Daily Archives: August 11, 2010

Rizalman jadi Pengarah Iklan

Kelas Rizalman,.. daripada fashion designer sehinggalah kepada pengarah untuk iklan Kosmetik Sri Mawar.Ala-ala Tom Ford pulak yang mengarah filem. Mungkin lepas ni mungkin Rizalman akan mengarah filem!

Iklan ni baru habis shooting di Jakarta. Paling best, Rizalman pun akan muncul didalam iklan tu. Nanti tengok TV ye.

Berita lain, kepada yang berminat nak beli koleksi Puteh by Rizalman tu,terpaksalah menggigit jari sebab menurut Rizalman, KOLEKSI INI HABIS DIJUAL SEHARI SELEPAS PERAGAAN!

Harga baju raya 2010 PUTEH

Charm by Marc Jacobs, Louis Vuitton

Its a charm.

Mesti ramai dah kena jampi dengan Louis Vuitton. Tak kisahlah samada orang yang kena jampi tu ada duit atau hanya sekadar suka macam setengah mati tetapi tidak mampu walaupun hendak membeli paper bag LV!

Tetapi yang paling parah kena jampi ialah mereka yang MEMBELI LOUIS VUITTON tiruan/ciplak/Grade AAA. Makhluk-makhluk seperti ini memang tiada class!

Kepada yang dah kena jampi, Tutti Lucky Charm Bracelet. Comei tak? Macam-macam ada, gajah,bunga, coklat, dadu.. cute sangat!

Ini mengingatkan CuteCarry kepada Ankle Charm Bracelet daripada Marc by Marc Jacobs.

Marc Jacobs ini memang minat sangat dengan charm ini. Patutlah Louis Vuitton dan label Marc Jacobs mesti ada charm ni!

CONFIRM..lepas ni kita akan lihat BANYAK sandal/kasut jenis macam ni di mana-mana. Listen to me.. CONFIRM! Cubalah jenguk-jenguk di Vincci atau Nose atau Charles and Keith.
Kepada yang tidak mampu membeli Louis Vuitton atau Marc Jacobs, tolonglah jangan membeli barangan ciplak. Cara untuk mendapat fesyen terbaru ialah membeli jenama yang MURAH tetapi tetap yang ORIGINAL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...