen (Collagen Dust / Pure Collagen Powder)

Harga:
20gram – RM35
30gram – RM45
40gram – RM55
60gram – RM70
90gram – RM85
180gram – RM145
**included postage**

Benefit ?
Improve complexion (Flawless)
Glowing and radiant complexion
Improve hair,improve nails & connective tissues
Smooth skin texture
To a fairer,more translucent skin (Whitening)
Fat reduction
Rejuvenates,regenerates and revitalizes the skin all over the body
Strengthens scalp,hair follicles and nails
Strengthens and balances the immune system
Improves elasticity, suppleness and firmness of the skin
Helps scars to fade faster
Promote tissue regeneration to heal injured skin
Skin felt less oily
Reducing the appearance of fine line,wrinkles and pores
Improvements to the dark circle,eye bags & saggy skin

PEPTAN Pure Collagen Powder from Rousselot,France

Produced and marketed by Rousselot, a leading global manufacturer of ingredients for the pharmaceutical, food, dietary supplements and cosmetic markets, Peptan™ holds the key to maintaining your quality of life. Peptan™ Collagen peptide is a 100% natural and safe ingredient derived from proteins. Used worldwide, it has been scientifically found to improve overall joint mobility, bone structure and the natural beauty of skin.

Harga:
40gram – RM35
150gram – RM90
**included postage*

BBM ♥ Pin – 2363DF06

 

SMS ♥ 0192147673

 

EMAIL ♥ gojezhouz@gmail.com

 

WEBSITE ♥ http://gojezhouz.com/

 

FB ♥ GOJEZHOUZ

 

 

 

Foodagasm: Pau Yik Mun Tanjung Malim vs Pau Hailam Bawah Lembah Kuala Kangsar

Ohhh…. I know how much you miss me and I can sense it. I know you are longing to read my blog and here I am, updating the latest update!

huh…diatas adalah salah satu daripada statement yang paling berangan hangit daripada CuteCarry. Rindu rindah CuteCarry? Ada ke yang rindu rindah, kalau ada tu baguslah, kalau takde tu tidak mengapa. Tapi rasanya ada kut sebab sistem stats counter CuteCarry ini menyatakan beribu-riban yang buka blog ini walaupun CuteCarry dah dekat 5 hari tak update blog. Apakah sebabnya?

Semuanya disebabkan Chinese New Year. Orang Cina (OC) pun tidak sehavoc CuteCarry menyambut CNY tetapi CuteCarry yang paling hebat sekali. Siap berhari raya segala. Apa-apa pun CuteCarry ucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Kita kan orang Malaysia..

Sempena tahun baru Cina ni, CuteCarry akan update berkenaan makanan OC yang famous iaitu Pau. Yes.. pau yang sedap itu. Tetapi kali ini CuteCarry akan buat perbandingan antara dua jenis pau yang popular di negeri Perak iaitu daripada daerah Tanjung Malim dan Kuala Kangsar.

Idea hendak membuat entry ini datangnya daripada keadaan trafik yang amat dasyat sekali di dunia yang berlaku pada hari Sabtu iaitu dua hari sebelum CNY. CuteCarry hendak  berhari raya di kampung iaitu di Kuala Kangsar dan juga menghadiri majlis perkahwinan di Taiping, so pagi pagi dengan semangat jitu-gituan jam 6.30am bertolak daripada rumah di KL dan sampai di Jalan Duta sekitar jam 7.00 pagi. Guess what? The traffic starting to build up from Jalan Duta.  So, I calm myself and try to imagine the best, tetapi setelah traffic pun sangat dasyat dan hampir dua jam CuteCarry hanya berada di Rawang, CuteCarry pun mengambil keputusan untuk gunakan jalan lama!

Walaupun hati rasa sangat-sangat tension sebab jalan jem dan terlambat ke majlis kahwin, CuteCarry only imagine the best, so all the way I enjoy the moment and the view.

Dah berkurun rasanya tak gunanya jalan lama, best jugak sebab dapat tengok macam-macam benda, daripada pokok-pokok hutan, musang anak beranak mati kena langgar (kesian) dan juga seorang perempuan melayu (agaknya) yang sangat confident memakai baju tidur baby doll seksi yang very the macam beli di pasar malam naik motor di sekitar kampung (triple kesian!!). Cik adik, nak confident pun tukarlah baju tidur tu, ini juga menunjukkan anda tidak mandi lagi!!

Tiba-tiba nampak kedai pau Yik Mun. Erm… apa lagi so I dah kawan pun berhenti sebentar.

Pau Yik Mun Tanjung Malim adalah antara pau yang popular di Malaysia. Bila kita ingat Tanjung Malim, kita akan ingat dengan pau tanjung Malim. Memang terlalu famous. Semasa CuteCarry sampai disitu masa orang agak ramai dan terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk dapat tempat duduk. Bila sudah dapat tempat duduk hendak menungu orang hendak clear kan meja pun hampir setengah jam. Sorry la tetapi servis disini memang agak teruk. Mungkin disebabkan oleh kekurangan orang atau pun faktor-faktor lain tetapi servis memang tidak memuaskan.

Disitu bukan hanya ada pau tetapi juga lain-lain juga daripada nasi goreng, mee sup dan sebagainya. Servis yang lembap menyebabkan CuteCarry dah kawan hanya order pau sahaja, itupun ambil sendiri kat tempat pemanas pau!

Pau kacang nya memeng terbaik dan yang paling best ialah kulitnya yang lembut.Pau daging pula rasanya seakan-akan seperti rendang daging (the milder version of rendang daging).Paling best ialah makan dengan kopi putih dan kopi cham Yik Mun. Tetapi ya ampun, kenapalah manis letin (orang Perak punya loghat untuk term extremely sweet!).

Memang teringin giler hendak makan mee segala tetapi memikirkan nanti kena tunggu lagi sejam baru sampai makanan terpaksalah CuteCarry lupakan hasrat itu. So, kita pun terus menuju ke tol Tanjung Malim with a happy and positive energy sebab dah makan segala kan. Bila masuk highway, jalan clear!!!! BEST..

So to next location, pau Kuala Kangsar..

Cuti cuti Malaysia ini adalah masa untuk CuteCarry makan sampai tak hengat. So keesokan harinya CuteCarry pun makan pau lagi. Interesting kan, pemilik restoran ini adalah Cina tetapi dia tetap berniaga walaupun keesokan harinya adalah Chinese New Year dan malam itu adalah makan besar. Jika restoran melayu, rasanya mesti dah tutup dengan alasan “hari masak”. Tetapi pada hari itulah masa nak cari duit sebab ramai orang balik kampung dan nak makan pau kan.  Seperti biasa, memang terpaksa menunggu, ala-ala ada waiting list pulak!

Pau di restoran ini memang terkenal di Kuala Kangsar walaupun tidak sepopular  pau di Tanjung Malim. Ia juga adalah ala-ala rendevous untuk CuteCarry dan rakan-rakan di kampung bertemu jika CuteCarry balik kampung.

Its a very humble place located just a meters away from Kuala Kangsar river bank. If you want to go there, look for Arena Kuala Kangsar and you’ll find this place.


Pau kat sini memang terbaik. Pau ayam yang lembut dan initinya boleh rasa sayur dan ayamnya.  Pau kayanya pula seperti makan roti kaya tetapi versi lembut dan panas. Ini pau daging pula tidaklah sepedas pau Yik Mun tetapi still terbaik.

Sesudah merasa kedua-dua pau ini, CuteCarry dengan ini mengisytiharkan pemenang untuk PAU TERBAIK DI PERAK IALAH PAU KUALA KANGSAR!!

ps: this is my personal view, I am indeed from Kuala Kangsar so they’ve probably a bit ‘misjudgement’ involved!!

So, enjoy my camwhore with my new Olympus Tough camera tajaan daripada Permanis Sdn Bhd.  Over tak CuteCarry bercamwhore?berangan cute walaupun hakikatnya dah tua bangka, itupun nasib baik tak buat pose mulut muncung cam itik tu!

Dimanakah lokasi Miss Universe 2012? Kimberly Legget pun tak tahu!!

Parti Thomas Sabo Spring Summer 2012 telah dihadiri ramai selebriti dan antaranya ialah Kimberly Legget, yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2012.

Nampak fresh walaupun baru sampai daripada Penang!

Lama juga tidak jumpa Kimberly dan kita berbual-bual pada hari itu. Antaranya dia buat apa sekarang dan juga tertanya dimanakah dia mommy besar dia iaitu Andrea Fonseka dan Kim kata itu mama tak datang. Tetapi antara paling best punya soalan cepuemas daripada CuteCarry ialah ialah dimanakah lokasi pertandingan Miss Universe 2012? And Kimberly pun masih tertanya-tanya dimanakah lokasi. Sah-sahlah dia perlu tahu  awal sebab dia akan bertanding dan membuat persedian awal.

CuteCarry ada post pasal pertandingan Miss Universe akan diadakan di Jakarta, Indonesia tetapi sebenarnya ia tidak betul!! Lokasi Miss Universe 2012 belum ditentukan lagi dan peminat-peminat masih tertanya-tanya..

Agak-agaknya dimanakah lokasi itu?

 

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

Penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada jam 6.15 petang tadi. Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham. Al-Fatihah….


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...